MusicPlaylist

"Sejak hari pertama, kita dijadikan,

telah tertulis segala nasib kita

di luh mahfuz. Buruk baiknya kita tak tahu. ,

Tapi kita perlu

berusaha memenuhi kemahuan hidup kita"

CAHAYA

Thursday, December 23, 2010

SELAMAT MELANGKAH KE ALAM BARU...

sAlAM,

lamenyer xupdate..busy lorr 2 3 menjak ni..tggl sorang je, mmber sorang g dah pindah firm lain..finally semua file kena handle lah..xpelah..g pun elaun dah masyuk...hehhe..tq bos!..

Weekend hari tu g interview untuk TAULIAH PEGUAM SYARIE NEGERI PAHANG...nervous 1st time g interview tuk tauliah basic memang kosong..start study pun malam tu dalam kul 10 lepas merewang ngan Liza ke Giant and mam AYAM DRUMET..Liza gorengkan SAYA study kt depan TV..study kah...bila prut dah kenyang al maklumlah kan...rasa zzzzzz..heheh

Tapi banyak xcover lagi baru baca bab hukum hakam, prosedure n family act xcover lagi...nak tido tapi takut..last2 memang xtido takut soalan pe lah tukang interview nk tanye ni...

Sampai Hotel Vistana dah cuak semakin laju jantung berdegup..naik tingkat satu, tgok nama last candidate...oklah borak punyer borak semua lawyer sivil ahhh sudah saya je yang bukan lawyer sivil bkn syarie counsel..dah tu pe?? hanya CHAMBERING STUDENT YANG MASIH FRESH GRADUATES LAGI..rasa agak kerdil tp nurul Farrhana xkan biar perasaan tu menguasai diri...selamber join lawyer2 sivil tadi discuss isu semasa dalam bilik menunggu..hehe syok jgk byk gak diaorang tanye pasal istilah2 syariah macam kinayahh, syahadah, hibah etc..saya menjawab sekadar yg mampu je..alhamdulilah..berdebar gak ni sbb soalan2 tukang interview tanye kt candidate sebelum saya semua agak susah..power punyer soalan..child act, sivil case semua kuar..ahhh SUDAH.. semakin gup gap gap jantung...

Sampai giliran saya, masuk dengan penuh tertib sblum tu bagi salam..
 DATO tanye: STUDY MANA DULU...ADE AMBIL DAIJ? KONVO BILA? CHAMBERING KATNE?APPLY SIJIL MANA LAGI?
TUAN R tanye: SAMAN VALID BERAPA LAMA ? saya pun jawab bla22
PUAN A: SENARAIKAN KESMUA ENAKMEN YANG BERKUATKUASA DI NEGERI PAHANG...saya pun jawab bla222 
PUAN A lagi: KALAU JENAYAH SYARIAH ENAKMEN MANA YANG TERPAKAI..saya pun jawab bla2....
PUAN A lagi: HUKUMAN KESALAHAN MINUM ARAK  ? saya pun jawab bla2..MAHKAMAH MANA YANG BERBIDANGKUASA BG KESALAHAN INI? saya pun jawab bla2..
PUAN A lagi: PERKARA HUKUMAN 356 AKTA MANA YANG MENGIKATNYA...ha soalan ni xtaw jawapan saya pun jawab ..MAAF PUAN SAYA XPASTI...hehe 
TUAN R: PERNAH DRAFT PERNYATAAN TUNTUTAN?pernah..
TUAN R: KES APA..saya pun jawab bla2..OK DALAM KES HADHANAH SIAPA YG LAYAK JADI HADHIN?DAN BILA ibu BOLEH HILANG KELAYAKAN TERSEBUT...haha kacang sy jawab dengan penuh keyakinan..kiki
PUAN H: OK SAYA ADA SATU KES, SEORANG LELAKI NAK FAILKAN PENCERAIAN PERKARA APA YANG PERLU DILAKUKAN TERLEBIH DAHULU...saya pun jawab bla2 
DATO': JELASKAN PROSIDING MOHON PENCERAIAN....sy pun jawab bla2...
last question oleh TUAN R: kalau boleh tahu berapa CGPA terakhir...saya pun jawab..3.75..OOO patutlah semua dalam otak..heheh


OK settle interview balik sbb kepala dh berpinor xtido dari semalam kan...sampai umah solat zohor n tido sampai kul 6 lebih..heheh

Tajuk entry kat ats tu bukan main lagi cerita apekah itu? heheh

Ironinya: Selamat melangkah ke alam baru, semoga saya sentiasa dalam REDHA DAN RAHMAT KASIH SAYANG ALLAH SENTIASA DALAM MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB YANG DIAMANAHKAN INI...

n SELAMAT DATANG MY SECOND SWEETHEART selepas ABG FAZLI=)...WUR 6432..alhamdulilah DIMURAHKAN REZEKI OLEHNYA..

Thursday, October 21, 2010

BETUL KE ?

Salam,

Rasanya dah lama xpost entry kesibukan yang melanda...kiri kanan tepi meja penuh ngan file case, ada yang 
kena prepaired hujah, pliding case...hujah??hehe joking rasanya dulu zaman2 study 1 hujah penggulungan tu kongsi satu group dalam 5 hingga 7 person..tapi sekarang satu hujah sorang2 je buat...semua bahagian kita kena buat sendiri...ahaks agak sukar nak2 kalau nota keterangan xlengkap, xde afidavit keterangan..adoi masa zaman study dulu bahagi2 kan tugas 2 orang cari isu, 2 orang lagi bincang mana2 isu..sekarang semua kena sendiri, bos selalu pesan bila kita bwat hujah ini seolah2 kita menjadi hakim untuk mengadili kes tersebut, jangan bias kepada mana2 pihak, sedaya mungkin memberi keadilan kepada pihak2 dan bantu mahkamah ke arah itu. 


Sebab tu kalau buat hujah cuba sebaik mungkin untuk tidak bias, terutama kalau kes2 yang melibatkan wanita such nafkah anak, isteri, penjagaan anak n so on lah..pe pun seronok dengan apa yang saya bwat sekarang walau pun saya tahu ini bukan cita2 saya yang sebenarnya, tapi alhamdulilah saya berjaya untuk beri apa yang ma&abah nakkan..dalam proses untuk dapatkan tauliah peguam syarie KL, PAHANG & NEGERI SEMBILAN..


Tapi kan dua tiga menjak ni tiba2 tak boleh kawal fikiran untuk fikir ke arah tu...rasa melonjak2 nak mohon KPLI nak teruskan apa yang saya cita2 kan dulu MENJADI SEORANG PENDIDIK..memang dari dulu fikir ke arah ni...hajat asal nak jadi lecturer tapi buat masa ini dalam kekangan2 yang ada tidak berpeluang lagi untuk futher master walau stay dah daftar untuk intake julai kat UKM.. tapi atas beberapa kekangan buat penangguhan dulu..entahlah darah pendidik mengalir dalam diri ni..NAPE TAK APPLY EDUCATION DULU MASA DEGREE?? hehe bukan xapply dah apply tapi rezekinya islamic law study...


Apa yang menganggu fikiran sekarang dah apply KPLI..tapi tak inform pun hal ni kat ma & abah..selalunya apa2 selalu rujuk diaorang dulu termasuklah hal pasangan..kali ini tak rujuk diaorang pun. Betul ke tindakan ni? em sangat2 dilema sekarang antara keinginan hati dan kehendak orang tersayang..dan saya nekad untuk ikut kehendak hati saya, walau pun saya tahu pekerjaan sebagai LAWYER tu lagi attract, elegant semualah but saya decide untuk mengajar..dalam diri ni dah mengalir darah seorang pendidik..saya nekad kali ini walau pun saya tahu kalau saya jadi seorang lawyer saya boleh pergi lebih jauh lagi kerana itu bidang saya tetapi tidak salah melakukan apa yang kita suka, nak..Saya ada mintak pandangan mmber2 berkaitan hal ini, diaorang kata pilih tuk jagi pendidik kenapa sebab nak senang? 


bagi saya bukan sebab nak senang ke apa ke, isu tu bukan isu utama bagi saya, sebab bagi saya setiap amanah yang saya pikul itu adalah tanggungjawab, saya bertanggungjawab atas amanah yang saya pegang itu, tak kiralah lawyer ke, cikgu ke bila kita dah diberi suatu tanggungjawab ia akan jadi amanah kepada kita sama ada untuk menggalasnya. Analoginya lahir je seorang anak adam di muka bumi ini maka dia telah memikul amanah sebagai KHALIFAH ALLAH, telah wujud satu bai'ah antara anak adam tersebut dengan ALLAH S.WT..terpulang kepada dia untuk pilih jalan yang bagaimana untuk jalankan amanah tersebut..


ya allah berilah ku petunjuk ats suatu yang terbaik..seandainya ini adalah yang terbaik untuk aku, ak mohon agar dipermudahkan segala kerana ak tahu kau mAHA MENGETAHUI APA YANG TERBAIK TUK HAMBAMU INI...    


Sunday, September 26, 2010

Wednesday, September 15, 2010

SALAM LEBARAN 1431H


Rasanyer tak terlewat lagi tuk ucapkan 

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, SALAM LEBARAN, SALAM PENUH KEMAAFAN, AMPUN

DAN MAAF DIPINTA ATAS SEGALA KESALAHAN..

alhamdullilah setinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat illahi ats rahmat kasih sayang nya yang tak ternilai peri 

tinggi..raya tahun nie sangat bermakna..ehem2 nape?? (de pertambahan ahli baru ke??) 

heehehe..xdelah..raya tahun ni berlainan coz kami sekeluarga meraikan nya di negeri utara...tempat kelahiran 

abah...sangat seronok..hepy dapat jumpe chik syukri, chik marzizah n family..acu..n lain2, sepupu sepapat 

yang xberapa rapat tapi alhamdulillah dapat jumpa diaorang semua.sesungguhnya hari raya ni memang hari tuk 

mengeratkan silaturrahim..walaupun penat stay xhabis lagi..cos semalam dah start kerja walaupun masih dalam

mood hari raya tapi demi tugas n fail2 yang berlambak atas meja..gagahkan jugak diri...

Berbalik pada story hari raya tadi..lepas sembahyang raya..gerak ke bayan lepas tuk bermalam di rumah chik.

perjalanan yang agak lancar..alhamdullilah sampai dalam kul 6.30 p.m..(byk berhenti)..then hari sabtu pulang

ke kampung halaman abah..di GURUN..jumpa tok sedara abah, saudara mara abah, lawat kubur tok som...tok darus n moyang...

meneruskan perjalanan ke rumah abah..di gurun..rumah tempat aku membesar dari umur brp bulan sampai nak dekat dua tahun..

kalau xpergi memang sampai sudah xtaw umah tu...lunch kat citu..abg rizal jamu ngan gulai kawah...

dalam kul 3 lebih gerak balik ke bayan lepas..jammed plak sbb jambatan penang rosak so kena naik feri ke

bayan lepas..4 jam mengharungi jammed..sangat sadis...sakit urat pinggang..

sampai umah dalam kul 11 lebih...tido cos soknyer prepaired tuk balik...

pe2 pun RAYA YANG SANGAT BERMAKNA..SGT BERTERIMA KASIH PADA CHIK MARZIZAH SEKELUARGA..ACU...

di kesempatan ni..saya nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI tuk

my lovely family,
insan tersayang abg fazlie,
kawan2 tercinta..
n semua yang mengenali diri ini..

ampun dan maaf dipinta seadanya..
semoga lebaran kali menjanjikan seribu satu keinsafan, kesyukuran dan kebahagiaan.ambil lah kesempatan di bulan mulia ni tuk bermaafan kerana kita xtaw mungkin ini aidilfitri kita yang terakhir..semoga kita menjadi insan yang baru dilahirkan selepas sebulan menjalani fasa tarbiyah..ramadan kareeeemm...salam eid fitri minal aidil wal faizin....


kami seluarga bergambar bersama chik sekeluarga & acu
.


di rumah tokchik (kg abah)


snap cik ton, ma, abah, tokchik, acu & chik


4 dara pingitan..me n all my lovely sisters

Thursday, September 2, 2010

PERSEDIAAN UNTUK 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN:LAILATUL QADR



DALAM satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah dikatakan bahawa: "Barang siapa yang mendirikan Lailatul Qadar dengan iman dan ketakwaan, maka Allah akan menghapuskan semua dosanya yang berlalu."

Mendirikan malam al-Qadar bermakna mengisi malam itu dengan pelbagai ibadat dan menjauhkannya daripada semua perbuatan maksiat hingga ia benar-benar menjadi malam yang penuh kebaikan dan keberkatan.





Ada beberapa amalan yang dilakukan oleh Rasulullah saw dan sahabat pada malam-malam akhir Ramadan untuk mengisi Lailatul Qadar. Antaranya:







Mandi, berpakaian indah dan berharum-haruman





Diriwayatkan oleh Ibnu Abi `Asim bahawa Huzaifah pernah mengerjakan qiyam Ramadan bersama Rasulullah dan melihat bahawa Baginda mandi pada malam itu. Ibnu Jarir pula berkata bahawa sahabat menyukai mandi pada malam-malam akhir Ramadan.





Demikian pula beberapa riwayat daripada sahabat seperti Anas bin Malik dan ulama pada masa Tabi'in menyatakan bahawa mereka akan mandi, memakai baju indah dan berharum-haruman apabila berada pada akhir Ramadan.

Apa yang dilakukan oleh Rasulullah, sahabat dan Tabi'in ini adalah satu upaya untuk menyambut dan meraikan kedatangan Lailatul Qadar, sambil berdoa mendapatkan keampunan dan keberkatan malam itu.







Melaksanakan solat sunat, iktikaf dan membaca al-Quran.





Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan satu hadis daripada Aishah, bermaksud: “Adalah Rasulullah apabila telah masuk 10 akhir daripada Ramadan, maka Baginda akan menghidupkan malam-malamnya, membangunkan keluarganya dan mengikat pinggangnya.”





Sahabat dan ulama berbeza pendapat dalam memberi penafsiran terhadap hadis di atas. Tetapi, mereka bersepakat bahawa Rasulullah melebihkan ibadatnya pada 10 malam yang terakhir Ramadan.

Ibadat yang biasa dilakukan pada malam Ramadan adalah solat Tarawih dan Witir serta membaca al-Quran. Dalam salah satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dari Amru bin `Ash bermaksud: “Barang siapa yang solat pada malam Ramadan dan membaca 10 ayat daripada al-Quran maka dia tidaklah dicatat sebagai orang yang lalai.”





Mengerjakan solat dan membaca al-Quran pada pada malam yang akhir ini sangat penting hingga dalam salah satu riwayat dikatakan bahawa Rasulullah melakukan solat pada malam Ramadan dan membaca al-Quran dengan tertib.





Baginda tidak akan melalui ayat rahmat terkecuali berharap agar Allah memberikan rahmat itu dan tidak melalui ayat azab terkecuali bermohon perlindungan daripada Allah daripada azab itu.





Solat berjemaah juga sangat diutamakan pada malam akhir Ramadan hingga Imam Malik dan Imam Syafie berkata: “Siapa yang solat Isyak dan Subuh berjemaah pada malam al-Qadar, dia telah mengambil bahagiannya daripada malam itu.” Ertinya orang yang mengerjakan solat Isyak dan Subuh saja dianggap telah mendapat sebahagian daripada Lailatul Qadar, apa lagi mereka mengisinya dengan amalan lain sepanjang malam itu.





Selain solat dan membaca al-Quran, 10 akhir Ramadan ini biasanya diisi oleh Rasul dengan beriktikaf di masjid dan tidak tidur bersama isteri-isterinya. Ini berdasarkan hadis Aishah yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, bermaksud:”Bahawa Rasulullah beriktikaf pada 10 hari akhir sampai Baginda wafat.”







Memperbanyak doa.





Rasulullah bersabda doa adalah otak segala ibadat. Doa juga kunci daripada semua ibadat. Aishah diperintahkan oleh Rasulullah untuk memperbanyak doa pada 10 malam terakhir Ramadan.





Dalam satu hadis daripada Aishah diriwayatkan at-Tirmizi, Aishah diajar oleh Rasulullah membaca doa pada malam al-Qadar.





Ulama bersepakat bahawa doa yang paling utama pada malam al-Qadar adalah doa yang meminta keampunan dan kemaafan daripada Allah. Perkara ini seperti doa yang diajarkan Rasulullah kepada Aishah. Doanya berbunyi: “Allahumma innaka afuwun tuhibbul afwa fa' fu anni (maksudnya, Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah Maha Pengampun, yang suka Maha Mengampun, maka ampunilah aku ini).”





Pada malam itu Allah akan mengabulkan semua permohonan dan doa, terkecuali terhadap empat golongan manusia. Ibnu Abbas berkata: “Semua doa pada malam itu diterima terkecuali doa orang meminum arak, anak yang derhaka kepada ibu bapa, orang yang selalu bertengkar dan mereka yang memutuskan silaturahim.”

Friday, August 20, 2010

PENASIHAT SYARIAH, KEKELUARGAAN ISLAM, HARTA PUSAKA ISLAM, WASIAT DAN HIBAH



Firman Allah dalam surah al-Maidah ayat mafhumnya:

"Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa"


Hubungi saya jika memerlukan khidmat nasihat syariah, kekeluargaan islam ( perkahwinan, rujuk, nikah, cerai, hadhanah, poligami dlln), harta pusaka islam, hibah dan wasiat di:-


Nurul farrhana 
taj_farhah86@yahoo.com
inspirasihati.nurulIman2yahoo.com
013-6246212...


Tuesday, August 17, 2010

RAMADHAN KARIMMM... DAN KONVO

my lovely sisters..de, adik n angah


Rasanyer dah bersawang dah blog ni....sunyi dari bebelan saya yang tak bertepi..cewah..bknnya xnak post something..dlm otak ni byk sgt nk post nk kongsi dengan semua tapi tulah kekangan masa yg ada...di kesempatan ni rasenyer tidak terlambat lagi untuk ucpkan slmt mnjalani ibdh puase..smg ramadhan kali ramadhan yg terbaik kita jalani..sedar xsedar dah 7 hari kita bepuase..dh brp juzuk al-quran kita baca?..sekadar mengingat kan diri sendiri jugak yg selalu terlalai dgn kesibukan dunia  ni...

Mcm2 yang dilalui dlm dua tiga bln ni, selain sibuk dgn tgs chambering..bkn senang sebenarnya nk jadi lawyer ni ..baru sedar...banyak yang perlu dipelajari...btul lah kata lec yg ngajar subjek sistem kehakiman dulu DR IBNOR AZLI...dunia kehakiman  islam ni bkn hanya didasari dengan akta dan enakmen namun perlu kembali kepada dasar al-quran dan hadis selain ilmu2 spt memujuk.menenangkan, pendengar yang setia..skill2 ni semua nya perlu sebati dlm jiwa seorang peguam syarie selain dari skill2 yang lain...Semoga saya terus thabat dalam arena ni...alhamdullilah setakat ni Allah beri kekuatan untuk melalui nya dengan baik...mendapat seorang bos yang sgt baik satu anugerah yang tak ternilai rasanya..walaupun kadang2 suke bg task last minutes tapi alhamdulilah lah sbb dh biase kan kt u dulu bwat koje last minutes...hehehe (sesiape yg xde skill ini dgn baik jgn tiru...bahaya)...

Mggu lepas alhamdulilah majlis konvokesyen saya di ukm bersamaan 9 dan 10 hb....teruja sangat...terutamanya sidang 9hb iaitu sidang degree sbb family de semua masa tu...happy sangat2. THANKS A LOT 4 ALL MY LOVELY SISTER..COZ SUDI LUANGKAN MASA MASING2..WALAUPUN KORANG BANYAK KOMITMEN, JAUH, BUZY NGAN PROGRAM MASING2 TAPI MASIH SUDI MELUANGKAN MASA TUK ALONG TERSAYANG..KORANG MEMANG TERBAEKKKKKKK LAH...LUV U ALL SO MUCH...masa MC umumkan perarakan para penerima ijazah masuk ke dewan tu masa tu dh sebak dah..bayangkan melangkah masuk ke dewan tu ribuan ibu bapa memerhatikan kami semua...xdapat nk digambarkan perasaan ni..bukak buku cenderamata tgok nama tersenarai dalam ijazah sarjanamuda pengajian islam (syariah) (cemerlang)...alhamdu;lilah sgla pnt lelah selama ni terbayar...masa naik pentas tu lagilah tak taw pe perasaan ni..mcm berada di awang-awangan...tak berpijak di bumi yg nyata..hehe gitu sekali penangan nyer...selesai sesi ambil skroll ijazah bacaan doa oleh ustaz ahmad naim fauzi..sebak sayu hati mengaminkan doa beliau..ntah kenapa rasa sangat2 bersyukur kepada Allah kerana memberi kesempatan kepada saya untuk merasai detik2 bahagia ini...terima kasih ya ALLAH..Sebenarnya at the same time, berdebar gak  sbb de orang tunggu kat luar..terfikir2 ma n abah bleh terima ke tak ni...alhamdulilah diaorang bleh terima dia seadanya...tq ma & abah

Seterusnya hari selasa 10hb konvo dip pentabbiran kehakiman dn guaman islam...gembira gak tapi xsegembira hari yang sebelumnya coz my family xde...masuk dewan pun agak lambat sbb solat zohor dulu..sepatutnya kena masuk dewan dlm kul 1 tapi sengaja masuk lewat ngan tengku sebab nak solat dulu..xkanlah sebab nak konvo ambil segulung sijil sampai xnak solat kan..sangat2 xmasuk akal=)...selesai majlis dia ngan member2 ex-uniti tggu kt luar dewan...thanks kat NAD, K.WAN N K.LIYANA...terharu seh korang datang tengok ak....

Walau pe pun kejayaan sy hr ni adalah berkat doa dan restu dari ma n abah tercinta...tanpa doa kalian sapelah saya di muka bumi ini...doa n restu kalian tu amat diperlukan selagi hayat dikandung badan..xlupa juga kepada semua warga pendidik yang pernah mendidik saya,mencurahkan bakti ilmu terima kasih yang tidak terhinngga diucapkan,,,shbt2 yang sama2 melalui suka dan duka cereka hidup ini...
sampai di sini je post tuk kali ni nak beradu dulu dah lewat ni sok nk kerja=) salam









Friday, June 18, 2010

KASIH BAPA TIADA BERPENGHUJUNG...

Rasanye dh lama Xpost entry baru...busy sepanjang bln 5 menyiapkan tesis..alhamdulilah siap jg akhirnya..n dpt A solid pun..trma ksh xterhingga kepada penyelia terhebat n semua pihak yg terlibat terutamanya Pihak JAKESS, Tuan Abdul Walid, Tuan Abu Zaky, Tuan Zulfikri Yasoa, Ustaz Ibnor Azli, EN Shazril Khairy, Pn. Noraini Ali dan lain2...hanya Allah dapat membalas jasa kalian..

Next story alhamdullilah result last sem dh kuar sekitar awl Jun..n alhamdullilah setinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah atas segala kurniaannya..target sy tuk 1st class degree tercapai..walaupun agk tersasar tp alhamdullilah trm kasih ma ngan abah..atas doa kalian yang tak pernah putus..

Sekarang sedang menjalani latihan dalam kamar (chambering) di Tetuan Mohd Redzuan Ramli &Associates di Sek 23 Shah Alam..banyak perkara yang perlu dipelajari apabila melangkah ke bidang xsemudah yang disangka...alhamdulilah dapat boss yg sgt2 baik..belajar n trus belajar..sdg apply lesen tuk beramal di WP Kuala Lumpur, ngr 9, Melaka n Pahang..dalam masa yang sama TERPAKSA apply spa sbb study ri tu biasiswa JPA..N insya Allah bulan 12 akn futher master di UKM..SMG SEMUANYA DIPERMUDAHKAN OLEH ALLAH..

Hujung minggu ni hari bapa..SELAMAT HARI BAPA ABAH..ALONG BANGGA PUNYAI SEORANG AYAH MACAM ABAH..TRM KASIH DIDIK ALONG N ADIK2 MENJADI INSAN YG BERGUNA...ALONG XBERSEDIA TUK KEHILANGAN ABAH DALAM MASA TERDEKAT NI...SMG ABAH SENTIASA DALAM LINDUNGAN ALLAH..MA ,ALONG N ADIK2 MASIH MEMERLUKAN ABAH...APA YANG ABAH CUBA LAKUKAN SANGAT MULIA..TETAPI ITU SANGAT TIDAK BERBALOI UNTUK INSAN SEPERTI ITU..DALAM USIA ABAH KINI RISIKO TUK BERLAKU SESUATU YG TIDAK BAIK ADALAH TINGGI..LAGIPUN BERKORBAN TUK 'SEORANG INSAN' YANG HANYA INGAT ABAH BILA SUSAH ADALAH SANGAT TIDAK BERBALOI..KALAU APA2 JADI PADA ABAH MACAMMANA KAMI SEMUA 4 BERADIK NAK TERUSKAN PERJALANAN NI..ALONG XBERSEDIA LAGI TUK SEBARANG KEMUNGKINAN..WALAUPUN IANYA PASTI AKAN BERLAKU TAPI BUKAN SEKARANG....SEMOGA ALLAH BERI KAMI SEKELUARGA PETUNJUK YANG TERBAIK..PANJANGKAN UMUR ABAH....ZAINUL ABIDIN DARUS... 


Friday, April 30, 2010

PERBEZAAN PENDAKWA SYARIE DAN PENDAKWA RAYA




 PENGENALAN


Semua kes-kes jenayah yang serius memerlukan penglibatan tiga individu iaitu: hakim, peguam untuk melaksanakan  pendakwaan, dan peguam untuk tertuduh(peguambela).  Jika mana-mana satu daripada mereka ini tidak menghadirkan diri semasa prosedur perbicaraan di Mahkamah, sistem keadilan jenayah  sudah pasti  tidak akan lengkap. Kedudukan pendakwa berada pada kedudukan yang amat penting dalam  sistem keadilan jenayah serta memainkan satu peranan yang penting  sebelum, semasa dan  selepas perbicaraan.


Pendakwa mempunyai  fungsi yang banyak sepanjang proses prosedur  jenayah.  Perkara  pertama yang mesti difahami adalah mengenai  tugas  pendakwa ialah untuk mencari keadilan, bukan sekadar untuk mensabitkan. Kewajipan pendakwa ialah untuk melindungi mereka yang tidak bersalah serta untuk mensabitkan mereka yang bersalah,  mengawal  hak-hak bagi tertuduh serta untuk menguatkuasakan hak-hak bagi orang awam. Pendakwa seharusnya mengetahui banyak ilmu berkaitan dengan tugas  polis dalam  siasatan jenayah dan dalam penguatkuasaan undang-undang, dan bagi syariah tugas penguatkuasa.


Pendakwaan dimulakan oleh pihak polis atau pegawai penguatkuasa bagi kes syariah apabila suatu laporan (juga dikenali sebagai laporan maklumat pertama) dibuat berkenaan sesuatu kesalahan yang dilakukan. Jika kesalahan itu merupakan kesalahan boleh tangkap, pihak polis atu pegawai penguatkuasa akan membuka kertas siasatan dan menyiasat kes itu. Jika laporan itu berhubung dengan kesalahan tidak boleh ditangkap, pihak polis akan sama ada merujuk pemberi maklumat kepada Majistret yang akan meneruskan tindakan di bawah seksyen 133 ke 136 Kanun Tatacara Jenayah (KTJ) dan Enakmen Tatacara Jenayah Selangor 2003 atau memohon untuk mendapatkan suatu perintah untuk menyiasat daripada Pendakwa Raya atau pendakwa Syarie sebelum mereka boleh meneruskan penyiasatan itu. Begitu juga halnya dalam prosedur bagi syariah berdasarkan enakmen yang ada.



PERBEZAAN ANTARA PENDAKWA SYARIE DAN PENDAKWA SIVIL


a)      Perbezaan dari segi jawatan dan fungsi am


i.                    Menurut Undang-undang Islam yang dikuatkusakan melalui Mahkamah Syariah yang ada pada hari ini, Ketua Pendakwa Syarie yang mengetuai pendakwaan kes-kes jenayah di Mahkamah Syariah adalah terdiri dari suatu badan atau jabatan yang dilantik khusus untuk menjalankan tugas pendakwaan di Mahkamah Syariah. Dalam kata lainnya suatu badan ditubuhkan secara berasingan untuk menjalankan tugas pendakwaan kes-kes Syariah.


Kemudian di bawah Ketua Pendakwa Syarie tersebut dilantik pihak-pihak yang berkelayakan untuk melaksanakan tugas pendakwaan dan hanya mereka sahaja berhak untuk mendakwa untuk kes-kes Syariah tanpa dibolehkan dengan kuasa mereka memberi keizinan secara lisan mahu pun bertulis untuk membuat pendakwaan tanpa kehadirannya. Pendakwa Raya-Pendakwa Raya yang berada dibawah Ketua Pendakwa Raya adalah terdiri dari pihak yang tertentu dan dilantik mengikut negeri-negeri di Malaysia sebagaimana yang diperuntukkan didalam Enakman Mahkamah Syariah.


ii.                  Menurut Undang-undang Sivil pula, Ketua Pendakwa Raya adalah diketuai oleh Peguam Negara sendiri. Ini jelas diperuntukkan didalam Seksyen 376 Kanun Prosedur Jenayah Akta 593. Yang mana Ketua Pendakwa Raya yang diketuai oleh Peguam Negara sendiri berhak untuk mengawal dan mengarahkan segala pendakwaan dan prosiding jenayah dibawah Kanun tersebut.


Selain itu, ia jelas juga diperuntukkan didalam Perlembagaan Persekutuan didalam Perkara 145 fasal (3) yang memperuntukkan Peguam Nagara adalah mempunyai kuasa, dan kuasa itu hendaklah dijalankan menurut budi bicaranya, bagi membawa, menjalankan atau memberhentikan apa-apa perbicaraan tentang sesuatu kesalahan lain daripada perbicaraan di hadapan Mahkamah Syariah, Mahkamah Bumiputera atau Mahkamah Tentera. Selain itu, untuk kes-kes jenayah dan sivil adalah terdiri daripada pendakwa raya yang berbeza. Contohnya didalam kes-kes jenayah pihak yang boleh menjadi pendakwa raya adalah terdiri daripada seperti:


a.       Pendakwa Raya


b.      Timbalan Pendakwa Raya


c.       Seorang peguambela


d.      Didalam negeri Terangganu, seorang plider yang diambil oleh pengadu atau,


e.       Seorang pegawai polis yang berpangkat tidak rendah dari Inspektor.


Dalam keadaan seperti (c) dan (d) diatas, tugas pendakwaan mereka mesti jelas dibenarkan secara bertulis oleh Pendakwa Raya atau Timbalan Pendakwa Raya. Dan sekiranya pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada pangkat Sarjan dan mendapat kebenaran secara bertulis oleh Pendakwa Raya untuk tempoh yang tidak melebihi empat belas hari daripada tarikh kebenaran bertulis demikian. Ini bermaksud untuk tugas-tugas pendakwaan di Mahkamah Sivil, selain Pendakwa Raya dan Timbalanya, tugas-tugas pendakwaan juga boleh dilakukan oleh mereka yang layak dan mendapat keizinan secara bertulis daripada Pendakwa Raya atau Timbalan Pendakwa Raya yang berhak menggunakan kuasa mereka untuk menggantikan mereka dalam tugas pendakwaan dengan pihak yang tidak dilantik secara tetap sebagai pendakwa raya sebelum itu dan boleh terdiri daripada mereka yang menjadi pegawai polis yang tidak rendah dari pangkat Sarjan.


b)     Pemisahan tugas penguatkuasaan dan pendakwaan



i.                    Menurut Undang-undang Islam yang dikuatkuasakan melalui Mahkamah Syariah yang wujud pada hari ini ialah, tugas-tugas pendakwaan adalah berasingan dari penguatkuasaan Undang-undang Syariah. Memang pada asalnya tugas pendakwaan adalah menjadi tugas qadi atau mana-mana pihak yang menguatkuasakan Undang-undang Islam.


Tetapi sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Badan Kehakiman Mahkamah Syariah telah mengasingkan pihak yang akan menjadi satu badan yang mana dikhususkan tugas mereka hanya untuk tugas-tugas pendakwaan sahaja dan di tubuhkan secara berasingan didalam Badan Kehakiman Mahkamah Syariah. Hal ini berlaku untuk mengelakkan fitnah yang berlaku terhadap kes-kes yang telah dilengkapkan oleh penguatkuasa untuk dibicarakan di Mahkamah Syariah melalui pembuktian dan kesaksian yang dibenarkan oleh hukum syarak. Ini bermakna, tugas-tugas penguatkuasaan atau penangkapan dan tugas pendakwaan adalah dilaksanakan oleh mereka yang berbeza. Mereka yang melakukan penangkapan didalam kes-kes jenayah Syariah akan tampil menjadi saksi kepada pendakwa raya untuk kes yang dibicarakan.


Hal ini jelas menunjukkan pihak yang menjadi pendakwa raya dan pihak yang menangkap dan menguatkuasakan undang-undang adalah terdiri dari pihak yang berbeza tetapi mereka bersatu atas satu slogan iaitu amar ma’ruf nahi munkar.


ii.                  Manakala didalam Undang-undang Sivil, mereka yang menjadi pendakwa raya boleh menjadi penguatkuasa undang-undang dan menangkap tertuduh-tertuduh dan membawa tertuduh tersebut ke muka pengadilan. Namun, sebagaimana yang dibahaskan sebelum ini mereka juga boleh menjalankan tugas-tugas pendakwaan sekiranya mendapat keizinan bertulis dari Pendakwa Raya dan Timbalan Pendakwa Raya. Hal ini jelas menunjukkan tidak ada pengasingan badan penguatkuasaan undang-undang dan pendakwaan didalam undang-undang sivil. Walau bagaimana pun, sekiranya mereka yang menjalankan tugas pendakwaan tanpa keizinan bertulis oleh Ketua Pendakwa Raya atau Timbalannya sesuatu pendakwaan tersebut adalah menyalahi undang-undang dan tidak sah.



Manakala didalam Mahkamah Syariah hal tersebut tidak akan berlaku kerana pendakwaan yang dibuat oleh pendakwa raya adalah jelas mereka mempunyai kuasa untuk berbuat demikian dan tidak akan dipertikai pendakwaan mereka kerana tugas mereka hanyalah untuk mendakwa pihak yang bersalah semata-mata dan tidak mempunyai tugas-tugas lain yang boleh dipertikaikan kuasa dan bidangkuasa mereka.

  
c)      Perbezaan dari segi roh dan dasar yang dipegang


Hakikat yang perlu diketahui bahawa peranan Pendakwa Syarie kini tidak lagi terhad kepada menguatkuasakan undang-undang syariah semata-mata, bahkan turut berperanan sebagai penasihat serta pendidik kepada masyarakat Islam dalam mematuhi hukum agama, selain menunaikan syariatnya atau dalam erti kata yang lain membantu ketua agama bagi menjadikan syariat Islam sentiasa dipatuhi oleh mereka yang tertakluk di bawahnya di samping menjadi tunggak tertegaknya kalimah Allah di muka bumi ini bagi menghalang serta mencegah berlakunya kemungkaran atau jenayah yang mana jenayah merupakan kesalahan yang menyalahi hak Allah dan hak manusia. Maka dengan terhijab hak manusia untuk memperolehi apa yang dikatakan sebagai menjaga kemaslahatan menghalang kefasadan.


Berbeza hal ini dengan Pendakwa Raya peranan mereka hanya semata-mata memberi hukuman atau terlibat dalam procedure apabila berlaku suatu jenayah tanpa didasari dengan roh Islamiayah kerana rujukan mereka adalah kepada undang-undang yang digubal oleh manusia, seperti yang diketahui setiap apa yang dibuat atau dicipta oleh manusia itu mempunyai seribu satu kelemahan yang nyata berbanding apa yang datang  dari syariat Illahi. Hal ini kerana prinsip hukuman yang dikenakan dalam Islam adalah berunsur memberi pengajaran bukannya menghukum semata-mata seperti dalam undang-undang Sivil. 


d)     Perbezaan dari segi akhlak,  tingkah laku dan agama

Pendakwa Syarie mestilah seorang Islam, hal ini kerana ia berkaitan dengan kes-kes Syariah yang mana bidangkuasanya adalah tertakluk kepada orang Islam. Merujuk kepada akhlak ia adalah suatu perkara yang sangat subjektif kerana terletak di dalam diri manusia dizahirkan melalui perbuatan, akhlak salah satu aspek penting dalam mendepani apa-apa perkara, perbuatan dalam roh Islamiah. Perkara ini sangat ditekankan maka dengan sebab itu sebagai orang Islam kita perlu menyelidik dahulu khabar berita yang dibawa oleh orang fasik, kerana takut akan berlaku kefasidan yang jelas jika tidak diselidiki terlebih dahulu.


                  Pendakwa Raya dalam Undang-undang Sivil langsung tidaak ditekankan berkaitan agama, akhlak dan tingkah laku ini. Tumpuan yang lebih diberi hanya kepada bidang tugas mereka tanpa mereka sedari ketiga-tiga aspek ini adalah penting tidak kira agama apa yang dipegang oleh Pendakwa Raya tersebut. Hal ini kerana jika dia dari kalangan India atau Kristian dia perlu berpegang dengan agama dia, apabila agama dipegang teguh setiap gerak laku dalam apa-apa perbuatan, bidang atau apa-apa yang dilakukan akan dibuat dengan penuh amanah, bertanggungjawab berdasarkan kekuatan pegangan kepada agama tersebut yang boleh menghalang seseorang keluar dari garisan atau landasan yang telah ditetapkan.


e)      Perbezaan dari segi prinsip pendakwaan yang dipegang


Asas atau prinsip pendakwaan dalam Islam berdasarkan lexim-lexim atau kaedah fiqhiah yang ada seperti al-Baiyinnah cala Mudaci wal Yamin cala man ankara (keterangan atas pihak yang mendakwa dan sumpah ke atas pihak yang ingkar)  di samping al-Asl baraatul zimmah (seseorang itu adalah bebas pada asalnya tanpa apa-apa tanggungan). Prinsip-prinsip ini adalah prinsip yang dipegang oleh Pendakwa Syarie apabila membuat suatu pendakwaan di mahkamah, berbeza dengan Pendakwa Raya mereka perlu membuktikan suatu kes tersebut hingga tiada Prima Facie kes, iaitu sehingga ke tahap tiada keraguan yang munasabah. Apabila ada sahaja prima facie kes automatic akan menjadi lemah. Perkara-perkara ini adalah melibatkan jenis atau bentuk-bentuk keterangan yang akan digunakan apabila membuat suatu sabitan.


PENUTUP
Sesungguhnya terdapat banyak perbezaan yang amat ketara antara Pendakwa Raya dan Pendakwa Syarie. Perbezaan ini mungkin tidak terlalu banyak pada aspek bidang tugas kerana tugas kedua-dua individu ini berdasarkan kepada apa yang tertakluk dalam Akta yang telah dikanunkan. Hal ini kerana Enakmen Tatacara Jenayah di setiap negeri adalah dihasilkan daripada Kanun Prosedure Jenayah Malaysia. Cuma yang berbeza sedikit perkara yang berhubung atau menyalahi syariat dibuang seperti dalam hal yang berkaitan dengan penahanan, tangkapan atau lain-lain.
            Walau bagaimanapun, yang menjadi perbezaan antara kedua-dua individu ini adalah dari segi akhlak, tingkah laku, moral, agama dan etika yang mana Islam sangat mementingkan hal-hal ini. Dengan menjaga hal-hal ini akan dapat melahirkan individu yang adil iaitu individu yang mampu meletakkan sesuatu yang berhak ke atas dirinya sendiri maka sudah tentu dia juga mampu memegang tanggungjawab dan amanah yang diberikan kepanya sebaik mungkin. Apa-apa yang didasari oleh agama hasilnya akan menjadi baik. Pendakwa Syarie salah satu peranan mereka adalah sebagai pendidik kepada masyarakat agar mematuhi garis sempadan yang telah ditetapkan oleh syariat Islamiyah.
            Justeru itu, perbezaan antara Pendakwa Syarie dan Pendakwa Raya perlulah diperhalusi dengan jitu berdasarkan realiti semasa yang berlaku di Mahkamah Sivil atau Mahkamah Syariah sendiri.