MusicPlaylist

"Sejak hari pertama, kita dijadikan,

telah tertulis segala nasib kita

di luh mahfuz. Buruk baiknya kita tak tahu. ,

Tapi kita perlu

berusaha memenuhi kemahuan hidup kita"

CAHAYA

Thursday, February 25, 2010

KEMBARA ACEH SIRI II

AHAD 7/2/2010

Perjalanan diteruskan lagi dengan menziarahi rumah anak yatim di daerah berkaitan. Sesungguhnya hati ini sangat pilu melihat anak-anak yatim di rumah panti asuhan itu, rata2 mereka menjadi anak yatim piatu selepas Tsunami melanda Aceh. Sejenak hati berdetik untuk berkata 'alhamdulillah' masih punya keluarga ibu bapa tercinta...melihat wajah2 mereka rasa bersemangat untuk meneruskan lagi penghidupan ini. Tidak puas rasanya beramah mesra dengan mereka..selesai bergambar kami meneruskan lagi perjalanan ke destinasi seterusnya, sebelum itu untuk pengetahuan semua untuk sampai ke rumah anak2 yatim tersebut kami terpaksa berjalan kaki selama lebih kurang 15 min, sepanjang perjalanan tersebut kami melalui deretan rumah banglo milik orang2 kenamaan, sangat unik binaan rumah mereka..seterusnya kami melalui deretan rumah2 kecil milik golongan miskin sangat dhaif. Hakikatnya jelas wujud jurang ekonomi antara mereka, yang kaya semakin kaya yang miskin semakin miskin.

Seterusnya kami meneruskan perjalanan ke msjid darus salam. masjid ini semasa Tsunami melanda apabila air sampai ke tangga masjid airnya terbelah menjadi dua masya allah.. kuasa Allah kami mengambil masa lebih kurang 30 minit di situ masih terdapat beberapa kesan akibat Tsunami yang masih belum dibaiki.

Kami meneruskan lagi perjalanan kami ke kawasan daerah yang sama, di mana terdapat tinggalan Tsunami juga iaitu kapal naik ke atas rumah di taman perumahan. Saya kagum melihat bagaimana kapal yang begitu besar boleh naik ke atas rumah sedangkan kawasan laut jauh daripada kawasan perumahan tersebut. Di sekeliling kawasan kelihatan beberapa kubur, menurut penduduk di situ kubur tersebut milik mereka yang terkorban semasa T sunami dahulu.

Kami berhenti makan untuk makan tengahri, Kedai ayam penyek membuka selera kami pada tengahari itu, dengan cuaca yang agak panas sekitar 36 c kami makan dengan penuh  berselera sekali. Di samping nasi ayam penyek kami memesan juga air avacado..pergh sangat sedap..

Selesai makan kami pulang ke hotel penginapan untuk bersolat, kami meneruskan lagi perjalanan sekitar jam 5 petang ke pusat membeli belah aceh, pasar aceh.. selesai membeli belah kami meneruskan perjalanan dengan menziarahi rumah tiwi, kedatangan kami dismbut meriah oleh keluarga tiwi, kami dihidangkan dengan nasi gurih (lebih kurang nasi lemak di Malaysia). Kami menunaikan solat magrib di surau berdekatan rumah beliau kemudian sempat beramah mesra dengan beberapa penduduk kampung di situ, kembali ke rumah Tiwi berbual2 dengan ibunya yang sangat peramah.

Kami meneruskan lagi agenda kami untuk malam tersebut aktiviti ramah mesra bersama student malaysia di Aceh alhamdulilah kedatangan kami disambut baik oleh jemaah pelajar Malaysia di Aceh. Ukhwah bertaut walaupun sedetik hanya bersama. Selesai aktiviti tersebut kami pulang ke hotel menaiki LABI2 (sejenis kenderaan seperti lori kecil.sangat teruja menaikinya sambil menghirup angin malam melalui persisiran jalan sekitar bandar Aceh...

 
di hadapan rumah anak yatim aceh

 
adik2 yang tinggal di panti asuhan

 
dalam perjalanan ke panti asuhan tersebut 

 
rombongan muslimin     

 
 di hadapan masjid darus salam  

 
kesan tinggalan Tsunami       

 
di hadapan muzium rumah Aceh  

 
di dalam kawasan rumah aceh

 
bersama seorang sahabat di muzium aceh


  
 salah satu tinggalan Tsunami KAPAL TERDAMPAR DI ATAS RUMAH

  
ini adalah realiti bukan replika  

 
beberapa kubur mangsa korban Tsunami di kawasan  tersebut


 
hidangan nasi ayam penyek     

 
air avacado          

 
di rumah sahabat Tiwi       

 sejenis pengangkutan am di banda aceh (LABI-LABI )

ISNIN 8/2/2010

Kami bersarapan buat kali terakhirnya di hotel penginapan sebelum meneruskan perjalanan terakhir di bumi Aceh, sempat menziarahi perkuburan masai di Aceh pada pagi tersebut di mana di situ ditempatkan lebih kurang 46, 817 mangsa atau korban Tsunami. Sempat bertafakur sejenak menyedekahkan al-Fatihah kepada saudara seislam di Aceh. Menurut pakcik Sako yang ditugaskan menjaga perkuburan itu, mayat ditanam secara beramai2 dalam beberapa lubang yang besar dan kubur tersebut dibangunkan khas untuk korban Tsunami dan setiap 26 Dec akan diadakan majlis bagi menghormati korban2 Tsunami  tersebut.

Meneruskan lagi perjalanan ke Lapangan Terbang Sultan Iskandar Muda Shah banda aceh. Kami berlepas ke Malaysia pada jam 12 45 pm dan sampai di LCCT lebih kurang jam 3 p m.

Sesungguhnya kembara Cik Cahaya ke bumi Aceh ini meninggalkan seribu satu memori yang tidak dapat saya lupakan, Acheh bumi barakah bumi Tsunami bumi kesedaran dan keagungan Illahi,,hakikatnya perjalanan kita ke tempat atau negara orang menberi satu kesedaran dan pengajaran tentang kehidupan. Selama ini kita hanya berdepan mennghadapi dunia kita tanpa kita tahu hakikat kehidupan dunia di luar sana, cik cahaya bersyukur dilahirkan di bumi Malaysia. Walau apa pun jika kita tidak melihat kita tidak tahu, berjalan berfikir dan mentafsir erti sebuah kehidupan. Semoga perjalanan ini dapat meningkatkan lagi rasa taqwa saya kepada Nya insyaallah barakallhu fih..

 
mahu pulang    

 
perkuburan Masal hampir 46 817 mayat ditanam di sini korban Tsunami  


 
di dalam kawasan tanah perkuburan  

 
 di lapangan terbang Sultan Iskandar Muda Shah banda Aceh

 

  
kata2 dalam bahasa Aceh berkaitan tanah perkuburan  

 
lapangan terbang banda aceh    

nasi gurih 


 
membelah udara  

 
pemandangan aceh dari udara      




1 comment:

Unknown said...

Assalamualaikum,,,,
salam sejahtera buat semua yang membaca salam puan / tuan
mohon maaf kami numpang promotion

KERETA SEWA BANDA ACHEH & SABANG

Salam...Ingin Datang Melancong Di Acheh dan Zero Kilometer Indonesia Kami menyediakan perkhidmatan kereta sewa di Banda Acheh, Sabang, Airport & lain2 tempat. Kami juga menyediakan perkhidmatan sewa kereta dgn pemandu ke tempat Shopping, Melancong dan Situs Tsunami Acheh dan sebagainya sekitar Banda Aceh dan Sabang. Utk booking
call. +6281263979828
call. +6281263979828
whatsapp
+6281263979828
https://www.facebook.com/muchsin.mustafayatim