PENDAHULUAN:
Wanita itu sendiri adalah fitnah apatah lagi dunia hari ini yang penuh dengan fitnah. Pendapat dalam beberapa laman web atau blogger berkaitan hal ini, iaitu haram bagi perempuan mengandung berzina berkahwin dan jika berkahwin perkahwinan mereka adalah tidak sah dan perlu difaraqkan dan perkahwinan tersebut berada dalam keadaan zina sepanjang masa. Bukan hak saya untuk mempersoalkan pendapat ini. Sebagai seorang muslimah saya rasa saya bertanggungjawab untuk mengakaji dan membahaskan berkaitan hal ini berdasarkan beberapa sumber rujukan yang saya perolehi.
Sepakat jumhur para ulama Hanafiyah, Malikiyah, Syafieyah dan Hanabilah mengatakan bahawa dihalalkan bagi penzina lelaki berkahwin dengan penzina wanita (yang dia berzina dengannya). Ini bermaksud dibenarkan kepada si penzina lelaki untuk berkahwin dengan si penzina wanita walaupun di dalam keadaan wanita tersebut sedang hamil.
Jika perempuan yang berzina itu melahirkan anak selepas tempoh enam bulan selepas akad maka anak tersebut disahtarafkan kepada si penzina lelaki tetapi jika sebaliknya kurang dari enam bulan dari akad nikah perkahwinan maka anak tersebut tidak boleh disahtarafkan kepada lelaki si penzina tersebut.
Para ulama berselisih pendapat pada perkahwinan yang berlaku di antara penzina wanita dengan lelaki lain yang tidak berzina dengannya.
HUKUM PERKAHWINAN PENZINA WANITA DENGAN LELAKI YANG TIDAK BERZINA DENGANNYA
Kata Imam Hassan al-Basri : Perkara ini memfasakhkan nikah tersebut. Manakala jumhur para ulama mengatakan bahawa harus bagi lelaki tersebut mengahwini wanita penzina itu. Mereka berselisihan pendapat berkaitan hal ini berdasarkan pemahaman terhadap penafsiran ayat 3 di dalam surah al-Nur. Allah taala berfirman :
HUKUM PERKAHWINAN PENZINA WANITA DENGAN LELAKI YANG TIDAK BERZINA DENGANNYA
Kata Imam Hassan al-Basri : Perkara ini memfasakhkan nikah tersebut. Manakala jumhur para ulama mengatakan bahawa harus bagi lelaki tersebut mengahwini wanita penzina itu. Mereka berselisihan pendapat berkaitan hal ini berdasarkan pemahaman terhadap penafsiran ayat 3 di dalam surah al-Nur. Allah taala berfirman :
الزَّانِي لا يَنْكِحُ إلاَّ زَانِيَةً أَوْ مُشْرِكَةً وَالزَّانِيَةُ لا يَنْكِحُهَا إِلاَّ زَانٍ أَوْ مُشْرِكٌ وَحُرِّمَ ذَلِكَ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ
Maksudnya: Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik dan perempuan yang berzina itu pula (lazimnya) tidak akan berkahwin dengannya melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman.
Imam Hassan al-Basri rahimahullah memahami bahawa ayat ini menjadi dalil bahawa perkahwinan itu akan menjadi terfasakh kerana zahir ayat ini menunjukkan bahawa haram bagi golongan mukmin mengahwini wanita penzina.Manakala Jumhur para ulama pula memahami ayat ini bukanlah bermaksud haram tetapi sebaliknya suatu kejian dan sangat tidak layak bagi seorang mukmin mengahwini wanita penzina. Kejian tersebut bukanlah bermaksud tidak boleh dikahwini.
Menurut Syeikh al-Mufassir Muhammad Ali Shabuni hafizahullah: Para ulama mentakwilkan ayat ini dengan mengatakan bahawa kebiasaannya lelaki dan perempuan penzina tidak akan berkenan untuk mengahwini lelaki yang soleh atau wanita yang solehah. Mereka tentu lebih menggemari lelaki dan wanita yang seumpama dengan mereka.
Jumhur para ulama juga menggunakan dalil yang dikeluarkan oleh al-Imam Ibn Majah dan Imam al-Baihaqi daripada hadis yang diriwayatkan oleh Saidina Ibn Umar dan Saidatina Aisyah radhiyallahu anhuma:
Menurut Syeikh al-Mufassir Muhammad Ali Shabuni hafizahullah: Para ulama mentakwilkan ayat ini dengan mengatakan bahawa kebiasaannya lelaki dan perempuan penzina tidak akan berkenan untuk mengahwini lelaki yang soleh atau wanita yang solehah. Mereka tentu lebih menggemari lelaki dan wanita yang seumpama dengan mereka.
Jumhur para ulama juga menggunakan dalil yang dikeluarkan oleh al-Imam Ibn Majah dan Imam al-Baihaqi daripada hadis yang diriwayatkan oleh Saidina Ibn Umar dan Saidatina Aisyah radhiyallahu anhuma:
لا يحرم الحرام الحلال
Maksudnya: Perkara yang haram (zina) tidak akan mengharamkan perkara yang halal( nikah).
Hadis ini bermaksud, penzinaan tidaklah menghalang seseorang tersebut berkahwin dengan wanita yang berzina tersebut.
Para ulama berbeza pendapat sekiranya wanita yang ingin dikahwini tersebut mengandung. (Perlu diingat, perbahasan yang kita bahaskan sekarang bukanlah perkahwinan penzina lelaki dengan penzina wanita tetapi perkahwinan diantara penzina wanita dan lelaki yang suci daripada zina.).
Imam Abu Hanifah dan Imam Muhammad bin Hassan al-Syaibani rahimahumullah berpendapat jika wanita tersebut mengandung tetap sah aqad nikah lelaki tersebut dengannya.Tetapi dengan syarat lelaki tersebut tidak menyetubuhinya sehinggalah wanita tersebut melahirkan anak itu.
Manakala Imam Abu Yusuf dan Zufar ( Ulama Hanafiyah) berpendapat mengatakan bahawa diharamkan untuk berkahwin dalam keadaan wanita itu masih mengandung.
Para ulama Malikiyah pula berpendapat mengatakan bahawa tidak dibenarkan untuk mengahwini wanita penzina selagi wanita tersebut tidak suci daripada 3 kali haid.
Para ulama Hanabilah pula berpendapat , jika seoarang wanita berzina maka tidak dihalalkan kepada sesiapa yang mengetahuinya untuk mengahwininya melainkan setelah selesai dua perkara. Pertama, setelah selesai melahirkan kandungan tersebut. Kedua, setelah memastikan bahawa wanita tersebut telah bertaubat.
Seterusnya ulama mazhab Syafie berpendapat diharuskan untuk berkahwin dengan wanita penzina berdasarkan kepada kepada firman Allah SWT dalam surah an-Nisa' ayat 24 mafhumnya:
dan (diharamkan juga kamu mengawini) wanita yang bersuami, kecuali budak-budak yang kamu miliki (Allah telah menetapkan hukum itu) sebagai ketetapan-Nya atas kamu. Dan dihalalkan bagi kamu selain yang demikian
Perkataan selain daripadanya itu menunjukkan kesinambungan dari ayat sebelumnya, ayat 23 berkaitan tentang golongan perempuan yang haram untuk dikahwini. Maka selain daripada itu adalah dibenarkan.
Berkaitan kesahtarafan anak boleh klik
Keputusan Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam mengatakan bahawa ‘Perempuan yang mengandung anak luar nikah harus dinikahkan tetapi anaknya tidak boleh dinasabkan kepada lelaki itu, tidak dapat pusaka daripadanya, tidak menjadi mahram kepadanya dan lelaki itu tidak boleh menjadi walinya’.
KESIMPULAN:
Ironinya, Ulama hanya berselisih pendapat pada keharusan untuk berkahwin dengan wanita mengandung yang berzina dengan lelaki bukan si penzina. Mereka khilaf berdasarkan kepada beberapa autoriti yang sah. Manakala jumhur ulama sepakat berkaitan keharusan untuk berkahwin bagi perempuan mengandung si penzina dengan lelaki si penzina. Ulama Mazhab Syafie mengharuskan untuk berkahwin dengan perempuan mengandung yang berzina berdasarkan ketetapan pada ayat 24 surah an-Nisa'. Bagi perempuan mengandung dalam tempoh iddah adalah diharamkan sama sekali untuk berkahwin. Relevan mengharuskan perkahwinan ini adalah berdasarkan keharusan oleh ulama Mazhab Syafie sendiri selain dapat menjaga taraf kesahtarafan anak yang bakal dilahirkan jika selari dengan garis panduan yang ditetapkan sebagai anak sahtaraf.
Fiqh islami wa adilatuhu jilid 9
Tafsir pimpinan ArRahman
Fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan
No comments:
Post a Comment