MusicPlaylist

"Sejak hari pertama, kita dijadikan,

telah tertulis segala nasib kita

di luh mahfuz. Buruk baiknya kita tak tahu. ,

Tapi kita perlu

berusaha memenuhi kemahuan hidup kita"

CAHAYA

Saturday, January 2, 2010

BERTUNANG SEMASA BELAJAR??


  
 “Boleh ke ustaz, bertunang masa belajar?”. “Nanti bila dah bertunang, lepas tu masing-masing ada komitmen dengan pengajian masing-masing sehingga berlanjutan sampai bertahun-tahun. Lama tu, kan makruh!”

Ikatan pertunangan dibolehkan asalkan tahu menjaga batas-batas yang telah digariskan oleh syariat.  Anggaplah ianya sebagai salah satu bentuk ujian, kenalah tabah dan sabar hadapinya. Ia bukanlah suatu masalah, jika tempoh masa pertunangan tersebut lama. Lama dalam erti kata lain, kerana terkesan sibuk dengan tugasan, seperti pengajian dan sebagainya. Sebagai contoh, Kalau bertunang dua tahun, sorang sibuk kerja dengan pelbagai aktiviti, manakala sorang lagi sibuk dengan pengajian di bidang perubatan umpamanya. Rasanya dua tahun tu sekejap aje, especially untuk pihak lelaki yang bertanggungjawab nak prepare macam-macam. Tapi kalau bertunang sampai enam bulan, kerja satu pejabat, duduk ditempat semacam cubicle mengadap antara satu dan lain. Hari-hari pula tu jumpa sehingga kenal ‘lobang’ dan bulu hidung, manakala rambut pula tak disikat pun boleh perasan enam bulan tu panjang dan lagi berisiko. Cuma harus diingat,  ramai yang mengatakan mereka cuba menjaga tetapi terperangkap dalam masalah hati, iaitu zina hati yang ‘Islamik Romantik’. Berbaur Islam, tetapi membawa kepada masalah penyakit hati yang parah dan kronik. Pandai-pandai jaga. 


Definisi Pertunangan daripada Kaca Mata Islam

Ikatan sementara sebelum berlangsungnya sebuah akad nikah ini, sering kali disalah anggap oleh khalayak orang ramai khususnya muda-mudi. Seolah-olah simpulan ini menjadi ‘lesen besar’ untuk melakukan maksiat, dengan alasan ‘kami sudah bertunang’. Justeru, sangat perlu kepada semua pasangan yang ingin atau sudah bertunang mengetahui hak dan batas-batas sempadan syariat sebelum sebuah ikatan yang hak, benar-benar terpatri. Islam telah mensyariatkan pertunangan sebagai langkah dan wasilah sebelum melangsungkan perkahwinan. Pertunangan banyak memberi faedah dan membantu dalam menjamin keutuhan rumahtangga yang bakal dibina. Namun roh sebenar sebuah ikatan ini merupakan subjektif yang memerlukan kefahaman yang jitu, dan harus dijaga agar kesuciannya tidak dinodai. 



Pertunangan ialah satu langkah bagi seorang lelaki menyampaikan keinginannya untuk mengahwini seseorang perempuan yang disukainya samada langsung kepada perempuan tersebut atau kepada walinya. Ianya boleh dilakukan secara langsung oleh lelaki yang hendak berkahwin atau melalui wakilnya. Sekiranya hasrat hati lelaki itu diterima oleh perempuan berkenaan maka mereka menjadi pasangan tunang. Bermula dengan penerimaan wanita yang berkenaan sehinggalah masa Ijab dan Qabul, inilah yang dinamakan sebagai tempoh pertunangan. Sebelum lelaki meminang seseorang perempuan, penting untuk dia merisik dan menyelidik latar belakang perempuan yang ingin dipinangnya terlebih dahulu serta yakin dengan pilihannya setelah melakukan Istikharah dan sebagainya. Yakin dengan pilihan pasangan ini sangat penting untuk mengelakkan pinangan yang dibuat ditarik balik. Ini kerana tindakan seperti ini akan menyakiti hati wanita, melukai perasaannya dan menjatuhkan kehormatannya. Tindakan seperti ini tidak dibenarkan oleh agama dan bertentangan dengan nilai murni dalam masyarakat Islam. 



Namun jika sepanjang tempoh pertunangan tersebut bertaut, mungkin kekurangan yang dirasakan oleh pihak lelaki, maklumlah pertunangan ini juga boleh dianggap fasa untuk berkenalan dengan lebih dekat bakal pasangan sebelum betul-betul matang dan masak untuk mendirikan masjid. Bukan menolak pinangan, maksud penulis memutuskan talian pertunangan, iaitu ketika sedang bertunang. Jika berlaku juga, maka hendaklah di pihak lelaki menyembunyikan kekurangan atau kelemahan bekas tunangnya itu, bagi mengelakkan rasa aib pada diri dan ahli keluarganya.



Berhubungan semasa di alam pertunangan bukan tiket bagi kita untuk bergerak bebas dengan tunang. Ingat! Sekarang orang yang ber‘couple’ pun sudah berlagak seperti suami isteri dan lupa dunia.

Berhubung antara pasangan tunang perlu juga diperhatikan, melainkan keperluan tentang perancangan yang penting. Sebaiknya dielakkan telefon kecuali bagi yang benar-benar mantap dan boleh menjaga hati serta tiada jalan lain untuk berbincang hingga ke rumah, itupun dengan parents atau orang tengah. Juga fokuskan kepada perancangan perkahwinan dan self improvement.

Matlamat Utama Jadi Sandaran

Konsep pertunangan yang semakin terasing dari kehidupan masyarakat kita sekarang. Apa yang penting, kawalan diri kita tu paling utama. Kuat atau seseorang itu bergantung kepada keimanannya. Di sinilah, Iman ditugaskan menjadi sebagai remote control bagi perlakuan kita. Jadilah remote control yang efektif. Pandai-pandai kawal, bukan dengan nafsu tapi Iman. Sebaiknya kita tetapkan hati, pendirian dan bersederhana. InsayaAllah, kalau kedua-dua pihak memahami tujuan sebenar perkahwinan, mengikut saluran yang sebenarnya, mengambil jalan sederhana dan wara’ dalam menjaga batasan, insyaAllah semuanya baik dan tenang sahaja.



Sebab ramai yang asyik dan mabuk di alam pertunangan, namun terlupa nak mempersiapkan diri untuk alam rumahtangga yang lebih penting lagi. Usah difikirkan banyak tentang hal ini, nanti lain pula jadinya. Jangan dilayan perasaan semasa bertunang. Fokuskan kepada kehidupan yang sedang dijalani dan diperjudikan sekarang. Berhubung dengan minimakan seminimanya. InsyaAllah, tiada resah gulana, dan tiada masalah. Bertunang adalah satu wasilah. Cinta bukan segala-galanya. Namun segalanya yang dimulai dengan niat yang ikhlas, cara yang betul dan barakah akan menimbulkan dan memutikkan cinta yang sewajarnya selepas perkahwinan.


Kesimpulannya, pertunangan adalah suatu tempoh masa untuk berkenal-kenalan di antara pasangan. Namun dalam realiti dunia sekarang dunia tanpa sempadan relevankah lagi pertunangan itu?orang dahulu bertunang langsung tidak berhubungan jumpa jauh sekali, dunia sekarang dengan teknologi-teknologi tanpa sempadan sekarang seperti sms, mms, 3g, internet dan lain-lain adalah lebih baik tempoh pertunangan itu disingkatkan sementelah jika telah mengenali pasangan dalam tempoh yang agak lama. Ingat pertunangan bukanlah tiket untuk melakukan segalanya. Ia masih dibatasi oleh sempadan syariat. 

p/s: entry ni saya ambil dari blog seorang sahabat dan telah diedit tambah tolak bahagi darab kuasa dua oleh saya =).

2 comments:

Anonymous said...

teman setuju..bak kata dr hasan din al-hafiz tempoh bertunang paling molek ant 3-6 bln.time ni utk berkenalan.kalo lama2 sgt xbaik coz nnti dh kawen xda benda nk dibualkn..sekadar pandangan-rohid

cahaya kegembiraan said...

sememangnya syariat menggalakkan tempoh pertunangan hanya 3-6 bulan.thanks sahabat atas pandangan..