MusicPlaylist

"Sejak hari pertama, kita dijadikan,

telah tertulis segala nasib kita

di luh mahfuz. Buruk baiknya kita tak tahu. ,

Tapi kita perlu

berusaha memenuhi kemahuan hidup kita"

CAHAYA

Friday, January 15, 2010

KALA HATI



Salam semua,

Mesti kalau tengok tajuk entry ni dasyat bunyinya macam novel pun ada, tapi xde apa pun.. just nak membebel je..membebel? ni klu angah tengok ni confem kata 'along bleh ke ko nak membebel'? bleh je, xde yang xleh..kt umah malas je nak tunjuk bakat terpendam ni..


Sebenonyer (dah keluar dah loghat pahang kikiki..) em sebenarnya nak membebel ni tiba-tiba hari ni teringat sangat pada 'belahan jiwaku'..(siapa itu?..lawyer, majistret, doktor, businessman...) semua bukan..belahan jiwa siapa lagi kalau bukan 'my lovely mum'..cik norriah isa...


Rindunyalah nak balik umah ni..sedar xsedar sudah sebulan lebih masuk sem baru..sem baru, sem last..hanya beberapa bulan lagi cik cahaya nak habis study degree.alahai lemah badan..perasaan bercampur baur, cukup ke ilmu ni, tak cukup2..berbalik soal rindu nak balik umah tadi my lovely mum said bila call 'along bila nak balik ni'?
em bukan tak nak balik ma, anakmu tersayang ni sangat2 membusy kan diri..tesis, assgment banyak sangat (tak pernah surut..kiki bertambah sokmo)..tak lama g mid sem dah, kelas lagi, program jabatan..banyaknya..


Cik cahaya ingat nak balik 23hb ni em tapi xboleh lah plak, coz kena jadi fasilitator tuk program jabatan kat sek men agama kat hululangat, cik cahaya dah planning baik punyer sebab minggu tu kelas pengurusan konflik diploma batal..ingatkan hari jumaat tu nak balik lah,last2 kena jadi fasi lah pulak..bila cik cahaya nak balik ni..

Hidup memang perlukan pengorbanan kan..untuk jadi yang terbaik banyak yang perlu dikorbankan (masuk bab pengorbanan lah plak)..yelah pengorbanan tu dari sekolah menengah lagi asyik merantau jer xduk umah..pengorbanan ?satu perkataan tapi mempunyai seribu pengertian..nak berjaya kena sanggup berkorban apa sahaja, 1st mestilah pengorbanan diri sendiri, yelah dari dalam diri akan bermula segalanya..pengorbanan agama (banyak konteks kat sini nak ulas), ibu bapa (tinggal kan ibu bapa untuk mencari ilmu, mana boleh bawa ma ngan abah g 'u' sama2 kan), kawan2, masa macam-macam lagi pengorbanan yang perlu kita lakukan dalam meniti alam kehidupan ini..


Lastly, cik cahaya planning nak balik umah sebelum gi Acheh 5 hingga 8hb Feb ni..program fakulti..insyaallah.


Em oklah cik cahaya stop kat cni dulu tuk entry membebel ni..KALA HATI, Cik cahaya nak sambung buat assgment sitem kehakiman islam..selasa ni nak kena sub mit..'ulasan berkaitan perbezaan syarat2 hakim dan peguam dalam sivil dan syariah'..untuk seorang sahabat yang kurang sihat, syafakallah hu fih..semoga cepat sembuh..ujian allah tidak kira masa, keadaan..kena tabah hadapinya. ok cik cahaya minta diri dulu..


Wednesday, January 13, 2010

KENAPA QADHA' ATAU SISTEM KEHAKIMAN ISLAM ITU DIPERLUKAN?




1.      NAS-NAS DARI AL QURAN BERKAITAN DENGAN PENSYARIATAN QADHA’ BESERTA WAJHUL ISTIDLAL. 

a)      Surah an-Nisa’ ayat 105
 Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu (Wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) Dengan membawa kebenaran, supaya Engkau menghukum di antara manusia menurut apa Yang Allah telah tunjukkan kepadamu (melalui wahyuNya), dan janganlah Engkau menjadi Pembela bagi orang-orang yang khianat.[
  Wajhul Istidlal
Ayat di atas jelas menunjukkan Rasulluhlah sendiri bertindak sebagai hakim utama dalam menyelesaikan pertelingkahan pihak-pihak. Ada kalanya baginda menjatuhkan hukuman dan menyelesaikan persengketaan berdasarkan undang-undang Allah yang hak. Allah S.W.T telah memperingatkan baginda dan hakim-hakim yang lain berkaitan hal ini. Maka sudah semestinya mewujudkan institusi kehakiman Islam disyariat dan wajib dilaksanakan. Undang-undang serta peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah iaitu undang-undang Islam.
            Islam memerintahkan agar keadilan mutlak ditegakkan dan kezaliman dihapuskan. Keadilan hanya akan dapat ditegakkan jika ia berdasarkan sistem perundangan yang adil sebagaimana yang telah digariskan oleh al-Quran dan as-Sunnah. Jika keadilan ini tidak ditegakkan maka kezaliman akan melata. Sesungguhnya undang-undang Islam perlulah ditadbir dengan adil, cekap, amanah bagi membuktikan keadilan, kesaksamaan dan keunggulannya.


b)      Surah al-Saad ayat 26

Maksudnya:
Wahai Daud sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu sebagai Khalifah di muka bumi ini. Maka berilah keputusan (hukuman) di antara manusia dengan adil dan saksama serta janganlah kamu mengikut hawa nafsu semata kerana sesungguhnya ia akan menjadikan kamu sesat dari jalan Allah. Ketahuilah bahawa orang-orang yang sesat dari jalan Allah itu akan menerima azab yang berat kerana mereka telah melupakan hari perhitungan yakni hari akhirat.  

Wajhul Istidlal
Ayat di atas sebenarnya ditujukan kepada Nabi Daud. Namun begitu, ia juga meliputi semua pemerintah dan hakim. Allah memerintahkan para pemerintah dan hakim menjalankan hukuman dengan adil dan saksama tanpa dipengaruhi hawa nafsu kerana hawa nafsu sentiasa mengheret manusia ke jalan yang sesat dan batil. Selain itu, Allah telah memerintahkan para Rasul supaya menegakkan keadilan, tidak berlaku zalim, menjatuhkan hukuman dengan adil dan saksama bagi menjadi contoh dan teladan kepada para pemerintah dan hakim-hakim yang terkemudian. Kaum Muslim juga ditegah daripada melakukan kekejaman dan hendaklah bersikap adil (Mahmud Saedon 1996: 32).





c)      Surah al-Maidah ayat 49 

Maksudnya:






Dan hendaklah kamu menghukumkan antara mereka menurut apa yang telah diturunkan oleh Allah, dan janganlah kamu mengikut hawa nafsu mereka serta berhati-hatilah kamu terhadap mereka supaya mereka tidak memalingkan kamu dari sebahagian apa yang diperturunkan oleh Allah kepadamu. Jika mereka berpaling dari hukuman yang telah diperturunkan oleh Allah maka ketahuilah bahawa Allah akan menimpakan bencana kepada mereka disebabkan sebahagian dosa-dosa mereka itu. Sesungguhnya kebanyakkan daripada mereka itu adalah dari golongan orang-orang yang fasik.
Wajhul Istidlal
Manakala ayat di atas ini memperincikan berkaitan perintah dari Allah kepada Rasulluhlah s.a.w. dan umatnya agar menjatuhkan hukuman dan menyelesaikan pertikaian berdasarkan kepada undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T. Jika beberapa orang nabi terdahulu dikehendaki menghukum berdasarkan kitab Taurat maka setelah wahyu diturunkan oleh Allah S.W.T dan as-Sunnah maka dikehendaki menghukum berdasarkan sumber-sumber autoriti tersebut.
            Melalui undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan inilah ia pasti akan dapat menjamin kebahagiaan, keamanan dan keadilan yang jitu. Melaksanakannya menjadi tuntutan syarak sebagaimana jelas dalam firman Allah S.W.T,

Maksudnya:
Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah atau ingkar dengannya maka mereka adalah golongan orang-orang yang kafir.
            Ayat ini jelas menerangkan bahawa golongan yang tidak menghukum berdasarkan ketetapan Allah iaitu syariat Islam akan tergolong dalam golongan fasik atau zalim kerana menyeleweng serta berpaling dari undang-undang Islam dan seterusnya mereka mereka juga tergolong dalam golongan orang-orang yang kafir kerana kecenderungan  hatinya didorong untuk mengingkari undang-undang Islam.  

d)     Surah an-Nisa’ ayat 135 

Maksudnya: 

Wahai orang-orang yang beriman ! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, saksi-saksi yang memberi keterangan kerana Allah S.W.T sekalipun ia melibatkan diri kamu sendiri, ibu bapa atau kaum kerabat kamu. Jika orang yang didakwa itu sama ada kaya atau miskin janganlah kamu terpengaruh untuk berkata benar ketika menjadi saksi. Hal ini kerana hanya Allah yang berhak untuk bertimbang rasa kepada dua keadaan ini. Oleh itu, jangan kamu turutkan hawa nafsu supaya memalingkan diri kamu dari berlaku adil. Dan jika kamu memutarbelitkan keterangan atau enggan dari menjadi saksi maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui apa yang kamu lakukan.

Wajhul Istidlal
Ayat di atas jelas menunjukkan bahawa Allah S.W.T telah memerintahkan semua pihak agar berlaku adil, bukah hanya hakim yang diwajibkan menegakkan keadilan. Pihak-pihak yang terlibat dalam sesuatu pertikaian atau menjadi salah satu pihak dalam pertelingkahan hendaklah berlaku adil. Bagi individu yang menjadi saksi perlulah bersikap seolah-olah menjadi saksi kepada Allah dengan memperlihatkan kebenaran meskipun ia melibatkan suatu perkara yang akan merugikan diri sendiri, ibu bapa dan kaum kerabat.
            Demikian juga jika ia melibatkan keadaan status sosial atau ekonomi orang yang mendakwa dari pelbagai lapisan taraf manusia seperti orang kaya, orang miskin, menteri, orang kenamaan dan lain-lain lagi janganlah saksi tersebut terpengaruh ketika memberikan keterangan membolehkan ketidakadilan berlaku kepada pihak-pihak tertentu. Hal ini kerana perbuatan memutarbelitkan keterangan, tidak bercakap benar dan tidak berlaku adil adalah perbuatan yang berdosa dan tidak amanah.
            Selain itu, ayat ini juga memperincikan berkaitan prinsip qhada’ yang kukuh yang mana ia wajib diikuti dalam pentadbiran undang-undang dan kehakiman Islam kerana ia menjadi tuntutan syarak untuk ditegakkan.

e)   Surah an nahl ayat 90


Maksudnya:
Sesungguhnya Allah S.W.T menyuruh supaya berlaku adil dan berbuat kebaikan, disamping memberi bantuan kepada kaum kerabat dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Ia mengajar kamu mengambil peringatan dengan mematuhinya.

 Wajhul Istidlal
Ayat di atas jelas menegaskan bahawa Allah memerintahkan supaya hamba-hambanya menegakkan kebenaran, keadilan dan melakukan kebaikan di samping memberi pertolongan kepada kaum kerabat. Selain itu, Allah memerintahkan kepada semua hambanya agar jangan melakukan kemungkaran berupa maksiat, kezaliman dan segala bentuk kejahatan di muka bumi ini. Allah telah memperhalusinya lagi dalam firmannya pada surah an-Nisa’ ayat 58.

Ironinya, beberapa potong ayat al-Quran di atas memperincikan secara nyata bahawa keadilan secara mutlak mestilah ditegakkan dan kezaliman perlulah dihapuskan. Undang-undang yang ada perlu dipatuhi dan dijalankan agar tercapai tujuan tersebut. Hal ini kerana undang-undang dan peraturan tersebut adalah ketetapan yang telah digariskan oleh Allah S.W.T berdasarkan kepada wahyuNya dan as-Sunnah.
            Oleh yang demikian, Allah memerintahkan agar pentadbiran undang-undang ini hendaklah adil dan saksama. Institusi yang paling sesuai untuk mengaspirasikannya ialah institusi al-qhada’. Para Nabi dan Rasul Allah termasuk Rasulluhlah s.a.w. telah dipertanggungjawabkan oleh Allah untuk menegakkan keadilan dan menghapuskan kezaliman. Baginda merupakan hakim pertama dan yang utama dalam Islam (Mahmud Saedon 1996: 38).


2.      NAS-NAS DARI AL-SUNNAH BERKAITAN DENGAN PENSYARIATAN QADHA’ BESERTA WAJHUL ISTIDLAL.

a)       
حديث من عمرو بن العاص بأنه سمع رسول الله (ص) يقول:
إذا حكم الحاكم فاجتهد ثم أصاب فله أجران ، وإذا حكم فاجتهد ثم أخطأ فله أجر
Terjemahannya:
Hadis yang diriwayatkan oleh Amru Ibn al As: Bahawasanya ia mendengar Rasulluhlah s.a.w bersabda “ Apabila seorang hakim itu berijtihad dalam hukumannya dan tepat pula hukumannya maka ia mendapat dua pahala. Jika ia berijtihad dan ijtihadnya itu tidak tepat, maka ia mendapat satu pahala sahaja”.[8]

·Wajhul Istidlal
Hadis di atas menyatakan bahawa seorang hakim apabila menjatuhkan hukuman hendaklah berijtihad dan berusaha agar hukumannya itu tepat. Sekiranya tepat hakim itu akan mendapat dua ganjaran atau pahala walau bagaimanapun, jika berlaku sebaliknya tidaklah menjadi dosa malah masih lagi diberikan satu ganjaran kerana ijtihadnya tadi. Selain itu, hadis ini juga menunjukkan betapa agama Islam itu menghormati hakim dan institusi kehakiman Islam.

b)       
حديث من فاطمة بنت قيس:
دخلت على فاطمة بنت قيس. فسألتها عن قضاء رسول الله صلى الله عليه وسلم عليها.
فقالت : طلقها زوجها البتة. فقالت : فخاصمته إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم في السكنى والنفقة.  قالت : فلم يجعل لي سكنى ولا نفقة.
Terjemahannya:
Hadis Fatimah binti Qais: Beliau menuntut nafkah dan tempat tinggal dari suami yang telah menceraikannya dengan talak tiga, Rasulluhlah s.a.w memutuskan bahawa tiada nafkah dan tempat tinggal untuknya.[9]4

Wajhul Istidlal
Hadis ini secara umumnya menunjukkan Rasulluhlah s.a.w sendiri bertindak sebagai hakim bagi mendapatkan keadilan pihak-pihak. Perbicaraan ini melibatkan isu-isu kekeluargaan berkaitan nafkah serta tempat tinggal. Di dalam kes ini Rasulluhlah telah tidak memberikan tempat tinggal dan nafkah kepada Fatimah binti Qais iaitu pihak yang menuntut. Hal ini kerana Fatimah telah nusyuz.  Justeru itu, penghakiman bagi pihak-pihak yang bertikai adalah penting bagi memastikan keadilan pihak-pihak akan dapat tercapai dan kezaliman dapat dihindarkan. Maka di sinilah perlunya suatu institusi kehakiman Islam bagi memastikan keadilan sejagat. Hal ini kerana qhada’ merupakan institusi yang paling sesuai kerana rohnya didasari oleh syariat islamiyah.

c)       
حديث من عبد الله بن عمرو:
أن امرأة قالت يا رسول الله إن ابني هذا كان بطني له وعاء وثديي له سقاء وحجري له حواء وإن أباه طلقني وأراد أن ينتزعه مني فقال لها رسول الله صلى الله عليه وسلم ((أنت أحق به ما لم تنكحي))
Terjemahannya:
Hadis wanita yang dating berjumpa Rasulluhlah s.a.w setelah diceraikan oleh suaminya: Dia berkata “Wahai Rasulluhlah s.a.w.!, perut akulah yang menanggung anakku, buah dadakulah sumber minumannya dan ribakulah tempat tinggalnya, tiba-tiba bapanya ingin merampasnya dari aku” lalu Rasulluhlah s.a.w. bersabda “Kamu lebih berhak terhadapnya dari suamimu selagi mana kamu tidak berkahwin”.[10]

Wajhul Istidlal
Hadis ini jelas memperincikan berkaitan tuntutan hak hadhanah. Pihak yang menuntut telah menuntut hak penjagaan anak atas dasar beliau telah menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu yang baik dengan menjaga kebajikan anaknya sejak kecil lagi. Maka hal ini menjadi bayyinah bagi pihak menuntut untuk mendapatkan hak penjagaan tersebut selari dengan hadis Rasulluhlah mafhumnya “ Keterangan adalah di atas pihak yang mendakwa dan sumpah tertanggung di atas pihak yang ingkar”.
Selain itu hadis ini menjelaskan tentang jepentingan institusi qhada’ bagi menyelesaikan pertikaian pihak-pihak dalam suatu keadaan atau situasi. Hadis ini juga meperlihatkan ketinggian dan kemuliaan martabat seorang hakim yang adil, alim dan berwibawa semasa menjatuhkan hukuman. Rasulluhlah s.a.w. adalah contoh utama hakim terbaik. Baginda sendiri menjatuhkan hukuman dan memutuskan pertikaian pihak-pihak di samping bertindak melantik beberapa sahabat lain yang adil, alim dan berwibawa menjadi hakim antaranya ialah Saidina Ali dan Muadhz bin Jabal.

d)      
 حديث من عبد الله بن مسعود: قال رسول الله (ص) :
((لا حسد إلا في اثنتين : رجل آتاه الله مالا فسلط على هلكته في الحق ، ورجل آتاه الله الحكمة فهو يقضي بها ويعلمها.))
Terjemahannya:
Rasulluhlah s.a.w juga bersabda di dalam satu hadis yang berbunyi “Tidak boleh berhasad dengki kecuali dalam dua perkara, yang pertamanya seorang yang Allah limpahkan dengan harta maka ia pergunakannya di jalan kebenaran dan keduanya seorang yang Allah anugerahkan hikmah (kebijaksanaan) lalu dia menghukum dengan keadilan dan beramal dengannya”.[11]

Wajhul Istidlal
Hadis ini jelas membuktikan ketinggian martabat seorang hakim. Allah sentiasa bersama-samanya selagi dia berlaku adil dan saksama. Menjadi kewajipan seorang hakim untuk menggunakan kebijaksanaannya semaksimum mungkin (hikmah) ketika menjatuhkan hukuman bagi memberi keadilan kepada pihak-pihak yang bertikai. Selain itu, hadis ini juga menyatakan bahawa tugas atau jawatan hakim ini suatu jawatan yang penting, sewajarnya ia dilantik daripada golongan yang benar-benar berkelayakan.


e)       
وروي أن قوما اختصموا الى النبي (ص) في حص فبعث حذيفة به لمن يليه معاقد القمط ثم رجع الى النبي (ص) فأخبره فقال (ص) : ((أصبت وأحسنت)).
Terjemahannya:
Diriwayatkan bahawa sekumpulan sahabat bertelagah dalam masalah kayu untuk membuat atap. Mereka menemui Rasulluhlah s.a.w. lalu Rasulluhlah s.a.w. memerintahkan Huzaifah al-Yamani untuk menghakimi mereka. Maka Huzaifah memutuskan pihak yang berhak ialah mereka yang memiliki tali pengikatnya. Kemudiaan Huzaifah memaklumkan kepada Nabi perkara tersebut, lalu Rasulluhlah s.a.w. bersabda “Bagus dan keputusan mu tepat (betul)”.[12]

Wajhul Istidlal
Hadis ini menjelaskan isu berkaitan perlantikan hakim. Di mana kadangkala Rasulluhlah s.a.w bertindak melantik seorang wakil sebagai hakim bagi menyelesaikan pertikaian pihak-pihak. Di dalam hadis ini baginda telah melantik Huzaifah sebagai hakim bagi membicarakan kes di Yaman. Selain itu hadis ini juga memperlihatkan wujudnya prosedur rayuan bagi suatu perbicaraan itu, di mana setelah Huzaifah memberikan penghakimannya beliau telah merujuk perkara tesebut kepada Rasulluhlah s.a.w, jika penghakiman yang dibuat tidak dipersetujui oleh Rasulluhlah maka prosedur rayuan akan dilakukan. Namun begitu, perkara ini tidak diaplikasikan di Mahkamah Syariah hari ini. Sepatutnya diwujudkan suatu badan yang bertindak sebagai juri dalam satu-satu perbicaraan terutamanya bagi kes-kes yang kritikal. Para fuqaha’ merupakan golongan yang paling layak atau sesuai bagi jawatan ini, hakim akan meminta pandangan para fuqaha’ bagi mendapatkan keadilan sewajarnya bagi pihak-pihak.
Seorang hakim sentiasa menghadapi cabaran yang getir kerana jawatan ini amat penting. Kebijaksanaan (hikmah) dan kepakaran di samping ilmu firasat membolehkan seorang hakim itu menyelesaikan suatu kes dengan memberi keadilan yang jitu kepada pihak-pihak bertikai. Hal inilah yang membezakan kelayakan dan keupayaan seorang hakim pada masa dahulu dan sekarang. Selain itu tugas hakiki seorang hakim pada zaman Rasulluhlah serta para sahabat adalah sangat berbeza dengan tugas seorang hakim masa kini.    
 Apa yang dapat dirumuskn dari hadis-hadis yang telah dipaparkan di atas ialah kepentingan Qada dan pensyariatannya dalam Syariah Islamiah, ini dapat dipetik melalui perlakuan Rasulluhlah s.a.w sendiri dalam menjalani penghakiman dan di waktu yang sama beliau melantik sahabat-sahabat yang berkelayakan untuk menyandang jawatan tersebut di kota-kota jajahan Islam (Ibnor Azli Ibrahim 1998: 20).


 


 Rujukan

Al-Quran. Tafsir Pimpinan al-Rahman kepada pengertian al-Quran. 1988. Kuala Lumpur: Bahagian Hal Ehwal Islam.

Ibnor Azli Ibrahim.  1998.  Sistem Kehakiman Islam di Malaysia, perlaksanaan dan prosedur perbicaraannya.  Tesis Sarjana,  Jabatan Syariah FPI,  Universiti Kebangsaan Malaysia.


Mahmud Saedon A. Othman.  1996.  Institusi Pentadbiran Undang-undang & Kehakiman Islam.  Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.






[1] Al-Qur’an, an-Nisa’4: 105.

[2] Semua terjemahan ayat al-Qur’an dalam tulisan ini berdasarkan Tafsir pimpinan al-Qur’an kepada pengertian al-Qur’an, edisi kelapan, (Kuala Lumpur: Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, 1988).


[3] Al-Qur’an, al-Saad 38: 26.

[4] Al-Qur’an, al-Maidah 5: 49.

[5] Al-Qur’an, al-Maidah 5: 44.
[6] Al-Qur’an, an-Nisa’ 4: 135.
[7] Al-Qur’an, al-Nahl 16: 90.

[8] Al-Bukhari, Sahih al-Bukhari. Juz. 8. hlm. 157. Bab Ajr al-Hakim Iza Ijtahada. Hadis no. 2100: Muslim. Sahih Muslim. Juz. 3. hlm. 1342. Hadis no. 1716. Sunan Abu Daud, Sulaiman bin al-Ashath al-Sajestani al-Azadi. tt. Sunan Abi Daud. Juz. 2. Beirut. Lubnan. Dar Ihya’ al-Turath al-Arabi Dar Ihya’ al-Sunnah al-Nabawiyyah. Juz 3. hlm. 299. No. Hadis 2154.

[9] Ibn Majah. Abu Abdullah Muhammad bin Yazid al-Rabie bil wala al-Qazwini. 1395H/1975M. Sunan ibn Majah. Edit. Muhammad Fuad abd al-Baqi. Beirut. Lubnan. Dar Ihya al-Turath al-Arabi. Juz 1. Hlm. 656. Hadis no 2035,2036. Kitab Talaq, Abu Daud. Sunan Abi Daud. Juz. 2  hlm. 287. Hadis no. 2288. Kitab Talaq.
[10] Abu Daud. Sunan Abi Daud. Kitab al-Talaq. No hadis 2276-2280 Ibn Hanbal, Ahmad bin Muhammad ibn Hanbal al-Syaibani. al-Musnad Bihamisyihi Muntakhab kanz al-Ummal. al-Maktab al-Islami. Beirut. Lubnan. Dar al-Sodir. Juz. 2. hlm. 182.

[11] Al-Bukhari. Sahih al-Bukhari. Kitab al-Ahkam bab Ajru man qada bil hikmah dalam Ibn Hajar Fathul Bari. juz. 13. hlm. 120; Muslim. Sahih al-Muslim Syarah al-Nawawi. Kitab Solatul musafirin wa qasruha. bab Fadlu man yuqawwim bi al-Quran wa bi ilmihi. juz. 6. hlm. 97-98.
[12] Ibn Majah. Sunan Ibn Majah. Kitab al-Ahkam. Juz. 2. hlm.785; Al-Dar Qutni, Ali bin Umar. 1966M/1386H. Sunan al-Dar Qutni. Juz. 4. Al-Qahirah. Dar al-Mahasin. Bab al-Mar’ah Tuqtal Iza Irtaddat. Juz. 4. hlm. 229.

Thursday, January 7, 2010

ERTI SEBUAH KEBAHAGIAAN

Mencari dan mencari,apakah erti bahagia di hati. Bukan cuba beretorika,bukan jua cuba keluar dari batas kebiasaan manusiawi, malah ini satu fitrah insani yang akan ada di setiap naluri. Mencari bahagia, itulah impian setiap hari yang di lalui. Tetapi pendefinisian sebagaimanakah bahagia itu wahai diri?

Dunia terus berputar,menggelintar penghuni pelusuk alam maya mencari erti keindahan bahagia di hati. Manusia cintakan kesempurnaan, manusia cintakan kecukupan , dan manusia tanpa silu mengejar ketertinggian taraf kehidupan. Benarkah,kesempurnaan mengundang ketenangan? Tenangkah dikau wahai nafsuku?



 
Andai di ukir bahawa bahagia itu milik dia yang ketawa sepenuh hati, lantas berbahagiakah si dia yang ketawanya di iringi syaitan durjana? Andai di nukil bahawa derita itu milik dia yang menangis,lantas menderitakah si dia yang menangis,merintih dan terhenjut-henjut bahunya di hadapan PenciptaNYa? Menyelusuri kisah-kisah manusia terbilang di zaman silam, kisah Imam-imam tersohor dalam peradaban islam yang kebanyakan dari mereka mengambil langkah untuk beruzlah dan menyendiri, jauh dari hiruk pikuk manusia, mereka seolah-olah terpinggir,tetapi hakikatnya tidak begitu,mereka bahagia dalam kesunyian dari cacamerba kejahilan. Begitu sukar untuk diterjemah dengan hati apakah makna sebenar sebuah kebahagiaan, tetapi yakinilah manusia tidak akan pernah berhenti mengejarnya selagi ia tidak di kecapi.

Andai hidup sekadar untuk mencari tanpa ada keinginan untuk menyedari,maka apalah ertinya di sisi? Kita kerap cuba menggapai lakaran indah pelangi nun di balik sana, tetapi memijak-mijak ketenangan rerumput hijau di bumi. Berapa ramai di antara kita yang mampu menbuka mata hati,menyedari hakikat keberuntungan diri. Bukankah bahagia itu abstrak sifatnya, ada bahagia dalam luka, ada senyum dalam sendu, ada ketawa dalam esakan,ada qanaah  dalam kesempitan, ada pemaaf dalam kemarahan, ada zuhud dalam pemberian, ada keikhlasan dalam pengorbanan, ada pengorbanan dalam perjuangan, ada rasa syukur dalam kegagalan, ada pelbagai kebahagiaan dalam pelbagai kisah yang berlaku dalam hidup kita.

Kita acapkali menjulang tinggi kejayaan,kemewahan,kedudukan lalu meminggir sepi setiap saat sedih yang sebenarnya bisa memberi  peluang untuk kita menjadi bahagia.  Indahnya perasaan andai menjadi seorang yang pemaaf,dia bersih dari  dendam  dan tenang dari hasad dengki, betapa indahnya juga perasaan andai menjadi seorang yang sentiasa berkorban, dia penuh dengan kebaikan hati dan jiwanya subur dengan  sifat ithar, indahnya perasaan andai menjadi dia yang di uji lantas terus berlari mendakap erat Tuhannya, hatinya penuh dengan kerendahan dalam pengharapan dan tenang atmanya pabila dipujuk Allah.  Kita bisa bahagia selagimana kita MAHU mengerti dengan mata hati hakikat diri insani yang perlu berpaut rapat dengan Illahi. Kita tak akan bahagia tanpa Dia. Bahagia itu rahmat dan berkat.  Bahagia itu milik Yang Satu,untuk semua. Ada yang kekal,ada yang sementara. Ia berbeza kerana kita berbeza.

Harus jiwa mencari bahagia. Betapa jauh harus pergi, derita sehebat apapun, biar sendiri mengerti. Manusia yang hidup semata demi diri, takkan pernah mengenal rasa cinta hakiki. Biar ditinggal jauh, biar takdir terus menari, hari esok pasti suci menanti… kerana Dia tidak akan pernah menzalimi..dan percayalah kebahagiaan itu ada dalam diri kita..



Bahagia itu dari dalam diri
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata di dasar hati

Bahagia itu ada pada hati
Bertakhta di kerajaan diri
Terbenam bagai mutiara di lautan nurani

Bahagia itu ada di jiwa
Mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu adalah suatu ketenangan

Bila susah tiada gelisah
Bila miskin syukur pada Tuhan
Bila sakit tiada resah di jiwa
Bukankah Tuhan telah berfirman
Ketahuilah dengan mengingati Allah
Jiwa kan menjadi tenang

Kebahagiaan itu suatu kesyukuran
Bila kaya jadi insan pemurah
Bila berkuasa amanah
Bila berjaya tidak alpa
Bila sihat tidak lupakan Tuhan

Hakikatnya bahagia itu
Adalah ketenangan
Bila hati mengingati Tuhan

Semua insan kan mengerti
Maksud terseni Ilahi
Itulah zikir yang hakiki




Tuesday, January 5, 2010

LA TAHZAN..SOBRAN JAMIL



Aku terima...seadanya.
Kerana redha adalah pencegah segala kesedihan.





Yakinlah, setiap ketentuan ILAHI datang bersamanya hikmah untuk semua.

Hikmah yang mungkin tidak dapat dilihat, tidak bisa dirasa, apatah lagi untuk disentuh.


Tapi yakinlah, DIA ADA! 


Monday, January 4, 2010

KU TINGGALKAN CINTA KERANA ALLAH



Pernah seketika dulu saya rasa saya tak berguna..
Masa dalam kelas kawan-kawan semua tak suka..
Saya nak 'join', kawan kata saya menyibuk..
Ada pula yang kate saya kuat emo..
Sikit-sikit nak marah..
Padahal sebenarnye saya nak tegur mereka buat bising masa belajar..


Lepas tu saya cuba buat lawak
kononnya nak tarik perhatian orang lain
saya paling gembira bila ada orang gelak bila dengar lawak saya
terutamanya pelajar-pelajar perempuan..
Budak-budak lelaki semua kata saya 'mat capub'(cari publisiti)..
tapi saya tak kesah..
asalkan ada yang terhibur..



Tapi saya tetap merasakan kekosongan..
Memang lumrah manusia..
Seoarang lelaki akan tertarik kepada wanita
Macam itulah yang saya rasa..
Saya tengok kawan-kawan dah ada yang 'couple'..
Di dorm sms awek sampai pagi..
ada yang call awek sampai RM10 satu malam..


Saya mula berfikir..
"Adakah aku perlu BERCINTA?"
Dengan menggunakan akal seorang pelajar tingkatan 4 itu..
saya pun mula menanam tekad untuk ber'couple'..
Dan masa itulah saya kenal awak..
saya rase saya dah jumpa orang yang paling penting dalam hidup saya..


Mula-mula awak jual mahal..
Tapi saya tak kisah..nak beli gak..
akhirnya, dipendekkan cerita..
saya pun mulalah BERCINTA..
Masa bercinta,memang saya sangat-sangat bersemangat
Apa orang kata..'ALL OUT'lah..haha..
Saya selalu call awak,awak pun selalu call saya..
'gayut' malam-malam..
kadang-kadang saya pun habis RM10 satu malam..

Tetapi segala PENGORBANAN yg dilakukan masa ber'couple' tu..
Tidak terasa pun kehilangannya..
Mase bercinta memang indah..
Semuanya indah..
Sikit-sikit gurau-gurau
Sikit-sikit gelak-gelak
kalau merajuk men pujuk2..
kalau 'birthday' kita sambut sama-sama..

Untuk diri ini,terasa amat bahagia..
Sebab masa itulah terasa diri ini dihargai..


Saya pernah tepikir..
Biarlah kawan-kawan saya tu pandang saya semacam,
kata saya macam-macam..
Asalkan awak memahami saya..

Satu hari saya dengar ceramah..
Alhamdulillah..

Dalam ceramah tu saya sedar,
saya banyak buat dosa
dan saya kena brubah..
Hidup saya mesti selari dengan Islam..
Saya kena jadi baik..
Sebab memang itu fitrah manusia..
menginginkan kebaikan..
semua orang nak masuk syurga kan?


Sejak dari saat itu saya mula rapatkan diri dengan masjid..
Rapatkan diri dengan Al-Quran..
Selalu solat jemaah awal waktu..
Selalu dengar tazkirah..
Saya beli terjemahan Quran, sebab nak tadabbur Quran
Saya beli dua, satu untuk saya, satu untuk awak,
Saya taknak jadi baik seorang diri..
jadi saya ajak awak sekali..
Saya ajak awak baca Al-Quran..
saya kejut awk bangun subuh..(calling)
saya ajak awak saling beri tazkirah..

Mula-mula awak terkejut dengan perubahan saya..
Awak ingat saya dah nak jadi alim, nak brenti couple.
Saya kata,kita bukan buat benda yang salah..
bercinta kerana Allah..
Kita couple tak macam orang lain..
Orang lain couple 'jiwang-jiwang' je..
ade yang siap wat mksiat lg..
pegang-pegang tangan dan macam-macam lagi..

Tapi kita couple baik-baik..
Jaga batas-batas syara'..
Tak guna ayat jiwang-jiwang
janji taknak jumpa, takut berlaku maksiat..cuma sms dan call je..
Dan awk terima perubahan saya itu..
Saya pun banyak nasihat awak..
Awk pun terima..
Walaupun kadang-kadang awak merajuk sebab teguran saya tu
Tapi saya faham, perubahan memerlukan masa..


Dan akhirnya saya rasa..Hubungan kita semakin diredhai..
Saya salu doa supaya kita akan kekal sampai ke gerbang perkahwinan..
Dalam proses perubahan saya,
Saya mula menyedari bahawa berdakwah itu wajib..
Kita kena menyampaikan kepada orang tentang kebenaran.
 

Kalau kita tidak berdakwah..
kita akan dipertanggungjawabkan oleh Allah di akhirat kelak.
sesuai dgn firmanNya dlm surah Al-A'raf,


surah ke 7,ayat ke 164:


Dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata: "Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang amat keras?" Mereka menjawab: "Agar kami mempunyai alasan (pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu, dan supaya mereka bertakwa".


Lepas tu saya mulalah beri tazkirah pada kawan-kawan dan adik-adik
Tegur mereka apa sahaja yang silap..
Saya tak boleh tahan bila tengok orang buat salah/dose..
Saya mesti nak tegur.
Selemah2 iman tegur dengan hati,
oleh sebab saya nak jadi orang kuat iman..
Ape lagi..tegur je la depan-depan..
huhu~~


Lepas tu, satu masa..
saya terbaca pasal couple..

"COUPLE HARAM"

Saya tak percaya..tapi bila baca detail-detail yang dia bagi..
macam betul pulak..
huhu~~

tapi biasala..

kalau kita suka satu benda tu..
kita tetap akan cari alasan untuk 'membenarkan' pendapat kita..
Saya pun buat tak tahu pasal benda tu..
dan teruskan saja hubungan kita..
kita tak buat maksiat..
Kita jalan-jalan tak pegang tangan..
tak jiwang-jiwang..
Cuma saling ambil berat..
Tanya khabar..
Borak-borak..
Siap bagi tzkirah lagi..
Apa yang haramnya dengan benda ni?
Tak kisahlah..


Masa terus berlalu...
Masa ni dah nak dekat SPM..
lagi dua bulan sebelum SPM..
dalam masa tu, saya memang rajin study dengan kawan..
buat study group.
Pada masa yang sama, bagi tazkirah..Ada yang terima..
ada juga yang buat tak tahu.Kadang-kadang bila
tegur..saya kena marah pula..macam-macamlah alasannya
ada kata saya tegur tak berhikmah..ada yang kata saya menunjuk-nunjuk je..

Tapi tak kisah..
saya ada tempat mengadu..
huhu~~


Suatu masa..
ketika sedang mentadabbur Al-Quran seorang diri..
saya terjumpa ayat ini..


Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan) kebajikan, sedang kamu melupakan diri (kewajiban) mu sendiri, padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)? Maka tidakkah kamu berfikir?


(Al-Baqarah, ayat 44)


Saya pun terfikir..
"Selama ini aku asyik tegur orang je.
Tapi aku sendiri masih banyak kekurangan,
Cepat marah, suka buang masa,
ade gak dosa-dosa yang masih dilakukan..
Macam mana ya?
"Lepas tu terjumpa pula ayat ini..


Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang batil dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu, sedang kamu mengetahui.


(Al-Baqarah ayat 42)


Tiba-tiba saya terfikir satu kritikan kawan..
"Alah kau tu..cakap je berapi..gaya alim,tapi couple gak..sama aje kau
dengan kami..tegur orang konon.."

Berfikir sejenak..
Sebenarnye ber'couple' ni boleh ke tidak?
Adakah selama ini saya hanya menganggap ia boleh?
Habis tu, kenapa saya rasa malu bila mak dan ayah tahu saya selalu
berhubung dengan perempuan?
Dan kengkadang saya rasa serba salah?
Macam-macam yang saya fikir..


Dipendekkan cerita lagi sekali..
saya ke Pulau Pinang untuk mengikuti satu seminar dkwh..
Saya harap dengan seminar ni kefahaman saya mengenai dakwah
akan lebih mantap..

Dalam perjalanan ke seminar tu..
saya masih sms lagi dengan awak dalam bas..
sempat lagi pesan-pesan supaya jangan lupa baca Al-Quran hari ini,
solat awal waktu..
Dalam fikiran saya..
"Ni kira dakwah juga..saling ingat-mengingati.."
******

 
Majlis malam itu berakhir dengan sesi ta'aruf,
pukul 10 semua orang dah bebas untuk aktiviti sendiri
Lagipun kami semua penat..
takkan nak panjang-panjangkan program sampai tengah malam..
pihak penganjur pun faham..


Tiba-tiba saya tergerak hati untuk bertanya dengan fasilitator yang ada di situ..
Saya rasa inilah masa terbaik untuk tanya pendapat dia tentang couple.
Tapi saya tragak-agak..
"Kalaulah betul couple tu salah..habis tu,nak buat macam mana? Aku kena clash ke?
Alah,buat apa fikir macam tu..tanya je la. Kalau tak buat salah, apa nak ditakutkan?

"Lalu saya menghampiri 'Brother' fasilitator tu..
Masa tu dia tengah membelek-belek terjemahan Al-Qurannya seorang diri.


"Assalamualaikum, bang, saya nak tanya sikit boleh?"
"Em,boleh..duduklah. Nta nak tanya apa?"
"Er..macam ni,sebelum saya terlibat dengan dakwah ni, saya ada
kenal seorang kawan ni, perempuan la. Tapi bukanla setakat kawan
biasa..rapat gak la. Bukan rapat biasa,tapi rapatla.."

"Bercinta ke?"


Saya malu nak cakap yang saya couple. Nanti apa pula brother tu kate..
mesti dia marah nnt. Saya pun angguk. Lepas tu saya tanya..

"Sebenarnya..couple ni boleh ke tak bang?
"


"Akhi, memang fitrah manusia, lelaki akan tertarik kepada perempuan,
begitu juga perempuan akan tertarik kepada lelaki. Tapi dalam Islam,
perasaan itu perlu dikawal dan ada batasnya. Pergaulan perlu dijaga.


Allah firman dalam surah Al-Isra', surah ke 17, dalam ayat yg ke 32:


Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."


"Tapi bang,saya tak nampak pun yang kami ni menghampiri zina. Niat
kami baik. Saya dah cuba sedaya upaya mengawal perhubungan kami.
Sms pun takdelah jiwang-jiwang, selalu bagi tazkirah lagi. Kami
selang-selang bagi, hari ni saya, esok dia."

Saya tak mahu mengalah.


"Memang betul niat nta baik. Tapi ingat, niat tak pernah menghalalkan
cara. Yang batil tetap sahaja batil, yang haq tetap haq. Cuba tengok ayat ni.
"Sambil brother tu bukak Al-Quran dia, dan tunjuk pada saya ayat ini:


Dan (juga) kaum Ad dan Tsamud, dan sungguh telah nyata bagi kamu (kehancuran mereka) dari (puing-puing) tempat tinggal mereka. Dan setan menjadikan mereka memandang baik perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam.


(Surah Al-Anakabut,Surah 29, ayat 38)



"Akhi, kalau nta paham ayat ni, sebenarnya apa yang berlaku pada
nta ialah, setan telah buat nta pandang indah benda buruk yang nta
lakukan. Walaupun nta berpandangan tajam, maksudnya nta berilmu
tinggi. Memang pada mulanya niat nta baik, tapi ingat, syaitan itu
sangat licik. Dia akan sedaya upaya buat nta terjerumus ke dalam
kemaksiatan. Lagipun, takkanlah sepanjang masa nta sms dengan dia,
nta ingat Allah. Mesti ada masanya nta hanya melayan perasaan
dengan dia, kan?


"Betul juga katanya. Lepas tu saya kata,


"Tapi bang, saya dah janji dengan dia taknak jumpa lg. Sebab saya
tahu kalau berjumpa nanti banyak bahayanya. Dan dia pun setuju.
Kami sama-sama menjaga diri. Takkanlah ia boleh membawa kepada
zina juga bang?"


"Em, betul, nta dah janji taknak jumpa dengan dia lagi. Nta dah dapat
elakkan zina mata, zina tangan, zina kaki. kalau nta janji taknak call
die pula, nta dapat elak zina telinga dan zina lidah. Tapi akhi..masih
ada zina yang tetap nta tak dapat elak apabila bercouple.."

"Zina hati?" Saya menduga.
"Betul, zina hati. Semua inilah yang Rasulullah jelaskan dalam
hadithnya tentang bagaimana menghampiri zina tu. Nta boleh 'check'
dalam Riyadahus Solihin, bawah bab larangan melihat wanita.
Rasulullah bersabda, mata boleh berzina dgn melihat, lidah boleh
berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan.
Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula
boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia.
Hakikatnye, macam mana pun nta buat, nta tetap tak dapat lari daripada
zina hati.


"Saya terdiam..kelu. Tak tahu apa nak dikata. Semua yang brother tu kata
tiada yang salahnya. Kemudian dia sambung..
"Ana dulu pun couple gak. Lagi lama daripada nta. Sejak sekolah
sampai dah masuk U, dekat nak gred. Tapi bila ana sedar apa yang
ana buat ni salah, ana trus tinggalkan. Ana siap dah fikir, dialah bakal
isteri ana, yang akan jadi ibu kepada anak-anak ana. Kalau nak
diikutkan lagi besar masalah ana daripada nta."


"Saya risau la bang. Nanti apa kawan-kawan dia kata. Dulu saya selalu
minta tolong mereka untuk rapat dengan dia. Mesti nanti mereka
semua tak puas hati dengan saya. Dan dia sendiri pula, saya takut
apa-apa akan jadi pada dia kalau dia tak dapat terima keputusan ni.
Sebab kami dah rapat sgt.


"Masa tu saya dah mula sebak. Malu betul. Menangis depan brother tu
cerita pasal benda ni. Nasib baik tak ada org lain masa tu. Brother tu jwb..


"Kalau kawan-kawan dia tak puas hati pun, mereka boleh buat apa?
Paling teruk pun, mereka akan mengata di belakang nta. Nta tak
kurang sikit pun. Lagipun, dalam berdakwah ni, kita nak cari redha
Allah, biarlah orang nak kata apa-apa sekali pun, yang penting redha
Allah. Kalau Allah tak redha, semuanya dah tak bermakna lagi."


Saya terdiam lagi.


"Pasal die pula, cube nta fikir dari sudut positif, mungkin dia akan
terima keputusan nta scara matang. Mungkin dia juga akan buat
keputusan untuk tidak lagi bercouple. Ana yakin, die takkan buat
apa-apa perkara bodoh. Kalau die buat sekalipun, itu bukan
taggungjawab nta, apa yang nta nak buat tu betul, meninggalkan maksiat.
Semua orang akan tanggung balasan atas perbuatannya sndiri."


Saya dah tak dapat tahan lagi. Masa itu saya menangis, saya dah sdar
yang saya kena berhenti couple. Dah jelas sekarang, couple tu haram.


"Jadi apa saya nak buat bang?"


"Ana dulu, hantar satu sms je kat dia. Ana terangkan pada dia
hubungan yang dibina itu salah. Minta maaf, kita berakhir di sini.
Tolong jangan cari saya lagi. Lepas itu ana terus tukar nombor.
Ana tak hubungi dia langsung lepas tu."


"Maksudnya, saya tak boleh hubungi dia lagi ke? Tapi bang, saya ade
juga kawan perempuan lain, boleh pula saya hubungi mereka?"
"Dengan dia ni lain. Nta dah pernah ada 'sejarah' dengan dia. Tapi,
kalau nanti ditaqdirkan nta satu universiti dengan dia, satu kuliah,
lepas tu kena pula buat group discussion, masa tu nta hanya layan
dia hanya sebagai group discussion partner."

Tiba-tiba saya terfikir..


"Dia ni nak suruh aku clash malam ni gak ke? Sekarang gak?
Takkanlah awal sangat?"


Saya cakap..


"Saya rasa saya belum ade kekuatan la bang. Boleh tak saya tunggu sampai saya ada kekuatan, baru saya tiggalkan benda ni?


"Saya ingat nak lari la. Lalu dia jawab..


"Akhi, nta kena ingat. Kekuatan itu tidak boleh ditunggu, tapi ia
perlu dibina. Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum
sehingga kaum itu mengubah keadaannya sendiri. Nta boleh rujuk
surah Ar-Ra'du,surah ke-13,ayat 11.
Lagipun, nta nak tuggu sampai
bila baru nak tinggalkan couple ni..abang-abang fasilitator ni pun
ramai yang pernah couple, bila masuk dakwah, mereka tiggalkan.


"Alamak...tak boleh lari lagilah nampaknye..saya rasa macam brother
ni paksa saya clash masa tu juga."Semuanya dah jelas rasanya..

Nampaknya saya kena tiggalkanla benda ni gak ye. Macam tak larat
rasanya nak tekan button handphone ni. Rasa tak sanggup."
"Kalau tak sanggup mari ana tolong tekankan."

"Eh, tak apalah bang. Biar saya taip sendiri."


Teragak-agak saya nak taip masa tu. Tapi saya gagahkn juga diri..
"Semuanya dah jelas..buat apa aku tangguh-tangguh lagi. Takut nanti
hidayah ni Allah tarik, susah pula nak tinggalkan. Kan aku selalu doa
supaya dijauhkan dari maksiat..jadi rasanya, inilah masanya.."


Lalu perlahan-lahan saya taip sms tu..


"Assalamualaikum..Sebenarnya selama ini hubungan kita salah di sisi
Islam. Saya ingat dengan mengubah cara pergaulan kita, ia dah
dibolehkan, tapi sebenarnya ia tetap berdosa. Saya harap awak akan
istiqamah meneruskan perubahan yang awak dah buat, kerana Allah.
Saya minta maaf atas segala yang dah berlaku. Kalau ada jodoh
insya-Allah, akan bertemu juga. Assalamualaikum.."


Berat betul nak hantar sms tu kat awk. Saya masih tak mampu nak
ucap selamat tiggal. Sebab tu dalam sms tu saya hanya akhirkan
dengan ucapan salam. Lepas beberapa ketika..saya tekan juga button
[send].

Lepas tu tertera di skrin..
[SENDING..]
[MESSAGE SENT]

Masa tu saya rasa macam separuh hidup saya dah hilang. Macam tak
percaya..saya dah hantar 1 sms, dan clash dengan awak..


"Terima kasih bang.."
"Takpe, dah tanggungjawab.."

Malam tu saya saya tidur dengan linangan air mata..tak sangka..mmg
tak disangka..Saya memang tak pernah terfikir untuk clash, tapi itulah
yang terbaik untuk kita sbenarnya..

Tiba-tiba saya teringat ayat Allah..
surah Al-Baqarah,ayat 216..

Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah
sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu,
padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai
sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, s
dang
kamu tidak mengetahui.

*******
Masa terus berlalu.. Saya terus sibukkan diri dengan kerja-kerja lain.
Dalam usaha nak lupekan awk, bukan senang,tapi saya terus cuba.
Saya selalu bagi tazkirah, ingatkan orang.
Saya bagi ta'lim di msjid, terangkan pada orang, couple haram, tunjuk
segala dalil.. Macam-macam yang berlaku..ada kritikan..ade gk
yg stuju..tapi tak kisahlah semua tu..

Tiba-tiba satu pagi ni, dapat sms daripada awak..awak bagi
gambar bunga..bawah tu ada ayat..

"Seindah gubahan pertama.."


Saya rasa awak masih tak dapat lupakan saya. Saya pun fikir.."Kena
tegaskan rasanya". Lepas tu saya hantarlah sms ni. Dan rasanya itulah
yg terakhir.."

Tiada yang lebih indah daripada mendapat keredahaan ilahi..seindah
manapun gubahan pertama tu, selagi tak mendapat keredahaanNya,
tetap tiada gunanya..Assalamualaikum.. saya tahu, dulu saya cakap,
kalau ada jodoh, insya-Allah akan bertemu juga. Tapi saya taknak
awak tunggu. Lupakan saya. Biar Allah yang menentukan..Lagi satu,

Jangan cari cinta manusia,
ia penuh dengan penipuan,
kekecewaan,
dan tak kekal..

Tapi carilah cinta Allah..
tiada penipuan,
tidakkan pernah mengecewakan
itulah cinta abadi..
Cinta yang diredahai..
-Yang Terakhir- "


[SEND]
[SENDING..]
[MESSAGE SENT]

Saya dah buat keputusan.
Saya pasti apa yang saya buat ni betul.
Saya yakin, Allah akan sediakan yang terbaik untuk saya.
Saya takkan berpatah balik..
Takkan..buat selama-lamanya. .




p/s : entry ni diambil dari blog seorang sahabat..  
        http://maisurah-mazhar.blogspot.com