MusicPlaylist

"Sejak hari pertama, kita dijadikan,

telah tertulis segala nasib kita

di luh mahfuz. Buruk baiknya kita tak tahu. ,

Tapi kita perlu

berusaha memenuhi kemahuan hidup kita"

CAHAYA

Friday, April 30, 2010

PERBEZAAN PENDAKWA SYARIE DAN PENDAKWA RAYA




 PENGENALAN


Semua kes-kes jenayah yang serius memerlukan penglibatan tiga individu iaitu: hakim, peguam untuk melaksanakan  pendakwaan, dan peguam untuk tertuduh(peguambela).  Jika mana-mana satu daripada mereka ini tidak menghadirkan diri semasa prosedur perbicaraan di Mahkamah, sistem keadilan jenayah  sudah pasti  tidak akan lengkap. Kedudukan pendakwa berada pada kedudukan yang amat penting dalam  sistem keadilan jenayah serta memainkan satu peranan yang penting  sebelum, semasa dan  selepas perbicaraan.


Pendakwa mempunyai  fungsi yang banyak sepanjang proses prosedur  jenayah.  Perkara  pertama yang mesti difahami adalah mengenai  tugas  pendakwa ialah untuk mencari keadilan, bukan sekadar untuk mensabitkan. Kewajipan pendakwa ialah untuk melindungi mereka yang tidak bersalah serta untuk mensabitkan mereka yang bersalah,  mengawal  hak-hak bagi tertuduh serta untuk menguatkuasakan hak-hak bagi orang awam. Pendakwa seharusnya mengetahui banyak ilmu berkaitan dengan tugas  polis dalam  siasatan jenayah dan dalam penguatkuasaan undang-undang, dan bagi syariah tugas penguatkuasa.


Pendakwaan dimulakan oleh pihak polis atau pegawai penguatkuasa bagi kes syariah apabila suatu laporan (juga dikenali sebagai laporan maklumat pertama) dibuat berkenaan sesuatu kesalahan yang dilakukan. Jika kesalahan itu merupakan kesalahan boleh tangkap, pihak polis atu pegawai penguatkuasa akan membuka kertas siasatan dan menyiasat kes itu. Jika laporan itu berhubung dengan kesalahan tidak boleh ditangkap, pihak polis akan sama ada merujuk pemberi maklumat kepada Majistret yang akan meneruskan tindakan di bawah seksyen 133 ke 136 Kanun Tatacara Jenayah (KTJ) dan Enakmen Tatacara Jenayah Selangor 2003 atau memohon untuk mendapatkan suatu perintah untuk menyiasat daripada Pendakwa Raya atau pendakwa Syarie sebelum mereka boleh meneruskan penyiasatan itu. Begitu juga halnya dalam prosedur bagi syariah berdasarkan enakmen yang ada.



PERBEZAAN ANTARA PENDAKWA SYARIE DAN PENDAKWA SIVIL


a)      Perbezaan dari segi jawatan dan fungsi am


i.                    Menurut Undang-undang Islam yang dikuatkusakan melalui Mahkamah Syariah yang ada pada hari ini, Ketua Pendakwa Syarie yang mengetuai pendakwaan kes-kes jenayah di Mahkamah Syariah adalah terdiri dari suatu badan atau jabatan yang dilantik khusus untuk menjalankan tugas pendakwaan di Mahkamah Syariah. Dalam kata lainnya suatu badan ditubuhkan secara berasingan untuk menjalankan tugas pendakwaan kes-kes Syariah.


Kemudian di bawah Ketua Pendakwa Syarie tersebut dilantik pihak-pihak yang berkelayakan untuk melaksanakan tugas pendakwaan dan hanya mereka sahaja berhak untuk mendakwa untuk kes-kes Syariah tanpa dibolehkan dengan kuasa mereka memberi keizinan secara lisan mahu pun bertulis untuk membuat pendakwaan tanpa kehadirannya. Pendakwa Raya-Pendakwa Raya yang berada dibawah Ketua Pendakwa Raya adalah terdiri dari pihak yang tertentu dan dilantik mengikut negeri-negeri di Malaysia sebagaimana yang diperuntukkan didalam Enakman Mahkamah Syariah.


ii.                  Menurut Undang-undang Sivil pula, Ketua Pendakwa Raya adalah diketuai oleh Peguam Negara sendiri. Ini jelas diperuntukkan didalam Seksyen 376 Kanun Prosedur Jenayah Akta 593. Yang mana Ketua Pendakwa Raya yang diketuai oleh Peguam Negara sendiri berhak untuk mengawal dan mengarahkan segala pendakwaan dan prosiding jenayah dibawah Kanun tersebut.


