MusicPlaylist

"Sejak hari pertama, kita dijadikan,

telah tertulis segala nasib kita

di luh mahfuz. Buruk baiknya kita tak tahu. ,

Tapi kita perlu

berusaha memenuhi kemahuan hidup kita"

CAHAYA

Sunday, December 27, 2009

MuHaSaBaH cInTa



 Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu


Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu


Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...


Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu


EdCoustic
Muhasabah Cinta

# Cinta apa yang kita cari sebenarnya? carilah cinta Allah dan Rasul seadanya, kerana dengan adanya cinta-cinta ini baru kita akan perolehi cinta INSAN yang turut mencintai MEREKA..cahaya 

Thursday, December 24, 2009

HARAMKAH

Haram-haramkah aku
Bila hatiku jatuh cinta
Tuhan pegangi hatiku
Biar aku tak jadi melanggar

 

Aku cinta pada dirinya
Cinta pada pandang pertama
Sifat manusia ada padaku
Aku bukan Tuhan

Haram-haramkah aku
Bila aku terus menantinya
Biar waktu berakhir
Bumi dan langit berantakan



Aku tetap ingin dirinya
Tak mungkin aku berdusta
Hanya Tuhan yang bisa jadikan
Yang tak mungkin menjadi mungkin



Aku hanya ingin cinta yang halal
Di mata dunia juga akhirat
Biar aku sepi aku hampa aku basi
Tuhan sayang aku


Aku hanya ingin cinta yang halal
Dengan dia tentu atas izinNya
Ketika cinta bertasbih
Tuhan beri aku cinta
Ku menanti cinta…

 



Friday, December 18, 2009

SEGALA PUJI BAGI ALLAH



Alhamdullilah sekali lagi result dip guaman dah keluar..sangat2 happy dan bersyukur, thank you ALLAH..suatu keajaiban telah berlaku subject killer 'conflick of law' selepas 'pentadbiran kehakiman islam' sem 1 dulu boleh A solid hehe..dasyat tu. Nak sebut istilah2 yang ada pun susah ni kan nak faham..tetapi tu lah janji Allah dalam surah ali-Imran, mafhumnya sesiapa yang telah bertekad maka bertawakallah kepada Allah (dengan usaha)..ok 'criminal n'' mal' prosedures pun ok alhamdullilah. 


Apa2 pun untuk sem depan tggal 2 subject g tuk dip, pengurusan konflik (konflik lagi..adoyai, berjayakah saya menguruskan konflik ni..hehehe jangan saya yang berkonflik sudah) dan moot trial. Hope our group dapat kes yang senanglah..senang-senang pun mesti high court punyer kes maa...layan jelah.


At the end, hari ni nak balik pahang, esok classmate sma dong raub kahwin (saya bila pulak..asyik dengar orang jer kahwin..hehe)...pastu petang after kenduri baru balik bentong jumpa my family..rindu bangat (padahal baru 3 minggu tak balik..lama tu hehe..bagi saya lah). (Xsabar nak jumpa kawan2 lama ni)

Thursday, December 17, 2009

KALAU BUKAN KITA SIAPA LAGI KALAU BUKAN DI SINI DI MANA LAGI

SaLaM MaAL hIjRaH 1431H..



Kepada semua rakan blogger seangkatan, salam maal hijrah 1431H, semoga anda semua terus success dalam perjuangan ini.


Mari sama-sama kita berhijrah dari satu lantai kehidupan baik kepada yang lebih-lebih baik lagi, insyaallah hari ini lebih baik dari hari semalam.


Sesungguhnya benar firman Allah dalam kitabnya,


"Demi Masa! (1) Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian;
(2) Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh serta
mereka yang berpesan-pesan
dengan kebenaran dan kesabaran."



Semoga dengan kehadiran tahun baru ini Allah akan,


jadikan Subuh kita Cahaya...
Zohor kita Gembira...
Asar kita Bahagia..
Maghrib kita Keampunan...
Isyak kita Keberkatan...
Doa kita Diterima....
Rezeki kita Diberkati...
Serta Dibuka pada kita pintu Syurga tanpa sempadan.


Di samping itu, mari kita bersama-sama memperingati peristiwa hijrah Nabi Muhammad S.a.w dan para sahabat dari kota Mekah ke kota Madinah pada 622M.

Dan akhirnya, kalau bukan KITA siapa lagi kalau  bukan di sini di MANA lagi...cahaya kegembiraan

Wednesday, December 16, 2009

ALHAMDULLILAH

Hari ni sangat-sangat happy sebab result degree dah keluar, 1stly nak panjatkan kesyukuran pada Dia, atas segala nikmat dan rahmat yang Dia telah berikan, alhamdullilah result ok..apa yang penting KERJALAHSAMA..hehe men2 plak. OK sambung balik mode serius apa yang penting mesti buat yang terbaik untuk subject sem depan (final sem) kajian teks fiqh n kaedah fiqh, family law comparative, sistem kehakiman perbandingan n tesis( pening2)...untuk sem depan mesti 'maintain' kan pngk untuk dapatkan 1st class degree..i'm must struggle for my life, orang lain boleh buat kenapa tidak saya...Ya ALLAH aku mohon padamu permudahkanlah setiap urusan ku ya Allah...Tunggu result diploma guaman pulak...2 3 hari lagi kuarlah..




Tuesday, December 15, 2009

HUKUM BERKAHWIN BAGI WANITA MENGANDUNG YANG BERZINA

PENDAHULUAN:

Wanita itu sendiri adalah fitnah apatah lagi dunia hari ini yang penuh dengan fitnah. Pendapat dalam beberapa laman web atau blogger berkaitan hal ini, iaitu haram bagi perempuan mengandung berzina berkahwin dan jika berkahwin perkahwinan mereka adalah tidak sah dan perlu difaraqkan dan perkahwinan tersebut berada dalam keadaan zina sepanjang masa. Bukan hak saya untuk mempersoalkan pendapat ini. Sebagai seorang muslimah saya rasa saya bertanggungjawab untuk mengakaji dan membahaskan berkaitan hal ini berdasarkan beberapa sumber rujukan yang saya perolehi.

Sepakat jumhur para ulama Hanafiyah, Malikiyah, Syafieyah dan Hanabilah mengatakan bahawa dihalalkan bagi penzina lelaki berkahwin dengan penzina wanita (yang dia berzina dengannya). Ini bermaksud dibenarkan kepada si penzina lelaki untuk berkahwin dengan si penzina wanita walaupun di dalam keadaan wanita tersebut sedang hamil.

 Jika perempuan yang berzina itu melahirkan anak selepas tempoh enam bulan selepas akad maka anak tersebut disahtarafkan kepada si penzina lelaki tetapi jika sebaliknya kurang dari enam bulan dari akad nikah perkahwinan maka anak tersebut tidak boleh disahtarafkan kepada lelaki si penzina tersebut.



 Para ulama berselisih pendapat pada perkahwinan yang berlaku di antara penzina wanita dengan lelaki lain yang tidak berzina dengannya.

HUKUM PERKAHWINAN PENZINA WANITA DENGAN LELAKI YANG TIDAK BERZINA DENGANNYA

Kata Imam Hassan al-Basri : Perkara ini memfasakhkan nikah tersebut. Manakala jumhur para ulama mengatakan bahawa harus bagi lelaki tersebut mengahwini wanita penzina itu. Mereka berselisihan pendapat berkaitan hal ini berdasarkan  pemahaman terhadap penafsiran ayat 3 di dalam surah al-Nur. Allah taala berfirman :


الزَّانِي لا يَنْكِحُ إلاَّ زَانِيَةً أَوْ مُشْرِكَةً وَالزَّانِيَةُ لا يَنْكِحُهَا إِلاَّ زَانٍ أَوْ مُشْرِكٌ وَحُرِّمَ ذَلِكَ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ


Maksudnya: Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik dan perempuan yang berzina itu pula (lazimnya) tidak akan berkahwin dengannya melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman.
 

Imam Hassan al-Basri rahimahullah memahami bahawa ayat ini menjadi dalil bahawa perkahwinan itu akan menjadi terfasakh kerana zahir ayat ini menunjukkan bahawa haram bagi golongan mukmin mengahwini wanita penzina.Manakala Jumhur para ulama pula memahami ayat ini bukanlah bermaksud haram tetapi sebaliknya suatu kejian dan sangat tidak layak bagi seorang mukmin mengahwini wanita penzina. Kejian tersebut bukanlah bermaksud tidak boleh dikahwini.

Menurut Syeikh al-Mufassir Muhammad Ali Shabuni hafizahullah: Para ulama mentakwilkan ayat ini dengan mengatakan bahawa kebiasaannya lelaki dan perempuan penzina tidak akan berkenan untuk mengahwini lelaki yang soleh atau wanita yang solehah. Mereka tentu lebih menggemari lelaki dan wanita yang seumpama dengan mereka.

Jumhur para ulama juga menggunakan dalil yang dikeluarkan oleh al-Imam Ibn Majah dan Imam al-Baihaqi daripada hadis yang diriwayatkan oleh Saidina Ibn Umar dan Saidatina Aisyah radhiyallahu anhuma:


لا يحرم الحرام الحلال


Maksudnya: Perkara yang haram (zina) tidak akan mengharamkan perkara yang halal( nikah).

Hadis ini bermaksud, penzinaan tidaklah menghalang seseorang tersebut berkahwin dengan wanita yang berzina tersebut.

Para ulama berbeza pendapat sekiranya wanita yang ingin dikahwini tersebut mengandung. (Perlu diingat, perbahasan yang kita bahaskan sekarang bukanlah perkahwinan penzina lelaki dengan penzina wanita tetapi perkahwinan diantara penzina wanita dan lelaki yang suci daripada zina.).

Imam Abu Hanifah dan Imam Muhammad bin Hassan al-Syaibani rahimahumullah berpendapat jika wanita tersebut mengandung tetap sah aqad nikah lelaki tersebut dengannya.Tetapi dengan syarat lelaki tersebut tidak menyetubuhinya sehinggalah wanita tersebut melahirkan anak itu.

Manakala Imam Abu Yusuf dan Zufar ( Ulama Hanafiyah) berpendapat mengatakan bahawa diharamkan untuk berkahwin dalam keadaan wanita itu masih mengandung.

Para ulama Malikiyah pula berpendapat mengatakan bahawa tidak dibenarkan untuk mengahwini wanita penzina selagi wanita tersebut tidak suci daripada 3 kali haid.

Para ulama Hanabilah pula berpendapat , jika seoarang wanita berzina maka tidak dihalalkan kepada sesiapa yang mengetahuinya untuk mengahwininya melainkan setelah selesai dua perkara. Pertama, setelah selesai melahirkan kandungan tersebut. Kedua, setelah memastikan bahawa wanita tersebut telah bertaubat.



Seterusnya ulama mazhab Syafie berpendapat diharuskan untuk berkahwin dengan wanita penzina berdasarkan kepada kepada firman Allah SWT dalam surah an-Nisa' ayat 24 mafhumnya:


dan (diharamkan juga kamu mengawini) wanita yang bersuami, kecuali budak-budak yang kamu miliki (Allah telah menetapkan hukum itu) sebagai ketetapan-Nya atas kamu. Dan dihalalkan bagi kamu selain yang demikian

Perkataan selain daripadanya itu menunjukkan kesinambungan dari ayat sebelumnya, ayat 23 berkaitan tentang golongan perempuan yang haram untuk dikahwini. Maka selain daripada itu adalah dibenarkan.


Berkaitan kesahtarafan anak boleh klik 




Keputusan Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan  Jabatan Hal Ehwal Agama Islam mengatakan bahawa Perempuan yang mengandung anak luar nikah harus dinikahkan tetapi anaknya tidak boleh dinasabkan kepada lelaki itu, tidak dapat pusaka daripadanya, tidak menjadi mahram kepadanya dan lelaki itu tidak boleh menjadi walinya’.

KESIMPULAN:


Ironinya, Ulama hanya berselisih pendapat pada keharusan untuk berkahwin dengan wanita mengandung yang berzina dengan lelaki bukan si penzina. Mereka khilaf berdasarkan kepada beberapa autoriti yang sah. Manakala jumhur ulama sepakat berkaitan keharusan untuk berkahwin bagi perempuan mengandung si penzina dengan lelaki si penzina. Ulama Mazhab Syafie mengharuskan untuk berkahwin dengan perempuan mengandung yang berzina berdasarkan ketetapan pada ayat 24 surah an-Nisa'. Bagi perempuan mengandung dalam tempoh iddah adalah diharamkan sama sekali untuk berkahwin. Relevan mengharuskan perkahwinan ini adalah berdasarkan keharusan oleh ulama Mazhab Syafie sendiri selain dapat menjaga taraf kesahtarafan anak yang bakal dilahirkan jika selari dengan garis panduan yang ditetapkan sebagai anak sahtaraf.





RUJUKAN
Fiqh islami wa adilatuhu jilid 9 
Tafsir pimpinan ArRahman
Fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan

Monday, December 14, 2009

CUKUP ALLAH BAGIKU

Sebagai hamba kepada Tuhannya kita perlu sentiasa bersyukur dengan apa yang telah Allah Ya Rabb berikan kepada kita selama ini. Hanya apabila kita menghayati apa yang kita ada pada hari ini barulah kita terasa bahawa kehidupan ini seperti yang kita impikan. Belajarlah untuk redha dan menerima setiap apa yang berlaku dalam 
 kehidupan kita ini. 



Hakikatnya anugerah dan kurniaan Allah terhadap kita adalah cukup, cuma kita sahaja yang dipengaruhi oleh anasir-anasir jahat yang mengajar bahawa hidup ini sentiasa penuh derita, sengsara, kekejaman dan kezaliman. Kehidupan yang dibentangkan oleh Allah di hadapan ini adalah cukup sempurna dan serta kita mampu untuk memiliki apa yang kita mahu diiringi dengan usaha,azam, keyakinan, kebergantungan dan doa kepada Allah mengatasi segalanya. Apakah pengertian doa sebenarnya? Perlukah kita untuk berdoa sedangkan taqdir kehidupan telah ditetapkan oleh Allah? Kata2 yang tidak berasas ini timbul dari mulut2 yang tidak mengetahui atau mereka yang jahil tentang agama.


Doa adalah permohonan seorang hamba kepada Raabnya untuk diberikan perlindungan (inayah) dan pertolongan (ma’unah). Hakikat doa adalah ekspresi ketidakmampuan dan kefakiran kepada Allah SWT,dan ikrar bahawa tidak ada kekuatan dan daya kecuali dengan pertolongan Allah SWT.Ia merupakan simbol daripada penghambaan serta merasakan diri hina dan lemah sebagai manusia di hadapan Allah SWT.

Doa juga merupakan pujian kepada Allah SWT,dengan menyandarkan seluruh bentuk kebaikan dan kemuliaan hanya kepada-Nya sehinga Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud 

” Doa adalah ibadah” 
" Doa adalah suatu perkara yang boleh mengubah taqdir"


Begitulah peri pentingnya peranan doa dalam kehidupan seorang Muslim.
Berdoa diperintahkan dan dianjurkan oleh Allah dan juga Rasulullah SAW.


Firman Allah SWT yang bermaksud :
 
“Berdoalah kepada-Ku nescaya akan Ku perkenankan”
“Berdoalah kepada Raabmu dengan merendah diri dan suara yang lembut. Sesungguhnya Alah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.”
“….berdoalah kepada-Nya dengan rasa takut (tidak akan diterima permintaan) dan harapan ( akan dikabulkan permintaan )…
 
Maksud Hadis ” Apabila seorang Muslim memanjatkan sesuatu doa kepada Allah yang di dalamnya tidak ada dosa dan pemutusan tali silaturrahim,maka Allah SWT akan memberinya satu di antara tiga :
 
1) Allah SWT langsung mengkabulkan doanya (mohon dijauhkan).
2) Allah SWT akan menyimpannya untuk orang tersebut di akhirat.
3) Allah SWT akan menjauhkan kejahatan atau keburukan dari orang tersebut yang setimpal dengan doanya.

Doa  juga merupakan sunnah para Nabi dan Rasul, juga merupakan kebiasaan para wali dan orang-orang soleh.Orang yang meninggalkan doa bererti dia telah menempuh jalan orang-orang yang sengsara dan sombong. Mahukah kita menjadi sombong sedangkan setiap hari kita masih kekal diberikan nikmat iman, nikmat Islam, mampu menghirup udara pagi, masih mampu merasai bahang matahari, masih dapat melihat keindahan alam panorama dan banyak lagi nikmat kurnian dari ALLAH yang kita telah, sedang dan akan merasainya.


Firman Allah: 

Ini adalah kuniaan Tuhanku untuk mengujiku adakah aku bersyukur atau sebaliknya dan sesiapa yang bersyukur maka faedahnya kembali kepada dirinya sendiri dan sesiapa yang ingkar maka sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya lagi Maha Pemurah. (An-Naml-40)


Justeru, bersyukur dan berbaik sangkalah dengan apa yang dikurniakan oleh Allah kepada hambanya.
Ingatlah, hidup ini adalah indah, apabila kita benar-benar bersyukur. Segalanya terletak pada hati dan minda kita. Kita harus melihat pemberian Allah dengan mata rohani, sehingga mampu merasakan kekayaan rohani yang dimilikinya itu adalah pemberian Allah. Keselamatan, kesihatan, ketenangan, keyakinan iman dan banyak lagi adalah kekayaan rohani yang sangat mahal harganya. Allah SWT tidak pernah melupakan hamba hamba-Nya, manusialah yang SELALU lupa kepada-Nya kerana sedikit sekali manusia yang bersyukur kepada DIA....

CUKUP ALLAH BAGIKU

Sunday, December 13, 2009

DIRENJIS-RENJIS DIPILIS

 PENDAHULUAN

Perkahwinan merupakan suatu yang diharuskan oleh syariat bagi menjamin kelangsungan ummat manusia selain dari menjaga diri dari terjebak ke lembah kemaksiatan. Namun begitu sejak dahulu lagi perkahwinan yang dilangsungkan untuk satu tujuan yang baik kadang-kadang boleh bertukar menjadi  fasid bilamana ia bercampur dengan perkara-perkara yang haram. Kesinambungan antara adat dan syariat adalah dibenarkan seiring dengan lexim qawaid fiqhiah al adah muhakkamah tetapi biarlah ia tidak melampau batas-batas yang telah digariskan oleh syariat. Salah satu adat kebiasaan dalam suatu majlis perkahwinan ialah bersanding. Sejauhmana bersanding itu dibenarkan oleh syariat?





SEJARAH DAN ASAL USUL PERSANDINGAN

Sejarah persandingan pula tidak diterangkan secara jelas di dalam kitab-kitab sejarah. Sebahagian mengatakan bahawa persandingan ialah adat yang dilakukan oleh bangsa Melayu sejak zaman dahulu.Sebahagian lagi mengatakan bahawa ianya merupakan adat yang diambil daripada India.Ini seperti yang diterangkan oleh De Jong (Religions in the Malay Archipelago, Oxford Univ. press, 1965) dan Joginder Singh (Tata Rakyat, Longman, 1978) dan mereka berpendapat ia adalah pengaruh Hindu.

HUKUM DAN PERBAHASAN

Jika dinilai pada maksud sebenar bersanding seperti yang diterangkan di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat tersebut maka ianya adalah HARUS. Sekadar pengantin lelaki dan perempuan duduk bersebelahan maka tiada masalah padanya. Cuma jika dibahaskan daripada sudut adat dan budaya yang diamalkan sekarang seperti disediakan pelamin yang mahal, wanita berhias berlebih-lebihan serta tidak menutup aurat , adat bertepung tawar dan sebagainya maka perkara seperti ini perlu dibahaskan satu persatu secara terperinci.

PELAMIN

Berkenaan dengan pelamin yang mahal maka ianya tidaklah dituntut di dalam Islam. Walaupun kita kaya sekalipun maka tetap disarankan agar kita bersederhana di dalam berbelanja.Ramai yang menggunakan hujah bahawa pelamin sebegini perlu dilaksanakan sebagai kenang-kenangan untuk masa hadapan dan sebagainya. Hujah-hujah sebegini tidaklah boleh diterima pakai kerana lebih menjurus kepada hawa nafsu. Hukum dan saranan Baginda sallallahu alaihi wasallam sepatutnya lebih kita turuti.

Tetapi jika cuma disediakan tempat untuk bergambar bersama pengantin dan tempat tersebut dihias dengan seadanya, maka beberapa adab perlu diraikan.Antaranya ialah tidak berlaku percampuran bebas antara lelaki dan wanita, wanita wajib menutup aurat di hadapan lelaki yang ajnabi( yang boleh dikahwininya) dan begitu juga golongan lelaki ,wajib bagi mereka menutup aurat di hadapan wanita ajnabiah. Jika kesemua perkara ini diraikan maka tiadalah masalah padanya.

Kesimpulan tentang hukum pelamin ini ialah kita melarang berlakunya pembaziran dan percampuran lelaki dan perempuan yang berlaku seperti zaman sekarang. Tetapi jika semua perkara tersebut boleh kita elakkan maka hukumnya adalah HARUS.

Sebelum kita membahaskan lebih panjang sebaiknya kita memahami apakah yang dimaksudkan dengan membazir. Di dalam bahasa arab terdapat dua kalimah yang digunakan iaitu الإسراف dan التبذير. Sebahagian ulama mengatakan bahawa kedua-dua kalimah ini maksudnya adalah sama.

Al-Imam al-Jurjani rahimahullah mengatakan bahawa al-Israf ialah mengeluarkan harta lebih daripada perkara yang diperlukan.Manakala al-Tabzir pula ialah mengeluarkan harta bukan kepada perkara yang diperlukan (perkara maksiat).


Kata Guru kami yang mulia, Yusri Rushdi Al-Sayyed Jabr Al-Hasani di dalam satu kuliah beliau:

Contoh mudah bagi al-Israf ialah seperti kita memerlukan untuk seminggu kehidupan kita sebanyak sekilo daging,tetapi kita membeli sebanyak 2 kilo daging maka ini dinamakan Israf.Manakala al-Tabzir ialah kita mengeluarkan walau sedikit wang untuk membeli perkara yang diharamkan maka ianya dikira al-Tabzir.Seperti membeli sebatang rokok yang berharga 50 qurush(matawang mesir lebih kurang 30 sen Malaysia) maka ini dinamakan al-Tabzir”


Kedua-dua perkara yang kita sebutkan ini adalah dicela dan tidak dituntut di dalam Islam. Jika berlebih-lebihan didalam perkara yang harus seperti contoh yang kita berikan tidak dituntut maka lebih-lebih lagi jika perkara itu menjurus kepada haram.

BERTEPUNG TAWAR DAN MENABUR BERAS KUNYIT

Ini merupakan adat turun-temurun yang dilakukan ketika majlis persandingan dilangsungkan. Sepanjang pembacaan saya tentang perkara ini , antara tujuan dilakukan perkara ini ialah untuk menambahkan semangat berdasarkan kekuningan padi kepada kedua pengantin. Terdapat juga jampi dan mentera yang tidak difahami bahasanya dengan tujuan menghalau roh-roh jahat dam sebagainya.

Jika perkara sebegini dilakukan maka hukumnya jelas HARAM. Sabda Baginda sallallahu alaihi wasallam:


عن أبي هريرة رضى الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه و سلم : من أتى عرّافا أو كاهنا فصَدَّقَه بما يقول فقد كفر بما أُنزِل على محمد.


Maksudnya: Diriwayatkan daripada Saidina Abu Hurairah radhiyallahu anhu katanya: Sabda Baginda sallallahu alaihi wasallam: Sesiapa yang mendatangi dukun dan bomoh ,malah membenarkan apa yang disebutkan oleh dukun atau bomoh tersebut, Sesungguhnya (orang-orang yang mendatangi bomoh dan dukun sebegini) telah mengingkari apa yang diwahyukan kepada Baginda sallallahu alaihi wasallam.

Perkara-perkara sebegini wajib ditegah berlaku di dalam masyarakat Muslim.

Alternatifnya, kita boleh melaksanakan majlis doa selamat bagi mendoakan kepada kedua pengantin agar dipelihara oleh Allah taala daripada sebarang kecelakaan. Maka ini sangat-sangat dituntut di dalam Islam.

WANITA BERHIAS DAN TIDAK MENUTUP AURAT

Bersanding dikatakan tujuannya adalah untuk mempertontonkan pengantin kepada hadirin. Perkara ini berbalik kepada hukum asal melihat wanita bagi lelaki ajnabi.Menurut para ulama, lelaki ajnabi diharamkan melihat wanita ajnabi walaupun bukan dengan tujuan syahwat. Ini jika tiada sebab yang mengharuskan bagi seorang lelaki tersebut melihat kepada wanita ajnabiah. Jika mempunyai sebab yang dibenarkan syarak seperti meminang, di dalam majlis pengajian, berubat dan ketika jual beli maka tiadalah masalah untuk lelaki ajnabi melihat kepada wanita ajnabiah.

Jika ada golongan yang mengatakan bahawa tujuan diadakan persandingan mengikut adat ialah untuk memperkenalkan kepada ahli keluarga dan orang ramai kedua-dua pengantin. Maka kita katakan, tiadalah masalah jika kita ingin memperkenalkan kedua-dua pengantin kepada orang yang hadir dengan syarat adab-adab yang kita sebutkan sebelum ini diraikan . Jika perkara ini diraikan maka syarak tidaklah menghalang perkara ini dilaksanakan.

Masalah aurat juga perlu dititik-beratkan oleh pengantin dan orang ramai yang hadir. Firman Allah taala di dalam surah al-Nur ayat 31:


وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلاَّ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلاَّ لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آَبَائِهِنَّ أَوْ آَبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُولِي الإِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَى عَوْرَاتِ النِّسَاءِ وَلا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِنْ زِينَتِهِنَّ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَا الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ


Maksudnya: dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka ; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mertua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka , atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat wanita, dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah taala, wahai orang-orang yang beriman , supaya kamu berjaya.

Ayat ini sangat jelas menunjukkan arahan daripada Allah taala supaya menutup aurat.

ETIKA PEMAKAIAN

Antara syarat-syarat pakaian bagi wanita dan lelaki ialah:

1. Mestilah pakaian tersebut daripada jenis yang menghalang daripada orang mengetahui warna kulitnya. Ini bermakna, seseorang tersebut tidak boleh memakai pakaian yang nipis sehingga orang boleh mengetahui warna kulitnya.

2. Mestilah pakaian tersebut menutup keseluruhan aurat lelaki dan wanita tersebut.
3. Mestilah pakaian yang dipakai tidak membolehkan orang mengetahui bentuk tubuh dan auratnya iaitu tidak ketat.

Kebanyakkan orang pada zaman sekarang tidak memahami masalah menutup aurat ini dengan baik. Maka mereka melakukan kesilapan dalam keadaan mereka tidak sedar. Ketiga-tiga syarat yang kita sebutkan perlulah diraikan kesemuanya. Jika kurang salah satu daripada syarat-syarat tersebut maka seseorang tersebut masih dikira tidak menutup aurat. Kita mendapati ada golongan yang berpakaian ketat dan bilamana kita melarangnya maka mereka mengatakan bahawa yang penting orang tidak mengetahui warna kulit . Maka ini jelas menunjukkan bahawa mereka tidak faham syarat-syarat berpakaian yang diletakkan oleh syarak.
Maka para pengantin dan orang ramai perlulah meraikan perkara ini. Satu lagi perkara yang perlu diambil perhatian ialah berkenaan make-up pengantin. Berhiaslah sekadarnya, berpadalah dengan kecantikan asli yang diberikan Allah kepada kita. Tidak perlu membazir wang menjemput juru solek bagi mengkaburi mata orang lain . Malah kita bimbang termasuk di dalam ayat Allah taala di dalam surah al-Ahzab ayat 33:


وَلا تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ الأُولَى


Maksudnya: Janganlah kamu bertabbarruj sebagaimana yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliyah pada zaman dahulu.

WARNA PAKAIAN

Masalah warna pakaian juga menjadi perbahasan dikalangan orang ramai. Adakah syarat-syarat tertentu bagi warna pakaian bagi wanita? Menurut Syeikh Ali Jum’ah Hafizahullah di dalam kitabnya Fatawa Asriyah(Fatwa semasa) warna tidaklah ditetapkan oleh syarak bagi wanita cuma yang wajib bagi mereka ialah mengikut syarat-syarat yang diletakkan oleh syarak di dalam etika berpakaian .

Syarat berpakaian ialah seperti yang telah disebutkan oleh saya sebelum ini.

Pendapat yang mengatakan bahawa wanita perlulah memakai warna yang gelap-gelap agar manusia tidak memandang kepada mereka tidaklah terlalu tepat. Ini kerana ada terdapat golongan manusia yang menyukai warna yang gelap. Maka mereka tetap akan memandang kepada wanita yang berpakaian gelap. 


PENUTUP


Setelah membicarakan hukum berkaitan bersanding ini diharapkan ia dapat difahami dengan sebaik dan sejelas mungkin oleh kita. Bersanding  pada asalnya adalah harus cuma ia akan menjadi haram apabila bercampur dengan perkara-perkara yang ditegah oleh syariat seperti jampi serapah, menepung tawar, percampuran bebas di antara lelaki dan perempuan, membuka aurat dan pembaziran. Jika perkara-perkara ini  tidak dilakukan maka tidak menjadi kesalahan meraikan adat ini, begitulah sebaliknya.

Saturday, December 12, 2009

MULAKAN SETIAP PAGI SETIAP HARI DENGAN...

1. Bersyukur, bersyukur, bersyukur.

Bersyukurlah sebab anda masih diberi peluang untuk
meneruskan hidup, anda juga masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.




 

2. Tekad Bermotivasi.

Pasang niat dalam hati yang anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua.


Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper,
baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.

3. Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi.


Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3 dan sesi motivasi Dr Izzy di Hot FM. Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ni.
Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak di jaga ia mudah turun. Kesannya, anda menjadi tidak bersemangat, lemah longlai dan lemas.

4. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah.


Bila anda mula punch card nak masuk kerja, baca bismillah, moga anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat anda lalai, mengantuk, macam tak cukup ¡cas betri¢ saja.


Andai kata anda seorang pelajar, bermula dari nak masuk kelas, duduk di kerusi anda dan mula nak bukak buku, mulakan semuanya dengan bismillah. Moga apa jua yang anda lakukan mendapat keberkatan.
Masuk saje ke dalam kelas, pasang niat anda mahu menuntut ilmu. Bila istiqamah melakukannya, anda punya peluang cerah untuk menjadi cemerlang!

5. Set Target Kemajuan Diri Sendiri


Ini juga kurang dititikberatkan. Bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari tu. Betul tak?


Kita hanya nak sampai di sana, bekerja (atau menghadiri kelas) lepas tu nanti petang balik rumah, berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi, bangun dan perkara sama berulang lagi.
Hidup Anda bagai dalam 1 bulatan, situ-situ saja.


Mulai hari ini, ubah sikap anda. Set target apa yang anda mahu capai, lagi best setkan untuk setiap hari.
Andai anda seorang pelajar, set target berapa bab yang anda nak ulangkaji, berapa buah buku yang anda nak baca dalam minggu ni, berapa soalan anda nak bertanya pada lecturer atau guru anda nanti.


Andai anda seorang usahawan, set target berapa jualan yang anda nak capai hari ini dan berapa keuntungan yang anda nak dapat hasil dari bisnes anda. Set juga apa yang anda nak pelajari hari ni dalam bidang bisnes anda.


Andai anda seorang pekerja, set berapa tugas yang anda nak siapkan dan set limit masa untuk anda menyiapkan segalanya. Kecekapan seorang pekerja di nilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan.

6. Lihat Warna Cerah


Warna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria dan penuh dengan idea.
Setiap hari, lihat warna-warna yang cerah seperti
kuning, merah, biru dan hijau. Cara ni saya dah test sendiri, berkesan sungguh!
Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood anda menjadi positif.

7. Penuhkan Hati Dengan
Kemaafan (nampak mudah tp memang susah kita nak lakukan..betul tak?)


Lepaskan segala yang dulu-dulu. Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang.
Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya.
Andai emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi. Kesannya, anda jadi orang yang tak bersemangat langsung.
Lebih teruk, anda jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda.


"Anda mesti berubah untuk kemajuan diri.
Berani Berubah Untuk Kecemerlangan Hidup."



Sesungguhnya jelas dalam firman Allah mafhumnya bahawa

"Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum itu melainkan dia mengubahnya sendiri "

Friday, December 11, 2009

4 KUNTUM BUNGA MEKAR BERKEMBANG SEPANJANG ZAMAN
















Bunga? Salah satu makhluk ciptaan Allah, sangat dekat dengan wanita. Bukanlah bermaksud untuk saya menulis tentang bunga tetapi suka untuk saya sorotkan suatu cerita di sebalik bunga ini.


Sabda Rasulluhlah SAW mafhumnya:


"Memadailah 4 wanita terbaik dan teristimewa di dunia iaitu Maryam bintun Imran, Siti Khadijah Khuwailid, Fatimah binti Muhammad dan Asiah isteri Firaun." (Riwayat Tirmizi bab Thaharah).


Hadis di atas secara jelas menunjukkan bahawa Rasulluhlah SAW telah menggariskan terdapat 4 wanita yang teristimewa dan terbaik di DUNIA. Mereka telah menjadi wanita terbaik di zaman masing-masing.


MARYAM IMRAN merupakan wanita yang terbaik pada zamannya. Allah SWT telah memberi anugerah kepada beliau dengan melahirkan seorang putera tanpa melalui proses biasa seperti manusia lain.( Hal ini boleh dirujuk pada Surah al-Imran). Putera tersebut telah diangkat menjadi nabi (Nabi Isa A.S). Beliau juga merupakan seorang yang sangat komited dalam beribadah kepada Allah SWT sehingga ada beberapa riwayat mengatakan bahawa Maryam merupakan salah seorang nabi (riwayat ini bagi mereka yang bersetuju dengan perlantikan wanita sebagai nabi).


SITI KHADIJAH KHUWAILID merupakan Ummul Mukminun isteri Rasulluhlah Saw. Wanita pertama yang menerima dakwah islam, wanita terbaik di zamannya. Beliau antara individu dijamin oleh Allah masuk syurga. Menjadi tulang belakang perjuangan Nabi Allah dalam menegakkan syiar Islam. Allah SWT dan Jibrail as pernah mengirimkan salam kepada beliau melalui Rasulluhlah SAW.


FATIMAH BINTI MUHAMMAD ialah puteri Rasulluhlah, pemudi atau wanita terbaik di zamannya. Mempunyai ketinggian akhlak yang tidak terperi. Seorang yang komited terhadap kerja dakwahnya bersama Rasulluhlah SAW.


ASIAH merupakan isteri kepada Firaun, seorang yang berani menegakkan kebenaran walaupun beliau merupakan orang yang paling dekat dengan Firaun individu yang mengaku sebagai tuhan. Beliau telah menyelamatkan Nabi Allah Musa AS daripada dibunun oleh Firaun dan menjadi ibu angkat Nabi Musa.


#Saidina Aisyah RA merupakan wanita kedua terbaik selepas Siti Khadijah seterusnya Ummu Salamah dan Habshah.








''Sesungguhnya mereka inilah yang dikatakan sebagai kuntum-kuntum bunga yang terus berkembang sepanjang zaman. Mereka sangat komited dan berperanan besar pada zaman masing-masing dalam menegakkan syiar dan panji Islam, jika direnungkan sejak dari dahulu lagi wanita memainkan peranan serta nadi utama sebuah komuniti masyarakat itu, ini sangat berbeza dengan apa yang berlaku sebelum kurun ke 6, wanita hanya sebagai ALAT PEMUAS NAFSU semata sehinggalah datang agama Islam yang shumul mencakupi seluruh aspek kehidupan ini dengan mengangkat darjat dan taraf wanita tanpa menafikan sama sekali hak kesamarataan antara lelaki dan wanita. 

Persoalannya adakah wanita di zaman millenium ini zaman dunia tanpa sempadan mampu untuk menjadi wanita2 hebat seperti yang berlaku semasa perkembangan Islam dahulu. Lihat sahaja ratu Balqis mampu meluaskan empayar negaranya, mampu untuk mentadbir sebuah negara dengan mempunyai angkatan tentera yang mantap. Berbeza dengan apa yang boleh dilihat kini wanita seolah-olah seperti wanita di abad sebelum kurun ke 6 sebagai alat pemuas nafsu sahaja, saban hari di dada akhbar jelas memaparkan isu pembuangan bayi, pelacuran, seks bebas dan lain-lain lagi  menjadi fenomena yang sukar untuk dibendung lagi.


MAMPUKAH KITA UNTUK MENCONTOHI 4 KUNTUM BUNGA DI ATAS YANG TERUS MEKAR BERKEMBANG SEPANJANG ZAMAN, TEPUK DADA TANYALAH IMAN...wallahualam.




Wednesday, December 9, 2009

SAUDARIKU

1. Bulu kening
-Menurut Bukhari, "Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening." Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.  

2. Kaki (tumit kaki)
-"Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan." (An-Nur: 31) Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki. 

3. Wangian  
-"Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina." (Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban).  

4. Dada 
-"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. " (An-Nur : 31)

5. Gigi
-'Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya.' (Riwayat At-Thabrani) -"Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang mengubah ciptaan Allah"(Riwayat Bukhari dan Muslim).  

6. Muka dan Tangan
-Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: 'Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." (Riwayat Muslim dan Bukhari).  

7. Tangan  
-"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya"(Riwayat At Tabrani dan Baihaqi).  

8. Mata
-"Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pandangannya." (An Nur : 31). -Sabda Nabi SAW, "Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan." (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi).

9. Mulut (suara)
-"Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik."( Al Ahzab: 32). -Sabda Rasulullah saw, "Sesungguhnya akan ada umatku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi." (Riwayat Ibn Majah).  

10. Kemaluan -"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. "(An Nur : 31). -"Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya." (Riwayat Al Bazzar). -"Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah." (Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah).  

11. Pakaian
-"Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah). -"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." (Riwayat Bukhari dan Muslim). Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu. -"Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Al Ahzab : 59).

12. Rambut  
-"Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya." (Riwayat Bukhari dan Muslim).


'' Berkata memang mudah tetapi untuk melaksanakannya amat sukar, begitulah realiti yang dialami tetapi berusaha ke arah itu tidak salah daripada meninggalkannya terus tanpa cuba untuk melakukan, ingatlah saudariku (ingatan buat diri ni juga) kita adalah harapan atau nadi masyarakat, dari rahim kita akan lahir atau bisa hidup seorang lagi makhluk Allah permata2 yang bisa menggoncang dunia, kita tidak setanding Saidina Khadijah, Aisyah, Asiah, Sumayyah tetapi tidak salah untuk kita mencotohi mereka, kita adalah kekuatan tulang belakang sebuah komuniti masyarakat, jika kita gagal, lalai maka hancurlah masyarakat ini."

  Sabda Rasulluhlah S.a.w:

"Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah".