MusicPlaylist

"Sejak hari pertama, kita dijadikan,

telah tertulis segala nasib kita

di luh mahfuz. Buruk baiknya kita tak tahu. ,

Tapi kita perlu

berusaha memenuhi kemahuan hidup kita"

CAHAYA

Wednesday, November 2, 2011

ApAbILa DiA MuLa bErKaTa...

Salam,


Apabila Pn Nora mula berkata2 " Along sekejap je kan dah nak masuk bulan 11, Ma rasa baru je haritu bulan 6 bertunang...dah nak kawin xlama lagi bulan 1"

Siyesly apabila ayat ini keluar dari mulut ibu saya, arghhhhh rasa macam tak nak kawin plak..takutnyer saya, sekarang dah memang rasa, ada lebih kurang 2 bulan setengah lagi sebelum majlis saya..nak cakap teruja, ckitlah, yang banyaknya takutlah, takut macam2 fikir. Mampu ke saya nak pikul tanggungjawab sebagai seorang isteri, ibu, menantu terhormat [jangan hantu sudah] ops terlebey sudah.. InsyaAllah mampu..FARRHANA boleh!
 

Sekarang ni memang dah tengah buat persiapan, sikit2 lah, tu pun mcm byk lagi xsettle, petang tadi balik kerja terus lari ke Shah Alam..hahaha bukan lari drive eh..hajat hati nak cari tudung untuk malam akad nikah nanti....pergilah seksyen 7, mula2 usyar kat Ariani wahhhhhhhhhhhhh harga xboleh blah...bukan xmampu tapi rasa xberbaloi tudung lyra RM365..tengok diamond dia biasa jelah xbanyak sgt, kalau diamond banyak oklah. usyar dan terus usyar masuk kat HAJRA pulak, hah kat sini harga mostly best lah..mat bangla yang layan pun hensem2 hahaha. Saya meneruskan sesi pencarian saya, pastu pengurus kat ctu tanya (mamat pakistan) adik nak cari tudung untuk siapa?adik ke nak kawin..ops di situ ada ayat yang xboleh blah..adakah saya nampak seperti kanak2 sweet 15? saya pun tanya nape tanya camtu? xdelah xnampak macam u yang nak kawin..i guess umur u dalam 18 something..hahaha saya pun jawab: em kalau camtu saya cari untuk nenek saya..dia nak kawin...ambik nak sangat.. dah saya yang cbuk nak cari tudung mestilah saya yang nak kawin..umur 25 nampak 18..hahaha sgt terharu. Ok berbalik pada cerita tudung tadi, saya cari punya cari, mamat pakistan tu dah mula bosan ngan saya..pendek kata banyak songeh..haha padan muka. Pastu dia passed kat member dia..member dia sangat bersabar ngan saya, cari punya cari akhirnya saya merembat satu tudung lyra yang harga dari RM 150 pujuk n pujuk dia bangi saya RM100, YES pastu saya berkenan ngan selendang silk/ciffon cantik plak saya pun ambiklah harga dari RM199 dia bagi saya RM130..wah sangat berbaloi so tudung tuk nikah nanti saya akan pakai dua lapis nampak tudung tu jadi bertingkat..hehe ok settle bab tudung nikah.

Berbaloi jugak beli tudung kat HAJRA ni kualiti dia ok n harga mostly sangatlah ok..so para pengantin yang nak shopping try lah cari tudung kat HAJRA NI. 

Berbalik pada kisah mula2 kat atas tadi, my mom ni semenjak dua menjak ni selalu gurau2 melibatkan hal nak kahwin, argh saya tension, saya cuba nak rasa tarikh tu lambat lagi tapi my mom plak yang teruja..yelah anak sulung kan. Yang lagi tension bukan my mom je macam tu, my aunty2 gak camtu gak, hai nak kahwin dah awak ye nurul farrhana...aloh kenapa semua xpercaya saya dah besar ok 25 haha bukan 18 lagi.

kedai tudung hajra at seksyen 7 shah alam

Bulan 12 start pulun untuk semua persiapan..tinggal 16 hari lagi nak sekolah then saya akan pergi re-trip tuk staff sapura, wajib pergi kalau tidak, xhingin nak pergi kat a famosa melaka, bosan..haha pastu ada interview untuk Tauliah Peguam Syarie KL. Adoyai xbaca buku lagi, dah lah lama xbukak Akta2 yang ada ni.. seksyen2 tunggu i tau t i nak baca u...haha

ok saya dah habis membebel, kita sambung next time ok. daaa chaw sinchan..nak sambung key in markah untuk report card day,,,bye bye

Sunday, October 2, 2011

jOdOh AjAL mAuT dI tAnGaN ALLAH SWT

Salam,

Hari Ahad yang membosankan cik cahaya..hari ni duk rumah je sebab semalam sehari suntuk shopping barang-barang wedding..pergi sogo, pertama kompleks, kelana jaya, digital mall [teman en tunang repair lappy dia =)]..sangat penat shopping dan menghabiskan duit..macam2 CC [shotform cik cahaya] beli..handbag, wallet, perfume, jam..hahaha kopak adeh..en tunang shopping wallet, belt, jam...sangat penat.

Ingatkan semalam nak pergi kelana jaya tempah kad kawen, tapi tak sempat plak sebab en tunang nak pergi kenduri aqiqah umah kawan dia takut xsempat nanti..so kitaorang decide nak pergi hari Rabu ni lah sebab selasa my mum nak dtg KL nak jumpa cik jah n cik sabtu..heheh bakal mertua ku..auwww.. nak bincang pasal wedding kitaorang lah..punyer lah banyak xsettle lagi..bila nak settle ni..saya akan pulun semua during school holiday ni...ingatnya camtulah..selagi xsettle selagi tu lah xleh tido..sampai termimpi2 kot.

Macam2 nak story sebenarnya..tapi tulah kekangan-kekangan waktu yang ada..ayat xboleh blah adoi..sepanjang bertunang ni macam2 dugaan datang antaranya:

a) SENSITIP~ ni peel yang tak boleh blah ada dalam diri saya, masa sebelum bertunang dulu dah memang sensitip sekarang lagi2 lah sensitip, ckit2 nak terasa nak merajuk, kesian en tunang saya, alhamdulilah saya dapat en tunang yang sgt memahami..hopefully biarlah berkekalan sampai kita kawen t eh..=) setiap kali saya tersensitip en tunang bersabar je...stay boleh bersabar dengan kerenah saya..

b) RASA XNAK MARRIED~ ni satu jenis peel or simptom yang sy dapat since bertunang ni..makin dekat hari majlis makin ngarut fikir macam2, kadang2 rasa eh betul ke ak nak kawen ni...kadang2 rasa macam xnak kawen xtawlah tapi serius saya cakap hanya orang pernah melalui perasaan ni akan fikir macam ni..

Sebenarnya banyak lagi simptom yang saya alami masa tunang ni, sesungguhnya banyak sangat dugaan kalau xkuat semangat memang boleh kantoi, paling ketara perselisihan pendapat pasal weddinglah en tunang nak cmni saya nak cmni, yelah perempuan ni lain fikir nak yang terbaik, lelaki plak nak yang simple or mudah je..tu yang boleh berselisih pendapat tu,,pastu satu lagi dugaan orang 3, 4, 5, 6 semua datang balik..hahaha sebab tu saya kata klu xkuat semangat memang hanyut.confirm kantoi di tengah jalan...ya Allah saya mohon dijauhkan dari segala dugaan yang mendatang..

En tunang selalu cakap, ABG DOA SANGAT SEMOGA KITA TAK DIUJI DENGAN UJIAN YANG XMAMPU KITA NAK HADAPI..aMIN..

Sebenarnya saya tiba2 rasa nak post entry ni sebab tengah tgok episode last STANZA CINTA kat TV3, kesian kat Amni..ya Allah xtawlah cmne nak hadapi semua tu kalau jadi dekat saya..takut sangat saya xmampu kot nak hadapi semua tu..pe yang boleh saya kata saya sangat S***** en tunang saya...dan 

Untuk encik Tunang~ Walaupun nurul taw nurul selalu degil, xdengar cakap abg, keras hati, hehe kuat merajuk, kuat cari pasal nak gaduh, kuat makan, kuat gelak, kuat kentut ops terlebih sudah,,ok2 tukar mode touching balik..suka blah blah blah lagi yang negatif semua, hehehe tapi abg tetap sabar melayan kerenah nurul..TQ S**...Nurul selalu berdoa nurul boleh jadi yang terbaik tuk abang,,walaupun terlalu banyak kekurangan ni..


Oklah dah banyak sangat bebel ni..nak muntah pulak korang baca entry ni, pepun saya berharap semoga hari esok lebih baik tuk saya, Dipermudahkan setiap urusan saya ''SEHEBAT MANAPUN KAMU MERANCANG SESUATU TETAPI HIDUP TIDAK AKAN DAPAT MERANCANG SESUATU PUN KERANA SEMUANYA ADALAH PERANCANGAN ALLAH...." 

**Anak2 murid tersayang jom makan2 drumet after u all finished exam jom yok...=)

Wednesday, September 28, 2011

tAk TerLuah DeNgAn KatA-kAtA....

sALAm,

Alkisahnya hati....dah lama tak menjenguk blog ni dah bersawang, sedang dalam kegelisahan yang teramat sangat tapi xtau nak luah kat siapa...sangat tension, tension dengan macam2 hal...dengan kerja of coz dah, dengan em ntahlah..prepairation nikah boleh kata zero kot..[uit nak kawen ke tak ni...?] dugaan betul macam-macam hal sekarang ni..itulah inilah haih..kuatkan lah semangat nak hadapi semua ni..sekian xtaw nak mengarut pe lagi buntu sebab ngah tension..rasa nak g jumpa dr mintak ubat tido..ops....ya Allah kuatkanlah hambamu ini untuk menghadapi segala yang mendatang..=( =(

Tuesday, July 26, 2011

siyesly rasa macam2 sekarang..dh xtahan ngan job sekarang..nak tukar job...tolongggggggggggggggggggggggg rindu zaman pliding...

Wednesday, June 22, 2011

dEtIK iTu...




Salam,

Dah lama xpost cerita terbaru cik cahaya..apa2 pun xde citer best pun just nak kongsi ''DETIK ITU''..hehe sangat teruja...dah jadi tunang orang..stay xpercaya...makcik2 n pakcik semua stay xcaya along dah sebesar ni..dh nak jd isteri orang..hehehe kalau diaorang xcaya...my mum lagi lah kan..sangat busy ngan kerja skrg..hopefully sgt2 cepatlah dpt kerja baru..cbuk nak bwat prepairation tuk majlis bln 1 ni..mcm dh pening xtaw mn satu nak bwat dulu...pe2 pun doakan semoga dipermudahkan semuanya...Cik Cahaya...JOM lAYAN GAMBAR MAJLIS HARI TU...


barang hantaran pihak peremp

pelamin decorated by mokde

orang kuat majlis..my cousin

ngah bersiap

kek cik cahaya to mr pelangi

hantaran pihak lelaki

with my youngest sis mira

with my aunty acu...thanks datang

barang hantaran kedua2 belah pihak

tunggu nak sarung cincin

para tetamu sedang menjamu selera

para tetamu sedang menjamu selera

detik itu =)

with bakal family

my siblings

my cousin

cincin tunang n merisik

we =)

potong kek

hantaran

Wednesday, May 4, 2011

CHECKLIST KAHWIN..

 
 
Checklist Bakal Pengantin

Senarai Semak Bagi Bakal Pengantin Kaum Melayu

Berikut adalah senarai semak untuk proses merisik, majlis pertunangan serta hari pernikahan. Sila cetak dan tandakan perkara yang telah anda lakukan.

MERISIK:
Pihak lelaki yang ingin melamar dan merisik si gadis pilihan, mereka perlulah memastikan perkara-perkara berikut di bawa bersama. Antaranya ialah:
•Cincin belah rotan. (cincin tanda)
•Wang tanda (hantaran)
•Baju sepasang atau kain
•Buah-buahan
•Kuih-muih
•Menentukan siapakah yang akan menjadi wakil anda. (ibu bapa atau ibu bapa saudara)
•Wakil pihak lelaki tersebut perlulah bertanya kepada ibu bapa si perempuan sama ada anak gadisnya itu telah mempunyai teman atau tidak.
•Jika tidak, maka wakil pihak lelaki perlulah menyatakan hajat untuk melamar si gadis.
•Jika ibu bapa si gadis telah bersetuju, maka cincin tanda dan lain-lain barang iringan seperti wang tanda, kain, buah-buahan dan kuih-muih diberikan.
•Jika mereka menerima barang-barang yang diberikan, maka secara tidak langsung, si gadis telahpun bersetuju untuk melayari hidup bersama lelaki tersebut.
•Wakil pihak lelaki berbincang tentang wang hantaran.
•Menetapkan hari untuk melangsungkan majlis pertunangan.

PADA HARI PERTUNANGAN:
•Cincin berlian
•Sirih junjung
•Lain-lain hantaran (separuh dari wang hantaran, sepasang baju, buah-buahan, kasut, kek, dan lain-lain) bergantung kepada apa yang telah anda rancangkan.
•Wakil pihak lelaki (ibu atau ibu saudara) yang akan menyarungkan cincin kepada si gadis.

MALAM BERINAI:
•Minta bantuan dari ahli keluarga dan sanak saudara untuk menginaikan anda.
•Jika ingin mengenakan henna, pastikan anda telah menempah mereka yang pakar dalam hal sedemikian sebulan sebelum majlis malam berinai anda.
Berikut adalah senarai semak untuk majlis perkahwinan atau persandingan. Sebaik sahaja kedua-dua belah keluarga telah menetapkan hari persandingan, maka perkara-perkara di bawah boleh dijadikan landasan dalam memastikan kelancaran majlis perkahwinan anda.

LAPAN – ENAM BULAN SEBELUM perkahwinan:
Bakal pengantin lelaki dan perempuan perlulah berbincang terlebih dahulu tentang beberapa perkara seperti berikut:

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
•Berbincang hal-hal perkahwinan (adat perkahwinan) dengan ibu bapa dari kedua-dua belah pihak bakal pengantin.
•Menentukan perbelanjaan yang akan dikeluarkan oleh kedua-dua belah pihak pengantin untuk majlis perkahwinan tersebut.
•Menentukan konsep majlis perkahwinan (hantaran, pelamin, bilik tidur dan lain-lain hiasan) yang anda ingini.(Majlis di hotel atau taman.)
•Rujuk direktori perkhidmatan perkahwinan (jurusolek, koleksi pakaian pengantin, bunga, kad jemputan perkahwinan dan lain-lain) di majalah, internet, buku atau melalui rakan-rakan yang telah berkahwin bagi mendapatkan gambaran awal.
•Mengenalpasti baju pengantin serta tetapkan bilangan pakaian persalinan yang diingini. (bagi yang bertudung, pastikan anda memilih pakaian yang disediakan sekali dengan pakaiannya)
•Tempah jurusolek/juruandam untuk majlis perkahwinan anda
•Mencari rumah baru, sama ada sewa atau membelinya.
•Kenalpasti Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam (swasta) yang berdekatan dengan kawasan anda, untuk mendaftar kursus pra perkahwinan.

Bagi pengantin lelaki:
•Semak semula jumlah sebenar wang hantaran yang dikenakan, (jika berlaku perubahan pada wang hantaran yang telah ditetapkan pada hari pertunangan anda) dan lain-lain hantaran.

LIMA BULAN SEBELUM perkahwinan:

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
•Menghadiri kursus pra perkahwinan di tempat dan pada tarikh yang telah ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam swasta. (Sila klik di sini untuk alamat Jabatan Agama Islam seluruh Malaysia)
•Menempah tok kadi untuk majlis pernikahan anda. (Sila klik di sini untuk Senarai Kadi Seluruh Malaysia)
•Menempah videografi atau jurufoto untuk merakamkan detik-detik indah majlis perkahwinan anda.
•Membeli cincin kahwin.
•Tentukan sama ada anda ingin memasak sendiri atau menggunakan khidmat katerer. Jika ingin menggunakan khidmat katerer bincangkankan menu hidangan untuk majlis anda, serta harga yang ditawarkan.
•Menyediakan senarai tetamu yang akan dijemput
•Menempah sekumpulan pemuzik dan DJ (jika perlu)
•Lakukan rawatan muka, badan dan rambut.
•Jika ingin berbulan madu (dalam negara atau luar negara), tentukan tempat dan budjet untuknya. Segerakan bayaran pendahuluan bagi mengelakkan tempat ditempah orang lain.

TIGA BULAN SEBELUM perkahwinan:

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
•Memilih dan mencetak kad jemputan kahwin.
•Mengesahkan tempahan di hotel atau taman termasuk jumlah meja dan kerusi, menu dan sebagainya.
•Melakukan pemeriksaan kesihatan di klinik atau hospital.
•Rawatan intensif muka, badan dan rambut.
Bagi pengantin lelaki:
•Memaklumkan kepada saudara-mara tentang hari berlangsungnya majlis pernikahan anda.
•Mengenalpasti beberapa orang (saudara mara atau jiran-jiran) yang akan menyertai rombongan pihak lelaki.

Bagi pengantin perempuan:
•Kenalpasti dua orang saksi untuk majlis pernikahan anda.
•Bagi wanita yang kematian bapa, sila pastikan siapa wali nikah anda. (sila klik di sini untuk Panduan Perkahwinan – 8. Wali Nikah) Jika anda tidak mempunyai wali nikah, sila dapatkan wali hakim, dari mana-mana Jabatan Agama Islam untuk menikahkan anda. (Sila klik di sini untuk alamat Jabatan Agama Islam Seluruh Malaysia)

DUA BULAN SEBELUM perkahwinan:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
•Membeli barang kemas
•Tentukan pengapit anda, jika perlu carikan baju yang bersesuaian untuk pengapit anda.
•Menghantar kad jemputan kepada para tetamu yang ingin dijemput.
•Merujuk kepada Jabatan Agama Islam dan Pejabat Islam Daerah untuk proses mendaftar pernikahan anda. (Sila klik di sini untuk senarai Pendaftar Nikah dan Penolong Pendaftar Nikah seluruh Malaysia)

TIGA MINGGU SEBELUM perkahwinan:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
•Pastikan pakaian pengantin anda telah siap dan ambil pakaian tersebut jika anda telah berpuashati.
•Pastikan ada seseorang yang akan menjaga barang-barang anda semasa majlis perkahwinan berlangsung.

Bagi pengantin perempuan:
•Pilih gaya rambut yang anda ingini semasa majlis perkahwinan anda (bagi yang bertudung, pastikan gaya tudung yang akan dikenakan pada majlis perkahwinan anda nanti).

TIGA – SATU HARI SEBELUM perkahwinan:

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
•Menghias pelamin, bilik tidur pengantin, membuat sirih junjung dan lain-lain hantaran.
•Sediakan seterika, papan seterika, cermin, jarum dan benang, bagi memudahkan anda jika berlaku kecemasan.
•Jika perlu ingatkan tetamu anda tentang majlis perkahwinan anda melalui telefon.
•Hubungi jurufoto, juruvideo dan lain-lain (kompang, silat dan sebagainya) anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut.
•Sediakan (packing) barang-barang yang perlu dibawa ke majlis tersebut. Elakkan melakukannya di saat-saat akhir kerana dikhuatiri ada barang yang tertinggal.
•Mandi air panas bersama aromaterapi untuk kesegaran badan.
•Tidur awal dan bersedia untuk menghadapi hari bahagia anda.

Bagi pengantin lelaki:
•Tentukan siapa yang akan menjadi jurucakap bagi rombongan pihak lelaki dan tuan ruamh pada majlis pernikahan.

Bagi pengantin perempuan:
•Hubungi hair dresser anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut.
•Kenalpasti siapakah yang akan ditugaskan untuk menyambut tetamu pada hari perkahwinan anda. (begitu juga bagi majlis di pihak lelaki)

PADA HARI PERNIKAHAN:

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
•Pastikan anda membawa kad pengenalan, gambar, dan apa-apa dokuman yang diperlukan semasa majlis ijab dan kabul.

Bagi pengantin lelaki
•Pastikan anda telah menyediakan wang mas kahwin pada hari pernikahan anda.
•Pastikan wang hantaran (terutamanya wang tunai) diamanahkan kepada orang yang boleh dipercayai.
•Pastikan anda telah menyediakan wang (upah) untuk diberikan kepada tok kadi.
•Cincin / gelang tangan / rantai.
•Sirih junjung dan lain-lain hantaran.
•Pihak lelaki dan pengiring mestilah datang lebih awal sekurang-kurangnya setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan.
•Pastikan mereka yang menjadi saksi dan wali turut ada pada majlis pernikahan tersebut.
•Pastikan tok kadi yang akan menikahkan anda, telah diberitahu lebih awal tentang hari pernikahan anda. (Sila klik di sini untuk senarai Kadi seluruh Malaysia)
•Pada malam majlis pernikahan, majlis persalinan baju (jika perlu) diadakan. Pakaian yang biasa dipakai ialah baju yang menjadi kebanggan sesebuah negeri seperti baju Sari, Cheongsam, Minangkabau, Jawa, Mendaling dan lain-lain.

PADA HARI PERKAHWINAN:

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
•Ambil sarapan seawal tujuh pagi, bagi mengelakkan anda lapar, mengantuk dan tidak bermaya.
•Jangan takut untuk menghadapi hari bahagia anda. Bertenang dan sentiasa senyum.
•Pastikan majlis anda berjalan lancar seperti yang telah dirancangkan.
Bagi pengantin lelaki:
•Pastikan anda datang tepat pada masanya atau sekurang-kurangnya sepuluh minit awal dari waktu yang telah ditetapkan
•Pastikan kesemua hantaran telah dibawa termasuk sirih junjung
Bagi pengantin perempuan:
•Pastikan anda telah bersiap satu setengah jam lebih awal sebelum pengantin lelaki sampai ke rumah anda.