Selain itu, ia jelas juga diperuntukkan didalam Perlembagaan Persekutuan didalam Perkara 145 fasal (3) yang memperuntukkan Peguam Nagara adalah mempunyai kuasa, dan kuasa itu hendaklah dijalankan menurut budi bicaranya, bagi membawa, menjalankan atau memberhentikan apa-apa perbicaraan tentang sesuatu kesalahan lain daripada perbicaraan di hadapan Mahkamah Syariah, Mahkamah Bumiputera atau Mahkamah Tentera. Selain itu, untuk kes-kes jenayah dan sivil adalah terdiri daripada pendakwa raya yang berbeza. Contohnya didalam kes-kes jenayah pihak yang boleh menjadi pendakwa raya adalah terdiri daripada seperti:


a.       Pendakwa Raya


b.      Timbalan Pendakwa Raya


c.       Seorang peguambela


d.      Didalam negeri Terangganu, seorang plider yang diambil oleh pengadu atau,


e.       Seorang pegawai polis yang berpangkat tidak rendah dari Inspektor.


Dalam keadaan seperti (c) dan (d) diatas, tugas pendakwaan mereka mesti jelas dibenarkan secara bertulis oleh Pendakwa Raya atau Timbalan Pendakwa Raya. Dan sekiranya pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada pangkat Sarjan dan mendapat kebenaran secara bertulis oleh Pendakwa Raya untuk tempoh yang tidak melebihi empat belas hari daripada tarikh kebenaran bertulis demikian. Ini bermaksud untuk tugas-tugas pendakwaan di Mahkamah Sivil, selain Pendakwa Raya dan Timbalanya, tugas-tugas pendakwaan juga boleh dilakukan oleh mereka yang layak dan mendapat keizinan secara bertulis daripada Pendakwa Raya atau Timbalan Pendakwa Raya yang berhak menggunakan kuasa mereka untuk menggantikan mereka dalam tugas pendakwaan dengan pihak yang tidak dilantik secara tetap sebagai pendakwa raya sebelum itu dan boleh terdiri daripada mereka yang menjadi pegawai polis yang tidak rendah dari pangkat Sarjan.


b)     Pemisahan tugas penguatkuasaan dan pendakwaan



i.                    Menurut Undang-undang Islam yang dikuatkuasakan melalui Mahkamah Syariah yang wujud pada hari ini ialah, tugas-tugas pendakwaan adalah berasingan dari penguatkuasaan Undang-undang Syariah. Memang pada asalnya tugas pendakwaan adalah menjadi tugas qadi atau mana-mana pihak yang menguatkuasakan Undang-undang Islam.


Tetapi sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Badan Kehakiman Mahkamah Syariah telah mengasingkan pihak yang akan menjadi satu badan yang mana dikhususkan tugas mereka hanya untuk tugas-tugas pendakwaan sahaja dan di tubuhkan secara berasingan didalam Badan Kehakiman Mahkamah Syariah. Hal ini berlaku untuk mengelakkan fitnah yang berlaku terhadap kes-kes yang telah dilengkapkan oleh penguatkuasa untuk dibicarakan di Mahkamah Syariah melalui pembuktian dan kesaksian yang dibenarkan oleh hukum syarak. Ini bermakna, tugas-tugas penguatkuasaan atau penangkapan dan tugas pendakwaan adalah dilaksanakan oleh mereka yang berbeza. Mereka yang melakukan penangkapan didalam kes-kes jenayah Syariah akan tampil menjadi saksi kepada pendakwa raya untuk kes yang dibicarakan.


Hal ini jelas menunjukkan pihak yang menjadi pendakwa raya dan pihak yang menangkap dan menguatkuasakan undang-undang adalah terdiri dari pihak yang berbeza tetapi mereka bersatu atas satu slogan iaitu amar ma’ruf nahi munkar.


ii.                  Manakala didalam Undang-undang Sivil, mereka yang menjadi pendakwa raya boleh menjadi penguatkuasa undang-undang dan menangkap tertuduh-tertuduh dan membawa tertuduh tersebut ke muka pengadilan. Namun, sebagaimana yang dibahaskan sebelum ini mereka juga boleh menjalankan tugas-tugas pendakwaan sekiranya mendapat keizinan bertulis dari Pendakwa Raya dan Timbalan Pendakwa Raya. Hal ini jelas menunjukkan tidak ada pengasingan badan penguatkuasaan undang-undang dan pendakwaan didalam undang-undang sivil. Walau bagaimana pun, sekiranya mereka yang menjalankan tugas pendakwaan tanpa keizinan bertulis oleh Ketua Pendakwa Raya atau Timbalannya sesuatu pendakwaan tersebut adalah menyalahi undang-undang dan tidak sah.



