MusicPlaylist

"Sejak hari pertama, kita dijadikan,

telah tertulis segala nasib kita

di luh mahfuz. Buruk baiknya kita tak tahu. ,

Tapi kita perlu

berusaha memenuhi kemahuan hidup kita"

CAHAYA

Friday, December 11, 2009

4 KUNTUM BUNGA MEKAR BERKEMBANG SEPANJANG ZAMAN
















Bunga? Salah satu makhluk ciptaan Allah, sangat dekat dengan wanita. Bukanlah bermaksud untuk saya menulis tentang bunga tetapi suka untuk saya sorotkan suatu cerita di sebalik bunga ini.


Sabda Rasulluhlah SAW mafhumnya:


"Memadailah 4 wanita terbaik dan teristimewa di dunia iaitu Maryam bintun Imran, Siti Khadijah Khuwailid, Fatimah binti Muhammad dan Asiah isteri Firaun." (Riwayat Tirmizi bab Thaharah).


Hadis di atas secara jelas menunjukkan bahawa Rasulluhlah SAW telah menggariskan terdapat 4 wanita yang teristimewa dan terbaik di DUNIA. Mereka telah menjadi wanita terbaik di zaman masing-masing.


MARYAM IMRAN merupakan wanita yang terbaik pada zamannya. Allah SWT telah memberi anugerah kepada beliau dengan melahirkan seorang putera tanpa melalui proses biasa seperti manusia lain.( Hal ini boleh dirujuk pada Surah al-Imran). Putera tersebut telah diangkat menjadi nabi (Nabi Isa A.S). Beliau juga merupakan seorang yang sangat komited dalam beribadah kepada Allah SWT sehingga ada beberapa riwayat mengatakan bahawa Maryam merupakan salah seorang nabi (riwayat ini bagi mereka yang bersetuju dengan perlantikan wanita sebagai nabi).


SITI KHADIJAH KHUWAILID merupakan Ummul Mukminun isteri Rasulluhlah Saw. Wanita pertama yang menerima dakwah islam, wanita terbaik di zamannya. Beliau antara individu dijamin oleh Allah masuk syurga. Menjadi tulang belakang perjuangan Nabi Allah dalam menegakkan syiar Islam. Allah SWT dan Jibrail as pernah mengirimkan salam kepada beliau melalui Rasulluhlah SAW.


FATIMAH BINTI MUHAMMAD ialah puteri Rasulluhlah, pemudi atau wanita terbaik di zamannya. Mempunyai ketinggian akhlak yang tidak terperi. Seorang yang komited terhadap kerja dakwahnya bersama Rasulluhlah SAW.


ASIAH merupakan isteri kepada Firaun, seorang yang berani menegakkan kebenaran walaupun beliau merupakan orang yang paling dekat dengan Firaun individu yang mengaku sebagai tuhan. Beliau telah menyelamatkan Nabi Allah Musa AS daripada dibunun oleh Firaun dan menjadi ibu angkat Nabi Musa.


#Saidina Aisyah RA merupakan wanita kedua terbaik selepas Siti Khadijah seterusnya Ummu Salamah dan Habshah.








''Sesungguhnya mereka inilah yang dikatakan sebagai kuntum-kuntum bunga yang terus berkembang sepanjang zaman. Mereka sangat komited dan berperanan besar pada zaman masing-masing dalam menegakkan syiar dan panji Islam, jika direnungkan sejak dari dahulu lagi wanita memainkan peranan serta nadi utama sebuah komuniti masyarakat itu, ini sangat berbeza dengan apa yang berlaku sebelum kurun ke 6, wanita hanya sebagai ALAT PEMUAS NAFSU semata sehinggalah datang agama Islam yang shumul mencakupi seluruh aspek kehidupan ini dengan mengangkat darjat dan taraf wanita tanpa menafikan sama sekali hak kesamarataan antara lelaki dan wanita. 

Persoalannya adakah wanita di zaman millenium ini zaman dunia tanpa sempadan mampu untuk menjadi wanita2 hebat seperti yang berlaku semasa perkembangan Islam dahulu. Lihat sahaja ratu Balqis mampu meluaskan empayar negaranya, mampu untuk mentadbir sebuah negara dengan mempunyai angkatan tentera yang mantap. Berbeza dengan apa yang boleh dilihat kini wanita seolah-olah seperti wanita di abad sebelum kurun ke 6 sebagai alat pemuas nafsu sahaja, saban hari di dada akhbar jelas memaparkan isu pembuangan bayi, pelacuran, seks bebas dan lain-lain lagi  menjadi fenomena yang sukar untuk dibendung lagi.


MAMPUKAH KITA UNTUK MENCONTOHI 4 KUNTUM BUNGA DI ATAS YANG TERUS MEKAR BERKEMBANG SEPANJANG ZAMAN, TEPUK DADA TANYALAH IMAN...wallahualam.




No comments: