Mencari dan mencari,apakah erti bahagia di hati. Bukan cuba beretorika,bukan jua cuba keluar dari batas kebiasaan manusiawi, malah ini satu fitrah insani yang akan ada di setiap naluri. Mencari bahagia, itulah impian setiap hari yang di lalui. Tetapi pendefinisian sebagaimanakah bahagia itu wahai diri?
Dunia terus berputar,menggelintar penghuni pelusuk alam maya mencari erti keindahan bahagia di hati. Manusia cintakan kesempurnaan, manusia cintakan kecukupan , dan manusia tanpa silu mengejar ketertinggian taraf kehidupan. Benarkah,kesempurnaan mengundang ketenangan? Tenangkah dikau wahai nafsuku?
Andai di ukir bahawa bahagia itu milik dia yang ketawa sepenuh hati, lantas berbahagiakah si dia yang ketawanya di iringi syaitan durjana? Andai di nukil bahawa derita itu milik dia yang menangis,lantas menderitakah si dia yang menangis,merintih dan terhenjut-henjut bahunya di hadapan PenciptaNYa? Menyelusuri kisah-kisah manusia terbilang di zaman silam, kisah Imam-imam tersohor dalam peradaban islam yang kebanyakan dari mereka mengambil langkah untuk beruzlah dan menyendiri, jauh dari hiruk pikuk manusia, mereka seolah-olah terpinggir,tetapi hakikatnya tidak begitu,mereka bahagia dalam kesunyian dari cacamerba kejahilan. Begitu sukar untuk diterjemah dengan hati apakah makna sebenar sebuah kebahagiaan, tetapi yakinilah manusia tidak akan pernah berhenti mengejarnya selagi ia tidak di kecapi.
Andai hidup sekadar untuk mencari tanpa ada keinginan untuk menyedari,maka apalah ertinya di sisi? Kita kerap cuba menggapai lakaran indah pelangi nun di balik sana, tetapi memijak-mijak ketenangan rerumput hijau di bumi. Berapa ramai di antara kita yang mampu menbuka mata hati,menyedari hakikat keberuntungan diri. Bukankah bahagia itu abstrak sifatnya, ada bahagia dalam luka, ada senyum dalam sendu, ada ketawa dalam esakan,ada qanaah dalam kesempitan, ada pemaaf dalam kemarahan, ada zuhud dalam pemberian, ada keikhlasan dalam pengorbanan, ada pengorbanan dalam perjuangan, ada rasa syukur dalam kegagalan, ada pelbagai kebahagiaan dalam pelbagai kisah yang berlaku dalam hidup kita.
Kita acapkali menjulang tinggi kejayaan,kemewahan,kedudukan lalu meminggir sepi setiap saat sedih yang sebenarnya bisa memberi peluang untuk kita menjadi bahagia. Indahnya perasaan andai menjadi seorang yang pemaaf,dia bersih dari dendam dan tenang dari hasad dengki, betapa indahnya juga perasaan andai menjadi seorang yang sentiasa berkorban, dia penuh dengan kebaikan hati dan jiwanya subur dengan sifat ithar, indahnya perasaan andai menjadi dia yang di uji lantas terus berlari mendakap erat Tuhannya, hatinya penuh dengan kerendahan dalam pengharapan dan tenang atmanya pabila dipujuk Allah. Kita bisa bahagia selagimana kita MAHU mengerti dengan mata hati hakikat diri insani yang perlu berpaut rapat dengan Illahi. Kita tak akan bahagia tanpa Dia. Bahagia itu rahmat dan berkat. Bahagia itu milik Yang Satu,untuk semua. Ada yang kekal,ada yang sementara. Ia berbeza kerana kita berbeza.
Harus jiwa mencari bahagia. Betapa jauh harus pergi, derita sehebat apapun, biar sendiri mengerti. Manusia yang hidup semata demi diri, takkan pernah mengenal rasa cinta hakiki. Biar ditinggal jauh, biar takdir terus menari, hari esok pasti suci menanti… kerana Dia tidak akan pernah menzalimi..dan percayalah kebahagiaan itu ada dalam diri kita..
Bahagia itu dari dalam diri
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata di dasar hati
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata di dasar hati
Bahagia itu ada pada hati
Bertakhta di kerajaan diri
Terbenam bagai mutiara di lautan nurani
Bertakhta di kerajaan diri
Terbenam bagai mutiara di lautan nurani
Bahagia itu ada di jiwa
Mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu adalah suatu ketenangan
Mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu adalah suatu ketenangan
Bila susah tiada gelisah
Bila miskin syukur pada Tuhan
Bila sakit tiada resah di jiwa
Bukankah Tuhan telah berfirman
Ketahuilah dengan mengingati Allah
Jiwa kan menjadi tenang
Bila miskin syukur pada Tuhan
Bila sakit tiada resah di jiwa
Bukankah Tuhan telah berfirman
Ketahuilah dengan mengingati Allah
Jiwa kan menjadi tenang
Kebahagiaan itu suatu kesyukuran
Bila kaya jadi insan pemurah
Bila berkuasa amanah
Bila berjaya tidak alpa
Bila sihat tidak lupakan Tuhan
Bila kaya jadi insan pemurah
Bila berkuasa amanah
Bila berjaya tidak alpa
Bila sihat tidak lupakan Tuhan
Hakikatnya bahagia itu
Adalah ketenangan
Bila hati mengingati Tuhan
Adalah ketenangan
Bila hati mengingati Tuhan
Semua insan kan mengerti
Maksud terseni Ilahi
Itulah zikir yang hakiki
Maksud terseni Ilahi
Itulah zikir yang hakiki
No comments:
Post a Comment