Manakala didalam Mahkamah Syariah hal tersebut tidak akan berlaku kerana pendakwaan yang dibuat oleh pendakwa raya adalah jelas mereka mempunyai kuasa untuk berbuat demikian dan tidak akan dipertikai pendakwaan mereka kerana tugas mereka hanyalah untuk mendakwa pihak yang bersalah semata-mata dan tidak mempunyai tugas-tugas lain yang boleh dipertikaikan kuasa dan bidangkuasa mereka.

  
c)      Perbezaan dari segi roh dan dasar yang dipegang


Hakikat yang perlu diketahui bahawa peranan Pendakwa Syarie kini tidak lagi terhad kepada menguatkuasakan undang-undang syariah semata-mata, bahkan turut berperanan sebagai penasihat serta pendidik kepada masyarakat Islam dalam mematuhi hukum agama, selain menunaikan syariatnya atau dalam erti kata yang lain membantu ketua agama bagi menjadikan syariat Islam sentiasa dipatuhi oleh mereka yang tertakluk di bawahnya di samping menjadi tunggak tertegaknya kalimah Allah di muka bumi ini bagi menghalang serta mencegah berlakunya kemungkaran atau jenayah yang mana jenayah merupakan kesalahan yang menyalahi hak Allah dan hak manusia. Maka dengan terhijab hak manusia untuk memperolehi apa yang dikatakan sebagai menjaga kemaslahatan menghalang kefasadan.


Berbeza hal ini dengan Pendakwa Raya peranan mereka hanya semata-mata memberi hukuman atau terlibat dalam procedure apabila berlaku suatu jenayah tanpa didasari dengan roh Islamiayah kerana rujukan mereka adalah kepada undang-undang yang digubal oleh manusia, seperti yang diketahui setiap apa yang dibuat atau dicipta oleh manusia itu mempunyai seribu satu kelemahan yang nyata berbanding apa yang datang  dari syariat Illahi. Hal ini kerana prinsip hukuman yang dikenakan dalam Islam adalah berunsur memberi pengajaran bukannya menghukum semata-mata seperti dalam undang-undang Sivil. 


d)     Perbezaan dari segi akhlak,  tingkah laku dan agama

Pendakwa Syarie mestilah seorang Islam, hal ini kerana ia berkaitan dengan kes-kes Syariah yang mana bidangkuasanya adalah tertakluk kepada orang Islam. Merujuk kepada akhlak ia adalah suatu perkara yang sangat subjektif kerana terletak di dalam diri manusia dizahirkan melalui perbuatan, akhlak salah satu aspek penting dalam mendepani apa-apa perkara, perbuatan dalam roh Islamiah. Perkara ini sangat ditekankan maka dengan sebab itu sebagai orang Islam kita perlu menyelidik dahulu khabar berita yang dibawa oleh orang fasik, kerana takut akan berlaku kefasidan yang jelas jika tidak diselidiki terlebih dahulu.


                  Pendakwa Raya dalam Undang-undang Sivil langsung tidaak ditekankan berkaitan agama, akhlak dan tingkah laku ini. Tumpuan yang lebih diberi hanya kepada bidang tugas mereka tanpa mereka sedari ketiga-tiga aspek ini adalah penting tidak kira agama apa yang dipegang oleh Pendakwa Raya tersebut. Hal ini kerana jika dia dari kalangan India atau Kristian dia perlu berpegang dengan agama dia, apabila agama dipegang teguh setiap gerak laku dalam apa-apa perbuatan, bidang atau apa-apa yang dilakukan akan dibuat dengan penuh amanah, bertanggungjawab berdasarkan kekuatan pegangan kepada agama tersebut yang boleh menghalang seseorang keluar dari garisan atau landasan yang telah ditetapkan.


e)      Perbezaan dari segi prinsip pendakwaan yang dipegang


Asas atau prinsip pendakwaan dalam Islam berdasarkan lexim-lexim atau kaedah fiqhiah yang ada seperti al-Baiyinnah cala Mudaci wal Yamin cala man ankara (keterangan atas pihak yang mendakwa dan sumpah ke atas pihak yang ingkar)  di samping al-Asl baraatul zimmah (seseorang itu adalah bebas pada asalnya tanpa apa-apa tanggungan). Prinsip-prinsip ini adalah prinsip yang dipegang oleh Pendakwa Syarie apabila membuat suatu pendakwaan di mahkamah, berbeza dengan Pendakwa Raya mereka perlu membuktikan suatu kes tersebut hingga tiada Prima Facie kes, iaitu sehingga ke tahap tiada keraguan yang munasabah. Apabila ada sahaja prima facie kes automatic akan menjadi lemah. Perkara-perkara ini adalah melibatkan jenis atau bentuk-bentuk keterangan yang akan digunakan apabila membuat suatu sabitan.


PENUTUP
Sesungguhnya terdapat banyak perbezaan yang amat ketara antara Pendakwa Raya dan Pendakwa Syarie. Perbezaan ini mungkin tidak terlalu banyak pada aspek bidang tugas kerana tugas kedua-dua individu ini berdasarkan kepada apa yang tertakluk dalam Akta yang telah dikanunkan. Hal ini kerana Enakmen Tatacara Jenayah di setiap negeri adalah dihasilkan daripada Kanun Prosedure Jenayah Malaysia. Cuma yang berbeza sedikit perkara yang berhubung atau menyalahi syariat dibuang seperti dalam hal yang berkaitan dengan penahanan, tangkapan atau lain-lain.
            Walau bagaimanapun, yang menjadi perbezaan antara kedua-dua individu ini adalah dari segi akhlak, tingkah laku, moral, agama dan etika yang mana Islam sangat mementingkan hal-hal ini. Dengan menjaga hal-hal ini akan dapat melahirkan individu yang adil iaitu individu yang mampu meletakkan sesuatu yang berhak ke atas dirinya sendiri maka sudah tentu dia juga mampu memegang tanggungjawab dan amanah yang diberikan kepanya sebaik mungkin. Apa-apa yang didasari oleh agama hasilnya akan menjadi baik. Pendakwa Syarie salah satu peranan mereka adalah sebagai pendidik kepada masyarakat agar mematuhi garis sempadan yang telah ditetapkan oleh syariat Islamiyah.
            Justeru itu, perbezaan antara Pendakwa Syarie dan Pendakwa Raya perlulah diperhalusi dengan jitu berdasarkan realiti semasa yang berlaku di Mahkamah Sivil atau Mahkamah Syariah sendiri.



10 comments:

Cik Nad said...

Walopun saye bukan lawyer tapi saye kene tau juge..
TQ cik nurul :)

cik nurul said...

cik nad tersyg...same2..=)

Shazril Khairy said...

tu dia baru eden tahu .... dasat pendakwa nih hehehe.... kalau tak dak dia mahkamah tutup.....huhuhu

atan363 said...

Seorang pegawai polis telah mengarahkan adik sy menunjukkan payu daranya didalam sebuah bilik di salah satu balai polis di malaysia. Dalam hal ini, perlakuan polis tersebut di dalam kategori gangguan seksual. Keluar sy telah membuat laporan polis di atas kejadian tersebut. Di dalam hal ini perlukah keluarga sy mengupah peguam untuk proses seterusnya untuk mendakwa polis teraebut dan seterusnya membuat saman malu

Anonymous said...

Tolonglah font tu tukar warna sikit boleh?
sakit mata jugak nih..

The Prosecutors said...

Atan63- Pls lodge a police report then follow up the report by liaison with the respective investigating officers and pls lodge a complaint to Bukti Aman HQ particularly Bahagian tatatertib if the so called police officer is not yet been charged in court-Pls make Ur self free to institute a civil suit to claim damages fr the so called police officer, there is plenty of human rights lawyers who are capable in dealing with this matters outside there,

The Prosecutors said...
This comment has been removed by the author.
hafizah zahiridin said...

boleh saya tau..seorg pndakwe ni die ade waran x mcm polis dan tugs die lbih kurg mcm polis ke? saye x brape fhm..boleh tlg jlskn..trime kasih

Anonymous said...

tolong tukar warna font boleh tak? sakit mata nak baca. info dah menarik. tq.

Walinong Sari said...

maafsaya tidakdapat membacanya kerana tulisannyawarna kuning. bagai mana hndak ubah e warna hitam.