MusicPlaylist

"Sejak hari pertama, kita dijadikan,

telah tertulis segala nasib kita

di luh mahfuz. Buruk baiknya kita tak tahu. ,

Tapi kita perlu

berusaha memenuhi kemahuan hidup kita"

CAHAYA

Monday, January 4, 2010

KU TINGGALKAN CINTA KERANA ALLAH



Pernah seketika dulu saya rasa saya tak berguna..
Masa dalam kelas kawan-kawan semua tak suka..
Saya nak 'join', kawan kata saya menyibuk..
Ada pula yang kate saya kuat emo..
Sikit-sikit nak marah..
Padahal sebenarnye saya nak tegur mereka buat bising masa belajar..


Lepas tu saya cuba buat lawak
kononnya nak tarik perhatian orang lain
saya paling gembira bila ada orang gelak bila dengar lawak saya
terutamanya pelajar-pelajar perempuan..
Budak-budak lelaki semua kata saya 'mat capub'(cari publisiti)..
tapi saya tak kesah..
asalkan ada yang terhibur..



Tapi saya tetap merasakan kekosongan..
Memang lumrah manusia..
Seoarang lelaki akan tertarik kepada wanita
Macam itulah yang saya rasa..
Saya tengok kawan-kawan dah ada yang 'couple'..
Di dorm sms awek sampai pagi..
ada yang call awek sampai RM10 satu malam..


Saya mula berfikir..
"Adakah aku perlu BERCINTA?"
Dengan menggunakan akal seorang pelajar tingkatan 4 itu..
saya pun mula menanam tekad untuk ber'couple'..
Dan masa itulah saya kenal awak..
saya rase saya dah jumpa orang yang paling penting dalam hidup saya..


Mula-mula awak jual mahal..
Tapi saya tak kisah..nak beli gak..
akhirnya, dipendekkan cerita..
saya pun mulalah BERCINTA..
Masa bercinta,memang saya sangat-sangat bersemangat
Apa orang kata..'ALL OUT'lah..haha..
Saya selalu call awak,awak pun selalu call saya..
'gayut' malam-malam..
kadang-kadang saya pun habis RM10 satu malam..

Tetapi segala PENGORBANAN yg dilakukan masa ber'couple' tu..
Tidak terasa pun kehilangannya..
Mase bercinta memang indah..
Semuanya indah..
Sikit-sikit gurau-gurau
Sikit-sikit gelak-gelak
kalau merajuk men pujuk2..
kalau 'birthday' kita sambut sama-sama..

Untuk diri ini,terasa amat bahagia..
Sebab masa itulah terasa diri ini dihargai..


Saya pernah tepikir..
Biarlah kawan-kawan saya tu pandang saya semacam,
kata saya macam-macam..
Asalkan awak memahami saya..

Satu hari saya dengar ceramah..
Alhamdulillah..

Dalam ceramah tu saya sedar,
saya banyak buat dosa
dan saya kena brubah..
Hidup saya mesti selari dengan Islam..
Saya kena jadi baik..
Sebab memang itu fitrah manusia..
menginginkan kebaikan..
semua orang nak masuk syurga kan?


Sejak dari saat itu saya mula rapatkan diri dengan masjid..
Rapatkan diri dengan Al-Quran..
Selalu solat jemaah awal waktu..
Selalu dengar tazkirah..
Saya beli terjemahan Quran, sebab nak tadabbur Quran
Saya beli dua, satu untuk saya, satu untuk awak,
Saya taknak jadi baik seorang diri..
jadi saya ajak awak sekali..
Saya ajak awak baca Al-Quran..
saya kejut awk bangun subuh..(calling)
saya ajak awak saling beri tazkirah..

Mula-mula awak terkejut dengan perubahan saya..
Awak ingat saya dah nak jadi alim, nak brenti couple.
Saya kata,kita bukan buat benda yang salah..
bercinta kerana Allah..
Kita couple tak macam orang lain..
Orang lain couple 'jiwang-jiwang' je..
ade yang siap wat mksiat lg..
pegang-pegang tangan dan macam-macam lagi..

Tapi kita couple baik-baik..
Jaga batas-batas syara'..
Tak guna ayat jiwang-jiwang
janji taknak jumpa, takut berlaku maksiat..cuma sms dan call je..
Dan awk terima perubahan saya itu..
Saya pun banyak nasihat awak..
Awk pun terima..
Walaupun kadang-kadang awak merajuk sebab teguran saya tu
Tapi saya faham, perubahan memerlukan masa..


Dan akhirnya saya rasa..Hubungan kita semakin diredhai..
Saya salu doa supaya kita akan kekal sampai ke gerbang perkahwinan..
Dalam proses perubahan saya,
Saya mula menyedari bahawa berdakwah itu wajib..
Kita kena menyampaikan kepada orang tentang kebenaran.
 

Kalau kita tidak berdakwah..
kita akan dipertanggungjawabkan oleh Allah di akhirat kelak.
sesuai dgn firmanNya dlm surah Al-A'raf,


surah ke 7,ayat ke 164:


Dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata: "Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang amat keras?" Mereka menjawab: "Agar kami mempunyai alasan (pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu, dan supaya mereka bertakwa".


Lepas tu saya mulalah beri tazkirah pada kawan-kawan dan adik-adik
Tegur mereka apa sahaja yang silap..
Saya tak boleh tahan bila tengok orang buat salah/dose..
Saya mesti nak tegur.
Selemah2 iman tegur dengan hati,
oleh sebab saya nak jadi orang kuat iman..
Ape lagi..tegur je la depan-depan..
huhu~~


Lepas tu, satu masa..
saya terbaca pasal couple..

"COUPLE HARAM"

Saya tak percaya..tapi bila baca detail-detail yang dia bagi..
macam betul pulak..
huhu~~

tapi biasala..

kalau kita suka satu benda tu..
kita tetap akan cari alasan untuk 'membenarkan' pendapat kita..
Saya pun buat tak tahu pasal benda tu..
dan teruskan saja hubungan kita..
kita tak buat maksiat..
Kita jalan-jalan tak pegang tangan..
tak jiwang-jiwang..
Cuma saling ambil berat..
Tanya khabar..
Borak-borak..
Siap bagi tzkirah lagi..
Apa yang haramnya dengan benda ni?
Tak kisahlah..


Masa terus berlalu...
Masa ni dah nak dekat SPM..
lagi dua bulan sebelum SPM..
dalam masa tu, saya memang rajin study dengan kawan..
buat study group.
Pada masa yang sama, bagi tazkirah..Ada yang terima..
ada juga yang buat tak tahu.Kadang-kadang bila
tegur..saya kena marah pula..macam-macamlah alasannya
ada kata saya tegur tak berhikmah..ada yang kata saya menunjuk-nunjuk je..

Tapi tak kisah..
saya ada tempat mengadu..
huhu~~


Suatu masa..
ketika sedang mentadabbur Al-Quran seorang diri..
saya terjumpa ayat ini..


Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan) kebajikan, sedang kamu melupakan diri (kewajiban) mu sendiri, padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)? Maka tidakkah kamu berfikir?


(Al-Baqarah, ayat 44)


Saya pun terfikir..
"Selama ini aku asyik tegur orang je.
Tapi aku sendiri masih banyak kekurangan,
Cepat marah, suka buang masa,
ade gak dosa-dosa yang masih dilakukan..
Macam mana ya?
"Lepas tu terjumpa pula ayat ini..


Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang batil dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu, sedang kamu mengetahui.


(Al-Baqarah ayat 42)


Tiba-tiba saya terfikir satu kritikan kawan..
"Alah kau tu..cakap je berapi..gaya alim,tapi couple gak..sama aje kau
dengan kami..tegur orang konon.."

Berfikir sejenak..
Sebenarnye ber'couple' ni boleh ke tidak?
Adakah selama ini saya hanya menganggap ia boleh?
Habis tu, kenapa saya rasa malu bila mak dan ayah tahu saya selalu
berhubung dengan perempuan?
Dan kengkadang saya rasa serba salah?
Macam-macam yang saya fikir..


Dipendekkan cerita lagi sekali..
saya ke Pulau Pinang untuk mengikuti satu seminar dkwh..
Saya harap dengan seminar ni kefahaman saya mengenai dakwah
akan lebih mantap..

Dalam perjalanan ke seminar tu..
saya masih sms lagi dengan awak dalam bas..
sempat lagi pesan-pesan supaya jangan lupa baca Al-Quran hari ini,
solat awal waktu..
Dalam fikiran saya..
"Ni kira dakwah juga..saling ingat-mengingati.."
******

 
Majlis malam itu berakhir dengan sesi ta'aruf,
pukul 10 semua orang dah bebas untuk aktiviti sendiri
Lagipun kami semua penat..
takkan nak panjang-panjangkan program sampai tengah malam..
pihak penganjur pun faham..


Tiba-tiba saya tergerak hati untuk bertanya dengan fasilitator yang ada di situ..
Saya rasa inilah masa terbaik untuk tanya pendapat dia tentang couple.
Tapi saya tragak-agak..
"Kalaulah betul couple tu salah..habis tu,nak buat macam mana? Aku kena clash ke?
Alah,buat apa fikir macam tu..tanya je la. Kalau tak buat salah, apa nak ditakutkan?

"Lalu saya menghampiri 'Brother' fasilitator tu..
Masa tu dia tengah membelek-belek terjemahan Al-Qurannya seorang diri.


"Assalamualaikum, bang, saya nak tanya sikit boleh?"
"Em,boleh..duduklah. Nta nak tanya apa?"
"Er..macam ni,sebelum saya terlibat dengan dakwah ni, saya ada
kenal seorang kawan ni, perempuan la. Tapi bukanla setakat kawan
biasa..rapat gak la. Bukan rapat biasa,tapi rapatla.."

"Bercinta ke?"


Saya malu nak cakap yang saya couple. Nanti apa pula brother tu kate..
mesti dia marah nnt. Saya pun angguk. Lepas tu saya tanya..

"Sebenarnya..couple ni boleh ke tak bang?
"


"Akhi, memang fitrah manusia, lelaki akan tertarik kepada perempuan,
begitu juga perempuan akan tertarik kepada lelaki. Tapi dalam Islam,
perasaan itu perlu dikawal dan ada batasnya. Pergaulan perlu dijaga.


Allah firman dalam surah Al-Isra', surah ke 17, dalam ayat yg ke 32:


Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."


"Tapi bang,saya tak nampak pun yang kami ni menghampiri zina. Niat
kami baik. Saya dah cuba sedaya upaya mengawal perhubungan kami.
Sms pun takdelah jiwang-jiwang, selalu bagi tazkirah lagi. Kami
selang-selang bagi, hari ni saya, esok dia."

Saya tak mahu mengalah.


"Memang betul niat nta baik. Tapi ingat, niat tak pernah menghalalkan
cara. Yang batil tetap sahaja batil, yang haq tetap haq. Cuba tengok ayat ni.
"Sambil brother tu bukak Al-Quran dia, dan tunjuk pada saya ayat ini:


Dan (juga) kaum Ad dan Tsamud, dan sungguh telah nyata bagi kamu (kehancuran mereka) dari (puing-puing) tempat tinggal mereka. Dan setan menjadikan mereka memandang baik perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam.


(Surah Al-Anakabut,Surah 29, ayat 38)



"Akhi, kalau nta paham ayat ni, sebenarnya apa yang berlaku pada
nta ialah, setan telah buat nta pandang indah benda buruk yang nta
lakukan. Walaupun nta berpandangan tajam, maksudnya nta berilmu
tinggi. Memang pada mulanya niat nta baik, tapi ingat, syaitan itu
sangat licik. Dia akan sedaya upaya buat nta terjerumus ke dalam
kemaksiatan. Lagipun, takkanlah sepanjang masa nta sms dengan dia,
nta ingat Allah. Mesti ada masanya nta hanya melayan perasaan
dengan dia, kan?


"Betul juga katanya. Lepas tu saya kata,


"Tapi bang, saya dah janji dengan dia taknak jumpa lg. Sebab saya
tahu kalau berjumpa nanti banyak bahayanya. Dan dia pun setuju.
Kami sama-sama menjaga diri. Takkanlah ia boleh membawa kepada
zina juga bang?"


"Em, betul, nta dah janji taknak jumpa dengan dia lagi. Nta dah dapat
elakkan zina mata, zina tangan, zina kaki. kalau nta janji taknak call
die pula, nta dapat elak zina telinga dan zina lidah. Tapi akhi..masih
ada zina yang tetap nta tak dapat elak apabila bercouple.."

"Zina hati?" Saya menduga.
"Betul, zina hati. Semua inilah yang Rasulullah jelaskan dalam
hadithnya tentang bagaimana menghampiri zina tu. Nta boleh 'check'
dalam Riyadahus Solihin, bawah bab larangan melihat wanita.
Rasulullah bersabda, mata boleh berzina dgn melihat, lidah boleh
berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan.
Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula
boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia.
Hakikatnye, macam mana pun nta buat, nta tetap tak dapat lari daripada
zina hati.


"Saya terdiam..kelu. Tak tahu apa nak dikata. Semua yang brother tu kata
tiada yang salahnya. Kemudian dia sambung..
"Ana dulu pun couple gak. Lagi lama daripada nta. Sejak sekolah
sampai dah masuk U, dekat nak gred. Tapi bila ana sedar apa yang
ana buat ni salah, ana trus tinggalkan. Ana siap dah fikir, dialah bakal
isteri ana, yang akan jadi ibu kepada anak-anak ana. Kalau nak
diikutkan lagi besar masalah ana daripada nta."


"Saya risau la bang. Nanti apa kawan-kawan dia kata. Dulu saya selalu
minta tolong mereka untuk rapat dengan dia. Mesti nanti mereka
semua tak puas hati dengan saya. Dan dia sendiri pula, saya takut
apa-apa akan jadi pada dia kalau dia tak dapat terima keputusan ni.
Sebab kami dah rapat sgt.


"Masa tu saya dah mula sebak. Malu betul. Menangis depan brother tu
cerita pasal benda ni. Nasib baik tak ada org lain masa tu. Brother tu jwb..


"Kalau kawan-kawan dia tak puas hati pun, mereka boleh buat apa?
Paling teruk pun, mereka akan mengata di belakang nta. Nta tak
kurang sikit pun. Lagipun, dalam berdakwah ni, kita nak cari redha
Allah, biarlah orang nak kata apa-apa sekali pun, yang penting redha
Allah. Kalau Allah tak redha, semuanya dah tak bermakna lagi."


Saya terdiam lagi.


"Pasal die pula, cube nta fikir dari sudut positif, mungkin dia akan
terima keputusan nta scara matang. Mungkin dia juga akan buat
keputusan untuk tidak lagi bercouple. Ana yakin, die takkan buat
apa-apa perkara bodoh. Kalau die buat sekalipun, itu bukan
taggungjawab nta, apa yang nta nak buat tu betul, meninggalkan maksiat.
Semua orang akan tanggung balasan atas perbuatannya sndiri."


Saya dah tak dapat tahan lagi. Masa itu saya menangis, saya dah sdar
yang saya kena berhenti couple. Dah jelas sekarang, couple tu haram.


"Jadi apa saya nak buat bang?"


"Ana dulu, hantar satu sms je kat dia. Ana terangkan pada dia
hubungan yang dibina itu salah. Minta maaf, kita berakhir di sini.
Tolong jangan cari saya lagi. Lepas itu ana terus tukar nombor.
Ana tak hubungi dia langsung lepas tu."


"Maksudnya, saya tak boleh hubungi dia lagi ke? Tapi bang, saya ade
juga kawan perempuan lain, boleh pula saya hubungi mereka?"
"Dengan dia ni lain. Nta dah pernah ada 'sejarah' dengan dia. Tapi,
kalau nanti ditaqdirkan nta satu universiti dengan dia, satu kuliah,
lepas tu kena pula buat group discussion, masa tu nta hanya layan
dia hanya sebagai group discussion partner."

Tiba-tiba saya terfikir..


"Dia ni nak suruh aku clash malam ni gak ke? Sekarang gak?
Takkanlah awal sangat?"


Saya cakap..


"Saya rasa saya belum ade kekuatan la bang. Boleh tak saya tunggu sampai saya ada kekuatan, baru saya tiggalkan benda ni?


"Saya ingat nak lari la. Lalu dia jawab..


"Akhi, nta kena ingat. Kekuatan itu tidak boleh ditunggu, tapi ia
perlu dibina. Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum
sehingga kaum itu mengubah keadaannya sendiri. Nta boleh rujuk
surah Ar-Ra'du,surah ke-13,ayat 11.
Lagipun, nta nak tuggu sampai
bila baru nak tinggalkan couple ni..abang-abang fasilitator ni pun
ramai yang pernah couple, bila masuk dakwah, mereka tiggalkan.


"Alamak...tak boleh lari lagilah nampaknye..saya rasa macam brother
ni paksa saya clash masa tu juga."Semuanya dah jelas rasanya..

Nampaknya saya kena tiggalkanla benda ni gak ye. Macam tak larat
rasanya nak tekan button handphone ni. Rasa tak sanggup."
"Kalau tak sanggup mari ana tolong tekankan."

"Eh, tak apalah bang. Biar saya taip sendiri."


Teragak-agak saya nak taip masa tu. Tapi saya gagahkn juga diri..
"Semuanya dah jelas..buat apa aku tangguh-tangguh lagi. Takut nanti
hidayah ni Allah tarik, susah pula nak tinggalkan. Kan aku selalu doa
supaya dijauhkan dari maksiat..jadi rasanya, inilah masanya.."


Lalu perlahan-lahan saya taip sms tu..


"Assalamualaikum..Sebenarnya selama ini hubungan kita salah di sisi
Islam. Saya ingat dengan mengubah cara pergaulan kita, ia dah
dibolehkan, tapi sebenarnya ia tetap berdosa. Saya harap awak akan
istiqamah meneruskan perubahan yang awak dah buat, kerana Allah.
Saya minta maaf atas segala yang dah berlaku. Kalau ada jodoh
insya-Allah, akan bertemu juga. Assalamualaikum.."


Berat betul nak hantar sms tu kat awk. Saya masih tak mampu nak
ucap selamat tiggal. Sebab tu dalam sms tu saya hanya akhirkan
dengan ucapan salam. Lepas beberapa ketika..saya tekan juga button
[send].

Lepas tu tertera di skrin..
[SENDING..]
[MESSAGE SENT]

Masa tu saya rasa macam separuh hidup saya dah hilang. Macam tak
percaya..saya dah hantar 1 sms, dan clash dengan awak..


"Terima kasih bang.."
"Takpe, dah tanggungjawab.."

Malam tu saya saya tidur dengan linangan air mata..tak sangka..mmg
tak disangka..Saya memang tak pernah terfikir untuk clash, tapi itulah
yang terbaik untuk kita sbenarnya..

Tiba-tiba saya teringat ayat Allah..
surah Al-Baqarah,ayat 216..

Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah
sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu,
padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai
sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, s
dang
kamu tidak mengetahui.

*******
Masa terus berlalu.. Saya terus sibukkan diri dengan kerja-kerja lain.
Dalam usaha nak lupekan awk, bukan senang,tapi saya terus cuba.
Saya selalu bagi tazkirah, ingatkan orang.
Saya bagi ta'lim di msjid, terangkan pada orang, couple haram, tunjuk
segala dalil.. Macam-macam yang berlaku..ada kritikan..ade gk
yg stuju..tapi tak kisahlah semua tu..

Tiba-tiba satu pagi ni, dapat sms daripada awak..awak bagi
gambar bunga..bawah tu ada ayat..

"Seindah gubahan pertama.."


Saya rasa awak masih tak dapat lupakan saya. Saya pun fikir.."Kena
tegaskan rasanya". Lepas tu saya hantarlah sms ni. Dan rasanya itulah
yg terakhir.."

Tiada yang lebih indah daripada mendapat keredahaan ilahi..seindah
manapun gubahan pertama tu, selagi tak mendapat keredahaanNya,
tetap tiada gunanya..Assalamualaikum.. saya tahu, dulu saya cakap,
kalau ada jodoh, insya-Allah akan bertemu juga. Tapi saya taknak
awak tunggu. Lupakan saya. Biar Allah yang menentukan..Lagi satu,

Jangan cari cinta manusia,
ia penuh dengan penipuan,
kekecewaan,
dan tak kekal..

Tapi carilah cinta Allah..
tiada penipuan,
tidakkan pernah mengecewakan
itulah cinta abadi..
Cinta yang diredahai..
-Yang Terakhir- "


[SEND]
[SENDING..]
[MESSAGE SENT]

Saya dah buat keputusan.
Saya pasti apa yang saya buat ni betul.
Saya yakin, Allah akan sediakan yang terbaik untuk saya.
Saya takkan berpatah balik..
Takkan..buat selama-lamanya. .




p/s : entry ni diambil dari blog seorang sahabat..  
        http://maisurah-mazhar.blogspot.com

Sunday, January 3, 2010

WHO WANT TO BE AN ENGINEER??


DaI'e AdAlAh SePeRtI jUrUtErA AwAm

Membangunkan manusia dari sebuah bangunan usang menjadi bangunan kukuh dengan kekuatan akidah sebagai asasnya dan ibadah sebagai tiangnya.



DaI'e AdAlAh SePeRtI jUrUtErA ElEkTrIk

Mengalirkan kekuatan arus dari sumber-Nya ke hati setiap muslim agar sentiasa bersinar dan menerangi sekeliling.


DaI'e AdAlAh SePeRtI jUrUtErA MeKaNiKaL

Menghasilkan jentera-jentera manusia yang beroperasi sebagai penggerak menuju kemenangan Islam.


p/s : Maka berilah peringatan, kerana sesungguhnya kamu hanyalah orang yang memberi peringatan. Al  Quran   (88 : 21 ) 
(bukan tanggungjawab engineer sahaja tetapi tanggungjawab semua yang bergelar MUSLIM. sampaikan walaupun 1 ayat..)..



Saturday, January 2, 2010

BERTUNANG SEMASA BELAJAR??


  
 “Boleh ke ustaz, bertunang masa belajar?”. “Nanti bila dah bertunang, lepas tu masing-masing ada komitmen dengan pengajian masing-masing sehingga berlanjutan sampai bertahun-tahun. Lama tu, kan makruh!”. 

Ikatan pertunangan dibolehkan asalkan tahu menjaga batas-batas yang telah digariskan oleh syariat.  Anggaplah ianya sebagai salah satu bentuk ujian, kenalah tabah dan sabar hadapinya. Ia bukanlah suatu masalah, jika tempoh masa pertunangan tersebut lama. Lama dalam erti kata lain, kerana terkesan sibuk dengan tugasan, seperti pengajian dan sebagainya. Sebagai contoh, Kalau bertunang dua tahun, sorang sibuk kerja dengan pelbagai aktiviti, manakala sorang lagi sibuk dengan pengajian di bidang perubatan umpamanya. Rasanya dua tahun tu sekejap aje, especially untuk pihak lelaki yang bertanggungjawab nak prepare macam-macam. Tapi kalau bertunang sampai enam bulan, kerja satu pejabat, duduk ditempat semacam cubicle mengadap antara satu dan lain. Hari-hari pula tu jumpa sehingga kenal ‘lobang’ dan bulu hidung, manakala rambut pula tak disikat pun boleh perasan enam bulan tu panjang dan lagi berisiko. Cuma harus diingat,  ramai yang mengatakan mereka cuba menjaga tetapi terperangkap dalam masalah hati, iaitu zina hati yang ‘Islamik Romantik’. Berbaur Islam, tetapi membawa kepada masalah penyakit hati yang parah dan kronik. Pandai-pandai jaga. 


Definisi Pertunangan daripada Kaca Mata Islam

Ikatan sementara sebelum berlangsungnya sebuah akad nikah ini, sering kali disalah anggap oleh khalayak orang ramai khususnya muda-mudi. Seolah-olah simpulan ini menjadi ‘lesen besar’ untuk melakukan maksiat, dengan alasan ‘kami sudah bertunang’. Justeru, sangat perlu kepada semua pasangan yang ingin atau sudah bertunang mengetahui hak dan batas-batas sempadan syariat sebelum sebuah ikatan yang hak, benar-benar terpatri. Islam telah mensyariatkan pertunangan sebagai langkah dan wasilah sebelum melangsungkan perkahwinan. Pertunangan banyak memberi faedah dan membantu dalam menjamin keutuhan rumahtangga yang bakal dibina. Namun roh sebenar sebuah ikatan ini merupakan subjektif yang memerlukan kefahaman yang jitu, dan harus dijaga agar kesuciannya tidak dinodai. 



Pertunangan ialah satu langkah bagi seorang lelaki menyampaikan keinginannya untuk mengahwini seseorang perempuan yang disukainya samada langsung kepada perempuan tersebut atau kepada walinya. Ianya boleh dilakukan secara langsung oleh lelaki yang hendak berkahwin atau melalui wakilnya. Sekiranya hasrat hati lelaki itu diterima oleh perempuan berkenaan maka mereka menjadi pasangan tunang. Bermula dengan penerimaan wanita yang berkenaan sehinggalah masa Ijab dan Qabul, inilah yang dinamakan sebagai tempoh pertunangan. Sebelum lelaki meminang seseorang perempuan, penting untuk dia merisik dan menyelidik latar belakang perempuan yang ingin dipinangnya terlebih dahulu serta yakin dengan pilihannya setelah melakukan Istikharah dan sebagainya. Yakin dengan pilihan pasangan ini sangat penting untuk mengelakkan pinangan yang dibuat ditarik balik. Ini kerana tindakan seperti ini akan menyakiti hati wanita, melukai perasaannya dan menjatuhkan kehormatannya. Tindakan seperti ini tidak dibenarkan oleh agama dan bertentangan dengan nilai murni dalam masyarakat Islam. 



Namun jika sepanjang tempoh pertunangan tersebut bertaut, mungkin kekurangan yang dirasakan oleh pihak lelaki, maklumlah pertunangan ini juga boleh dianggap fasa untuk berkenalan dengan lebih dekat bakal pasangan sebelum betul-betul matang dan masak untuk mendirikan masjid. Bukan menolak pinangan, maksud penulis memutuskan talian pertunangan, iaitu ketika sedang bertunang. Jika berlaku juga, maka hendaklah di pihak lelaki menyembunyikan kekurangan atau kelemahan bekas tunangnya itu, bagi mengelakkan rasa aib pada diri dan ahli keluarganya.



Berhubungan semasa di alam pertunangan bukan tiket bagi kita untuk bergerak bebas dengan tunang. Ingat! Sekarang orang yang ber‘couple’ pun sudah berlagak seperti suami isteri dan lupa dunia.

Berhubung antara pasangan tunang perlu juga diperhatikan, melainkan keperluan tentang perancangan yang penting. Sebaiknya dielakkan telefon kecuali bagi yang benar-benar mantap dan boleh menjaga hati serta tiada jalan lain untuk berbincang hingga ke rumah, itupun dengan parents atau orang tengah. Juga fokuskan kepada perancangan perkahwinan dan self improvement.

Matlamat Utama Jadi Sandaran

Konsep pertunangan yang semakin terasing dari kehidupan masyarakat kita sekarang. Apa yang penting, kawalan diri kita tu paling utama. Kuat atau seseorang itu bergantung kepada keimanannya. Di sinilah, Iman ditugaskan menjadi sebagai remote control bagi perlakuan kita. Jadilah remote control yang efektif. Pandai-pandai kawal, bukan dengan nafsu tapi Iman. Sebaiknya kita tetapkan hati, pendirian dan bersederhana. InsayaAllah, kalau kedua-dua pihak memahami tujuan sebenar perkahwinan, mengikut saluran yang sebenarnya, mengambil jalan sederhana dan wara’ dalam menjaga batasan, insyaAllah semuanya baik dan tenang sahaja.



Sebab ramai yang asyik dan mabuk di alam pertunangan, namun terlupa nak mempersiapkan diri untuk alam rumahtangga yang lebih penting lagi. Usah difikirkan banyak tentang hal ini, nanti lain pula jadinya. Jangan dilayan perasaan semasa bertunang. Fokuskan kepada kehidupan yang sedang dijalani dan diperjudikan sekarang. Berhubung dengan minimakan seminimanya. InsyaAllah, tiada resah gulana, dan tiada masalah. Bertunang adalah satu wasilah. Cinta bukan segala-galanya. Namun segalanya yang dimulai dengan niat yang ikhlas, cara yang betul dan barakah akan menimbulkan dan memutikkan cinta yang sewajarnya selepas perkahwinan.


Kesimpulannya, pertunangan adalah suatu tempoh masa untuk berkenal-kenalan di antara pasangan. Namun dalam realiti dunia sekarang dunia tanpa sempadan relevankah lagi pertunangan itu?orang dahulu bertunang langsung tidak berhubungan jumpa jauh sekali, dunia sekarang dengan teknologi-teknologi tanpa sempadan sekarang seperti sms, mms, 3g, internet dan lain-lain adalah lebih baik tempoh pertunangan itu disingkatkan sementelah jika telah mengenali pasangan dalam tempoh yang agak lama. Ingat pertunangan bukanlah tiket untuk melakukan segalanya. Ia masih dibatasi oleh sempadan syariat. 

p/s: entry ni saya ambil dari blog seorang sahabat dan telah diedit tambah tolak bahagi darab kuasa dua oleh saya =).

Friday, January 1, 2010

CINTA ADAM DAN HAWA




Wahai Wanita Solehah..! 

Jangan kamu risau akan jodohmu, 

anggaplah adam yang engkau nantikan itu sedang membina sahsiah kepemimpinannya,

kerana pada wanita itu pasti ada kekurangan dan..

adam yang benar2 layak pasti akan datang bagi melengkapkan kekuranganmu,


Jaga Dirimu Hiasi Peribadi kerana Allahu Rabbi...


cahaya

HEBATKAN ALLAH..

SEORANG Profesor Fizik di Amerika Syarikat membuat kajian mengenai keistimewaan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Kajian itu mendapati, tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik, iaitu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita, sama ada bekerja, beribadat atau berehat, sudah tentu banyak tenaga diguna pakaikan.

Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita.

Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu selepas menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.

Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda Profesor itu, mengapa Islam mensyariatkan solat berjemaah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama..

Hasil kajian mendapati, sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas diperlukan oleh tubuh kita. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.

Katanya, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan berasa segar dan sihat selepas berehat beberapa jam. Ketika ini tubuh kita mengandungi cas positif dan negatif yang hampir seimbang.

Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas supaya keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan dua rakaat.

Seterusnya, selepas sehari kita bekerja kuat dan memerah otak, semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas.

Solat berjemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas berkenaan. Sebab itu, solat Zuhur didirikan empat rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dalam tubuh.

Situasi yang sama turut berlaku pada sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak.

Seperti Zuhur, empat rakaat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.

Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja, kita tidak lagi melakukan aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka Maghrib hanya dikerjakan sebanyak tiga rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yang kurang berbanding dua waktu sebelumnya.

Timbul persoalan di fikiran Profesor itu mengenai Isyak yang mengandungi empat rakaat. Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.

Kajian lanjut, didapati ada keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan empat rakaat dalam Isyak. Kita sedia menunaikan tahajjud pada sepertiga malam. Ringkasnya, Isyak sebanyak empat rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamulllail) .

Dalam kajiannya, Profesor itu mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang lengkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah yang tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri.

Beliau berasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk Islam



p/s: entry ini hasil kiriman email seorang sahabat 

2010 KENAPA KITA TAKUT BERUBAH KE ARAH KEBAIKAN?

Sebab kebaikan takut pada kita..(dalam maksud kata2 ni fikir2lah)
Sebab kita tak cuba cari kebaikan tu..



2010 menjelang, tahun baru azam baru
kenapa nak masuk tahun baru semua sibuk cerita pasal azam
azam tidak semestinya kena tunggu tahun baru baru boleh azam
sebenarnya bila kita dah bertekad untuk melakukan sesuatu teruskan jelah
jangan tangguh-tangguhkan lagi


2010 menjelang, umur dah 24 tahun 
ya allah dah tua (walaupun selalu ingat muda lagi)
apa yang dah dilakukan sebagai ABDULLAH dalam tempoh ini,
timbang2kan apa yang ada dalam diri ni,
rasa kerdil sangat,
banyak yang kurang lagi ni,
bilalah nak dicukupkan,


2010 menjelang, alhamdullilah masih mampu merasai nikmat islam,
masih mampu merasai nikmat iman,
masih mampu merasai bahang cahaya matahari,
masih mampu untuk merasai kedinginan angin malam,
masih mampu merasai udara,
masih mampu untuk merasai segala nikmat, 
yang tidak terhitung banyaknya kurniaan Maha Suci Allah,
Tuhan Pencipta Semesta ini,
Yang Maha Berkuasa di atas segalanya,


Walau apa pun permusafiran ini perlu diteruskan,
hingga ke akhirnya,
Semoga terus kuat, cekal, tabah menghadapi segala gelombang yang mendatang,
bagi 1 tujuan utama,
maghfirahNYA,

UNTUK TERUS KEKAL SEBAGAI HAMBA, KHALIFAH NYA DI MUKA BUMI INI,
untuk terus kekal dalam keredhaanNya,
sebagai bekalan DAR AKHIRAH..negeri yang kekal abadi..