MusicPlaylist

"Sejak hari pertama, kita dijadikan,

telah tertulis segala nasib kita

di luh mahfuz. Buruk baiknya kita tak tahu. ,

Tapi kita perlu

berusaha memenuhi kemahuan hidup kita"

CAHAYA

Wednesday, February 10, 2010

BERJALAN, MELIHAT, BERFIKIR DAN MENTAFSIR...KEMBARA ACEH 5-8 FEB 2010

Tiada perkataan yang boleh menggambarkan rasa hati ini, alhamdullilah dengan izin, taufiq dan inayah NYA cik cahaya berjaya sampai di bumi acheh. Bumi yang penuh dengan cereka, bumi tsunami. Program pengantarabangsaan ke Aceh ini adalah anjuran Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam UKM. 


 JUMAAT 5/2/10

Kami menaiki flight di LCCT pada pukul 1.30 pm dan sampai di lapangan terbang Sultan Iskandar Syah Aceh pada jam  2.50 pm waktu malaysia. Setibanya di sana kami disambut oleh para pelajar IAIN Araniri Aceh. Kami  terus menaiki bas ke hotel penginapan untuk berehat solat, berehat seketika. Setelah menikmati makan tengahari yang dibeli oleh ayah TIWI (salah seorang peserta rombongan kebetulan berasal dari aceh) kami melakukan khidmat diri. Tepat jam 6.30 pm waktu Indonesia kami meneruskan kembara kami ke Pantai Pelabuhan Feri Ulee Lheu Aceh (kalau di malaysia Port Klang). Ketibaan bas kami ke pantai pelabuhan tersebut menarik minat beberapa pengunjung di situ mereka seolah-olah tahu kami aalah orang asing, di Persisiran pantai pelabuhan tersebut kelihatan begitu ramai sekali anak muda bersama pasangan masing2. Juga kelihatan beberapa kedai menjual jagung bakar. Sempat membeli jagung tersebut yang berharga 4000 rupiah setongkol (rm 1). Kami bersiar2 di pantai pelabuhan tersebut sebelum meneruskan perjalanan bersolat di masjid baitul rahim, salah satu masjid yang tidak musnah semasa kejadian Tsunami. Setelah selesai solat kami pulang ke hotel penginapan bagi mendngar taklimat berkaitan program keesokan harinya.

 

  
di hadapan hotel penginapan

SABTU 6/2/2010


Meneruskan kembara pagi tersebut dengan bersarapan pagi di hotel daka acheh seawal 7.30 waktu indonesia. Kami menikmati sarapan nasi goreng bersama telur itik masak pedas dan cili jeruk masak taucu bersama ulam timun dan tomato. Selesai bersarapan menaiki bas ke IAIN Araniri Aceh. ketibaan kami disambut oleh beberapa orang para pelajar Malaysia yang belajar di universiti tersebut. Alhamdulilah di kesempatan ini Allah temukan saya dengan seorang senior saya semasa di smad dong dahulu..Kuasa Allah. Program diteruskan dengan taklimat ringkas berkaitan IAIN aRANIRI oleh timbalan rektor institut tersebut. 

Selepas menikmati makan tengahri (nasi minang yang diisi dalam satu kotak di dalamnya ada beberapa lubang bagi meletakkan aneka jenis lauk termasuklah buah pisang sebagai pencuci mulut) program diteruskan dengan sesi dialog antara para pelajar ukm dan barisan pimpinan araniri.

Apa yang dapat diperhatikan dari tuan rektor sehinggalah ke para pelajarnya sangat berpegang teguh dan berbangga dengan sejarah negara mereka terutamanya aceh, tapi suatu yang menjadi kemusykilan adalah mereka terlalu kuat berpegang pada adat atau budaya sehinggakan bersalaman di antra lelaki dan perempuan adalah perkara biasabagi mereka. Perbezaan lain para pelajar di aceh dibenarkan untuk 'berdemo' bagi menyatakan ketidakpuasan hati mereka bagi sesuatu perkara, hal ini sangat berbeza dengan para pelajar di Malaysia. Kekuatan para pelajar di sana amat kuat sehingga suatu ketika dahulu kerajaan Suharto telah dijatuhkan oleh para pelajar.

Berkaitan perlaksanaan hudud, hukuman sebat telah dijalankan bagi pesalah2 yang berjudi, minum arak sahaja, walaupun hudud telah dibenarkan untuk dijalankan tetapi perlaksanaan masih tidak secara menyeluruh.

Seterusnya jika dilihat prasarana yang ada di universiti tersebut saya merasa sangat-sangat bersyukur dilahirkan menjadi anak Malaysia, belajar di universiti yang sangat lengkap kemudahannya, SYUKUR SYUKUR DAN TERUS BERSYUKUR. Sementelahan pula bangunan universiti tersebut hampir musnah, dewa tempat kami bersidang tersebut menurut tuan rektor terdapat banyak mayat terapung sewaktu kejadian Tsunami berlaku.

Selesai program pada pukul 5 pm waktu kami pulang ke hotel pengnapan, sebelum meneruskan perjalanan ke taman tsunmi, di taman ini terdapat sebuah kapal yang dihanyutkan hampir 10 km dan tersadai di situ. kapal tersebut sangat besar dan menurut penduduk di situ di bawah kapal tersebut tertanam mayat2 dari beberapa keluarga yang tinggal di situ semasa tsunami berlaku. 

Apa yang mengkagumkan saya kami tiba waktu hampir maghrib, sebelum azan para pelawat kapal telah disuruh pulang kerana tempat itu akan dituttup bagi menghormati waktu azan. Mereka sangat mementingkan waktu solat. Kami meneruskan lagi kembara kami dengan bersolat di masjid Baitul Rahman, salah satu masjid yang tidak runtuh semasa kejadian Tsunami tempoh hari. Sampai di sana kami disuruh bersolat terlebih dahulu sebelum dibenarkan untuk bergambar, begitu sekali mereka menjaga solat, ditempatkan seorang penjaga di kawasan masjid ini bagi melarang pengunjung merakamkam gambar pada waktu solat. Selesai menunaikan solat, saya keluar dari masjid tersebut bersama rakan2 yang lain tiba2 terdapat beberapa orang kanak2 peminta sedekah berlari ke arah kami untuk meminta sedekah. Kami hulurkan dengan seadanya. Menurut TIWI kadang2 kanak tersebut memang sengaja disuruhi oleh ibu bapa mereka untuk meminta sedekah. Kami meneruskan perjalanan kami ke pasar aceh lagi untuk membeli sedikit buah tangan. Selesai ke pasar aceh kami pulang ke hotel, sebelum pulang sempat menjamu selera menikmati bakso. Pulang ke hotel penginapan untuk berehat.


               mee kuah & murtabak telur

 
pemandangan pagi di aceh     

  
perbincangan antara tuan rektor araniri  

 
              nasi minang hidangan tengahari kami

 
tman Tsunami    
 
















masjid baitul ar rahman(masjid yang tidak runtuh dalam kejadian Tsunami

 

 













Bersambung.......

No comments: