MusicPlaylist

"Sejak hari pertama, kita dijadikan,

telah tertulis segala nasib kita

di luh mahfuz. Buruk baiknya kita tak tahu. ,

Tapi kita perlu

berusaha memenuhi kemahuan hidup kita"

CAHAYA

Monday, February 1, 2010

ISTERI SOLEHAH PENYEJUK MATA PENAWAR HATI PENAJAM FIKIRAN

 


CIRI2 ISTERI YG SOLEHAH : 

1) SEBELUM BERKAHWIN IA MENJAGA BATAS PERGAULANNYA DGN BAKAL SUAMINYA

2) SEBELUM BERKAHWIN SUARANYA TERLALU TEGAS BILA BERKATA-KATA DGN BAKAL SUAMINYA

3) SEBELUM BERKAHWIN MUSUHNYA ADALAH BAKAL SUAMINYA

4) HANTARAN DITERIMA SEADANYA, YG PENTING DILIHAT KEZAHIRAN SIFAT 
MAHMUDAH BAKAL SUAMINYA.

5) SETELAH BERKAHWIN PERGAULANNYA SEINDAH LAYANAN BIDADARI

6) SETELAH BERKAHWIN AURATNYA HANYA UNTUK SUAMINYA.

7) HANTARANNYA ANAK-ANAK YG SOLEH-SOLEHAH INSYALLAH..

8) MENERIMA SUAMI SEADANYA.. MISKIN SI SUAMI MISKIN LA DIA.. KAYA SI SUAMI 
NASIHAT BERTALU-TALU DIBERI.. TAKUT AKAN SUAMI LALAI MENGINGATIA ALLAH..

9) CITA-CITANYA MENJADI BIDADARI SUAMI DUNIA DAN AKHIRAT..

10) BERSAMA-SAMA SUAMI MEMBINA INSAN BERTAQWA..



2 comments:

Ahmad Huzaifah said...

Salam..

sekadar satu perkongsian:

wanita ibarat pohon semalu

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah .a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah.

Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya.Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja. Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.

cahaya said...

syukran ats perkongsian saudara