AHAD 7/2/2010
Perjalanan diteruskan lagi dengan menziarahi rumah anak yatim di daerah berkaitan. Sesungguhnya hati ini sangat pilu melihat anak-anak yatim di rumah panti asuhan itu, rata2 mereka menjadi anak yatim piatu selepas Tsunami melanda Aceh. Sejenak hati berdetik untuk berkata 'alhamdulillah' masih punya keluarga ibu bapa tercinta...melihat wajah2 mereka rasa bersemangat untuk meneruskan lagi penghidupan ini. Tidak puas rasanya beramah mesra dengan mereka..selesai bergambar kami meneruskan lagi perjalanan ke destinasi seterusnya, sebelum itu untuk pengetahuan semua untuk sampai ke rumah anak2 yatim tersebut kami terpaksa berjalan kaki selama lebih kurang 15 min, sepanjang perjalanan tersebut kami melalui deretan rumah banglo milik orang2 kenamaan, sangat unik binaan rumah mereka..seterusnya kami melalui deretan rumah2 kecil milik golongan miskin sangat dhaif. Hakikatnya jelas wujud jurang ekonomi antara mereka, yang kaya semakin kaya yang miskin semakin miskin.
Seterusnya kami meneruskan perjalanan ke msjid darus salam. masjid ini semasa Tsunami melanda apabila air sampai ke tangga masjid airnya terbelah menjadi dua masya allah.. kuasa Allah kami mengambil masa lebih kurang 30 minit di situ masih terdapat beberapa kesan akibat Tsunami yang masih belum dibaiki.
Kami meneruskan lagi perjalanan kami ke kawasan daerah yang sama, di mana terdapat tinggalan Tsunami juga iaitu kapal naik ke atas rumah di taman perumahan. Saya kagum melihat bagaimana kapal yang begitu besar boleh naik ke atas rumah sedangkan kawasan laut jauh daripada kawasan perumahan tersebut. Di sekeliling kawasan kelihatan beberapa kubur, menurut penduduk di situ kubur tersebut milik mereka yang terkorban semasa T sunami dahulu.
Kami berhenti makan untuk makan tengahri, Kedai ayam penyek membuka selera kami pada tengahari itu, dengan cuaca yang agak panas sekitar 36 c kami makan dengan penuh berselera sekali. Di samping nasi ayam penyek kami memesan juga air avacado..pergh sangat sedap..
Selesai makan kami pulang ke hotel penginapan untuk bersolat, kami meneruskan lagi perjalanan sekitar jam 5 petang ke pusat membeli belah aceh, pasar aceh.. selesai membeli belah kami meneruskan perjalanan dengan menziarahi rumah tiwi, kedatangan kami dismbut meriah oleh keluarga tiwi, kami dihidangkan dengan nasi gurih (lebih kurang nasi lemak di Malaysia). Kami menunaikan solat magrib di surau berdekatan rumah beliau kemudian sempat beramah mesra dengan beberapa penduduk kampung di situ, kembali ke rumah Tiwi berbual2 dengan ibunya yang sangat peramah.
Kami meneruskan lagi agenda kami untuk malam tersebut aktiviti ramah mesra bersama student malaysia di Aceh alhamdulilah kedatangan kami disambut baik oleh jemaah pelajar Malaysia di Aceh. Ukhwah bertaut walaupun sedetik hanya bersama. Selesai aktiviti tersebut kami pulang ke hotel menaiki LABI2 (sejenis kenderaan seperti lori kecil.sangat teruja menaikinya sambil menghirup angin malam melalui persisiran jalan sekitar bandar Aceh...
di hadapan rumah anak yatim aceh
adik2 yang tinggal di panti asuhan
dalam perjalanan ke panti asuhan tersebut
rombongan muslimin
di hadapan masjid darus salam
kesan tinggalan Tsunami
di hadapan muzium rumah Aceh
di dalam kawasan rumah aceh
bersama seorang sahabat di muzium aceh
salah satu tinggalan Tsunami KAPAL TERDAMPAR DI ATAS RUMAH
ini adalah realiti bukan replika
beberapa kubur mangsa korban Tsunami di kawasan tersebut
hidangan nasi ayam penyek
air avacado
di rumah sahabat Tiwi
sejenis pengangkutan am di banda aceh (LABI-LABI )
ISNIN 8/2/2010
Kami bersarapan buat kali terakhirnya di hotel penginapan sebelum meneruskan perjalanan terakhir di bumi Aceh, sempat menziarahi perkuburan masai di Aceh pada pagi tersebut di mana di situ ditempatkan lebih kurang 46, 817 mangsa atau korban Tsunami. Sempat bertafakur sejenak menyedekahkan al-Fatihah kepada saudara seislam di Aceh. Menurut pakcik Sako yang ditugaskan menjaga perkuburan itu, mayat ditanam secara beramai2 dalam beberapa lubang yang besar dan kubur tersebut dibangunkan khas untuk korban Tsunami dan setiap 26 Dec akan diadakan majlis bagi menghormati korban2 Tsunami tersebut.
Meneruskan lagi perjalanan ke Lapangan Terbang Sultan Iskandar Muda Shah banda aceh. Kami berlepas ke Malaysia pada jam 12 45 pm dan sampai di LCCT lebih kurang jam 3 p m.
Sesungguhnya kembara Cik Cahaya ke bumi Aceh ini meninggalkan seribu satu memori yang tidak dapat saya lupakan, Acheh bumi barakah bumi Tsunami bumi kesedaran dan keagungan Illahi,,hakikatnya perjalanan kita ke tempat atau negara orang menberi satu kesedaran dan pengajaran tentang kehidupan. Selama ini kita hanya berdepan mennghadapi dunia kita tanpa kita tahu hakikat kehidupan dunia di luar sana, cik cahaya bersyukur dilahirkan di bumi Malaysia. Walau apa pun jika kita tidak melihat kita tidak tahu, berjalan berfikir dan mentafsir erti sebuah kehidupan. Semoga perjalanan ini dapat meningkatkan lagi rasa taqwa saya kepada Nya insyaallah barakallhu fih..
mahu pulang
perkuburan Masal hampir 46 817 mayat ditanam di sini korban Tsunami
di dalam kawasan tanah perkuburan
di lapangan terbang Sultan Iskandar Muda Shah banda Aceh
kata2 dalam bahasa Aceh berkaitan tanah perkuburan
lapangan terbang banda aceh
nasi gurih
membelah udara
pemandangan aceh dari udara