TIGA HARI SELEPAS perkahwinan:
•Melawat keluarga dan sanak saudara kedua-dua pihak.
 P/S:  Entahlah cik cahaya rasa macam terkejar-kejar sangat xtaw nak fikir apa banyak sangat nak kena buat...itu ini help me...

Monday, May 2, 2011

UPDATE TERBARU CIK CAHAYA

Salam,

Dah lama tak update cerita terbaru saya....last entry bulan 12 haritu..sebelum jadi 'USTAJAH'.. teramatlah busy semenjak bertukar profesion ni tapi walau apa pun saya tersangat rindu dunia hitam putih saya, rindu nak buat pliding, rindu nak buat hujah..hehe tapi nak buat cmne kan saya redha dengan apa yang saya buat sekarang..REDHAKAH??? hehe what ever lah..malas nak cerita pasal kerjaya terbaru ni pe pun saya akan buat yang terbaik walaupun selalu terdetik dalam hati ni ya allah ya tuhanku cepatlah dapat kerja lain...adeh!! teruk kan saya..Sekolah Bestary so semua pun nak bestari lah kan..walau apa pun setiap yang mendatang saya akan hadapinya dengan sebaik mungkin..aja2 fighting nurul =)

Selain tu saya tersangat busy uruskan tuk majlis pertunangan saya akan  datang insyaallah 11/6 ni, alahai teramatlah banyak nak kena prepair tuk kahwin ni..saya ngah busy sekarang tuk majlis pertunangan, majlisnya simple je tapi simple2 pun mesti kena prepair jugak, kalau boleh xnaklah susah kan ma walaupun dah banyak susahkan dia sekarang...call je ma cakap "Ma ni camne, ma ni camne  ma ni camne"...hehehe biasalah mana de experience tuk benda2 macam ni semua. nak cakap teruja em ntahlah macam2 fikir sebab lepas ni status saya dah bertukar 'TUNANGAN ORANG' cannot nakal-nakal dah...

Dah prepair beli ckit2, minggu lepas dah beli cincin merisik ngan bertunang..cantek2..pastu semalam g jakel (JAKEL SALE GILER)  beli kain tuk buat baju masa akad nikah t, heheh mesti pelik nape beli awal baju akad nikah, tunang pun belum lagi..beli awal sebab nak buat barang tuk hantaran tunang t...en fazli kata pandainya cik nurul...kain sifon warna putih ada manik pink2 ckit kat ctu pun dah bis RM300..padan muka en fazli sebab kena pakai sampin pink..auwwww..mula2 dia xnak tapi kena paksa ngan cik nurul sebab cik nurul xnak beli sifon fully white t xdelah janggal sangat nak pakai next raya tahun depan..hebat tak perancangan cik nurul??? pilihkan tuk en fazli sampin warna light pink kalau soft pink kang nampak lembut plak...harga sampin tu RM120 bodek punye bodek dapat RM80..sape yang bodek??sape g saya lah..

Banyak g tak beli ni kalau fikir2 agak pening nak g jalan TAR t..shopping2 lagi..Apa pun saya berharap sangat majlis saya ni akan berjalan dengan lancar. t saya update gambar majlis jika berkesempatan..Doakan kami, sedar tak sedar dah 1thn 5 bulan lebih dah we are together2 and alhamdulilah dengan restu both of family kitaorang akan disatukan..hahaha sangat broken..

P/S: [MODE SERIUS] SERIUSKAH?? Ya Allah yatuhanku semoga kami tabah dan dipermudahkan urusan kami, dijauhkan segala ujian yang mendatang..dikuatkan semangat menghadapi frasa 'SEBAGAI TUNANGAN ORANG'. Sangat sedih sebab setiap kali call ma mesti ma kata " along nak kawin dh ek..ma macam xpercaya je rasa baru je ma susukan along" sangat sedih bila dengar ma kata camtu..satu perasaan  g tersangat lah takut..hahaha aku ni semua nak takut..takut nak tukar status..


cincin tunang n risik

pandangan sisi =)

baju tunang (sila abaikan keadaan sekeliling)

kain baju melayu en fazli n samping

haha ni berkaitan ke? xpun, second bf cik cahaya sebelum pasang spoiler

Thursday, December 23, 2010

SELAMAT MELANGKAH KE ALAM BARU...

sAlAM,

lamenyer xupdate..busy lorr 2 3 menjak ni..tggl sorang je, mmber sorang g dah pindah firm lain..finally semua file kena handle lah..xpelah..g pun elaun dah masyuk...hehhe..tq bos!..

Weekend hari tu g interview untuk TAULIAH PEGUAM SYARIE NEGERI PAHANG...nervous 1st time g interview tuk tauliah basic memang kosong..start study pun malam tu dalam kul 10 lepas merewang ngan Liza ke Giant and mam AYAM DRUMET..Liza gorengkan SAYA study kt depan TV..study kah...bila prut dah kenyang al maklumlah kan...rasa zzzzzz..heheh

Tapi banyak xcover lagi baru baca bab hukum hakam, prosedure n family act xcover lagi...nak tido tapi takut..last2 memang xtido takut soalan pe lah tukang interview nk tanye ni...

Sampai Hotel Vistana dah cuak semakin laju jantung berdegup..naik tingkat satu, tgok nama last candidate...oklah borak punyer borak semua lawyer sivil ahhh sudah saya je yang bukan lawyer sivil bkn syarie counsel..dah tu pe?? hanya CHAMBERING STUDENT YANG MASIH FRESH GRADUATES LAGI..rasa agak kerdil tp nurul Farrhana xkan biar perasaan tu menguasai diri...selamber join lawyer2 sivil tadi discuss isu semasa dalam bilik menunggu..hehe syok jgk byk gak diaorang tanye pasal istilah2 syariah macam kinayahh, syahadah, hibah etc..saya menjawab sekadar yg mampu je..alhamdulilah..berdebar gak ni sbb soalan2 tukang interview tanye kt candidate sebelum saya semua agak susah..power punyer soalan..child act, sivil case semua kuar..ahhh SUDAH.. semakin gup gap gap jantung...

Sampai giliran saya, masuk dengan penuh tertib sblum tu bagi salam..
 DATO tanye: STUDY MANA DULU...ADE AMBIL DAIJ? KONVO BILA? CHAMBERING KATNE?APPLY SIJIL MANA LAGI?
TUAN R tanye: SAMAN VALID BERAPA LAMA ? saya pun jawab bla22
PUAN A: SENARAIKAN KESMUA ENAKMEN YANG BERKUATKUASA DI NEGERI PAHANG...saya pun jawab bla222 
PUAN A lagi: KALAU JENAYAH SYARIAH ENAKMEN MANA YANG TERPAKAI..saya pun jawab bla2....
PUAN A lagi: HUKUMAN KESALAHAN MINUM ARAK  ? saya pun jawab bla2..MAHKAMAH MANA YANG BERBIDANGKUASA BG KESALAHAN INI? saya pun jawab bla2..
PUAN A lagi: PERKARA HUKUMAN 356 AKTA MANA YANG MENGIKATNYA...ha soalan ni xtaw jawapan saya pun jawab ..MAAF PUAN SAYA XPASTI...hehe 
TUAN R: PERNAH DRAFT PERNYATAAN TUNTUTAN?pernah..
TUAN R: KES APA..saya pun jawab bla2..OK DALAM KES HADHANAH SIAPA YG LAYAK JADI HADHIN?DAN BILA ibu BOLEH HILANG KELAYAKAN TERSEBUT...haha kacang sy jawab dengan penuh keyakinan..kiki
PUAN H: OK SAYA ADA SATU KES, SEORANG LELAKI NAK FAILKAN PENCERAIAN PERKARA APA YANG PERLU DILAKUKAN TERLEBIH DAHULU...saya pun jawab bla2 
DATO': JELASKAN PROSIDING MOHON PENCERAIAN....sy pun jawab bla2...
last question oleh TUAN R: kalau boleh tahu berapa CGPA terakhir...saya pun jawab..3.75..OOO patutlah semua dalam otak..heheh


OK settle interview balik sbb kepala dh berpinor xtido dari semalam kan...sampai umah solat zohor n tido sampai kul 6 lebih..heheh

Tajuk entry kat ats tu bukan main lagi cerita apekah itu? heheh

Ironinya: Selamat melangkah ke alam baru, semoga saya sentiasa dalam REDHA DAN RAHMAT KASIH SAYANG ALLAH SENTIASA DALAM MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB YANG DIAMANAHKAN INI...

n SELAMAT DATANG MY SECOND SWEETHEART selepas ABG FAZLI=)...WUR 6432..alhamdulilah DIMURAHKAN REZEKI OLEHNYA..

Thursday, October 21, 2010

BETUL KE ?

Salam,

Rasanya dah lama xpost entry kesibukan yang melanda...kiri kanan tepi meja penuh ngan file case, ada yang 
kena prepaired hujah, pliding case...hujah??hehe joking rasanya dulu zaman2 study 1 hujah penggulungan tu kongsi satu group dalam 5 hingga 7 person..tapi sekarang satu hujah sorang2 je buat...semua bahagian kita kena buat sendiri...ahaks agak sukar nak2 kalau nota keterangan xlengkap, xde afidavit keterangan..adoi masa zaman study dulu bahagi2 kan tugas 2 orang cari isu, 2 orang lagi bincang mana2 isu..sekarang semua kena sendiri, bos selalu pesan bila kita bwat hujah ini seolah2 kita menjadi hakim untuk mengadili kes tersebut, jangan bias kepada mana2 pihak, sedaya mungkin memberi keadilan kepada pihak2 dan bantu mahkamah ke arah itu. 


Sebab tu kalau buat hujah cuba sebaik mungkin untuk tidak bias, terutama kalau kes2 yang melibatkan wanita such nafkah anak, isteri, penjagaan anak n so on lah..pe pun seronok dengan apa yang saya bwat sekarang walau pun saya tahu ini bukan cita2 saya yang sebenarnya, tapi alhamdulilah saya berjaya untuk beri apa yang ma&abah nakkan..dalam proses untuk dapatkan tauliah peguam syarie KL, PAHANG & NEGERI SEMBILAN..


Tapi kan dua tiga menjak ni tiba2 tak boleh kawal fikiran untuk fikir ke arah tu...rasa melonjak2 nak mohon KPLI nak teruskan apa yang saya cita2 kan dulu MENJADI SEORANG PENDIDIK..memang dari dulu fikir ke arah ni...hajat asal nak jadi lecturer tapi buat masa ini dalam kekangan2 yang ada tidak berpeluang lagi untuk futher master walau stay dah daftar untuk intake julai kat UKM.. tapi atas beberapa kekangan buat penangguhan dulu..entahlah darah pendidik mengalir dalam diri ni..NAPE TAK APPLY EDUCATION DULU MASA DEGREE?? hehe bukan xapply dah apply tapi rezekinya islamic law study...


Apa yang menganggu fikiran sekarang dah apply KPLI..tapi tak inform pun hal ni kat ma & abah..selalunya apa2 selalu rujuk diaorang dulu termasuklah hal pasangan..kali ini tak rujuk diaorang pun. Betul ke tindakan ni? em sangat2 dilema sekarang antara keinginan hati dan kehendak orang tersayang..dan saya nekad untuk ikut kehendak hati saya, walau pun saya tahu pekerjaan sebagai LAWYER tu lagi attract, elegant semualah but saya decide untuk mengajar..dalam diri ni dah mengalir darah seorang pendidik..saya nekad kali ini walau pun saya tahu kalau saya jadi seorang lawyer saya boleh pergi lebih jauh lagi kerana itu bidang saya tetapi tidak salah melakukan apa yang kita suka, nak..Saya ada mintak pandangan mmber2 berkaitan hal ini, diaorang kata pilih tuk jagi pendidik kenapa sebab nak senang? 


bagi saya bukan sebab nak senang ke apa ke, isu tu bukan isu utama bagi saya, sebab bagi saya setiap amanah yang saya pikul itu adalah tanggungjawab, saya bertanggungjawab atas amanah yang saya pegang itu, tak kiralah lawyer ke, cikgu ke bila kita dah diberi suatu tanggungjawab ia akan jadi amanah kepada kita sama ada untuk menggalasnya. Analoginya lahir je seorang anak adam di muka bumi ini maka dia telah memikul amanah sebagai KHALIFAH ALLAH, telah wujud satu bai'ah antara anak adam tersebut dengan ALLAH S.WT..terpulang kepada dia untuk pilih jalan yang bagaimana untuk jalankan amanah tersebut..


ya allah berilah ku petunjuk ats suatu yang terbaik..seandainya ini adalah yang terbaik untuk aku, ak mohon agar dipermudahkan segala kerana ak tahu kau mAHA MENGETAHUI APA YANG TERBAIK TUK HAMBAMU INI...    


Sunday, September 26, 2010